Blessing of your life.
Bismilahirahmanirahim
Membesar dengan latarbelakang yang aku ada
Membuat aku amat bersyukur
Aku hidup apa adanya
Ilmu agama yang mak dan abah titipkan sebenarnya cukup buat aku beruntung
Sekurangnya aku tahu banyak lagi jalan yang aku perlu tempuhi.
Ketiadaan abah sentiasa buat aku rasa aku tidak cukup.
Aku rasa aku kurang
Aku rasa aku tak boleh bahagia
Tapi Allah itu Maha Baik
Kerana satu yang di ambil, selepas 10 di ganti baru.
Ya, aku beruntung.
10 tahun ini aku selalu persoalkan banyak benda
Setiap satunya aku taktahu apa hikmah yang Tuhan sedang tunjukkan
Jadi aku cuma laluinya dengan tahap terendah hidupku
Siapa sangka hingga ke tahap ini
aku boleh capai semua benda yang aku hendak
setiap benda yang aku doa Allah perlahan-lahan memakbulkan pada waktunya.
Aku tahu kadang-kadang aku lupa, yang mana perlu aku utama
dan aku jatuh
jatuh pada lubang-lubang kecil yang menyeret luka aku terlalu dalam
maka di sebalik kisah yang aku jalani
akhirnya membawa aku ke sini
kembali ke ruangan selamat ku
yang tiap kali aku kunjung
buat aku syukur
dan sentiasa nak jadi lebih baik.
keseronokan menjadi diri aku sampai tak terkata
betapa indahnya padanan dan jalinan yang Tuhan kurniakan di dunia sebelum akhirnya aku
kembali kepada Dia.
aku peroleh sesuatu yang aku tak pernah sangka
dan kembali menemui diri aku sendiri
di situlah aku ketahui
apabila kau berdamai dengan hati mu
maka kau tahu
erti bahagia dan syukur sebenarnya
terima kasih Allah.
***********
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)