Rasa Ini
Bismilahirahmanirahim,
Semalam aku menulis dalam buku putih.
Buku tu mula aku tulis seawal tahun 2017. Jadi semalam aku menulis lagi pada helaian yang seterusnya dengan rasa berbeza. aku pelik tapi aku rasa nyaman.
Saat itu aku bertanya pada Tuhan
Inikah jawapan kepada kedamaian yang aku pinta?
Hari ini sengaja aku belek ruangan ini kerana aku sedang kehabisan idea untuk menulis manuskrip aku.
tapi aku perlu menulis, jadi aku ke sini dan menulis
Melihat apa yang aku ada hari ini
semua adalah doa dan cita-citaku. bahkan ada yang lebih dari itu.
Tuhan itu Maha Baik kan?
Aku berhenti sekejap. menyelak naskhah lama. banyak betul isi yang aku tak terfikir aku pernah tulis
kenangan, memori dan juga air mata aku kira.
Tapi aku tahu saat ini bahagia itu bila aku berdamai
dan tidak menaruh harapan
belajar menjadi tabah
ah indah.
setidaknya aku tahu
aku hargai
segala yang aku rasa tanpa menyalahkan siapa.
Sini aku mahu ingatkan kau Nisrina,
Ini apa yang kau rasa kini. Saat ini. Kau pernah rasa ini.
Jadi jangan menyerah.
Sentiasa cuba lagi ya.
******************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)