Mari Kita Cuba Lagi
bismilahirahmanirahim
Aku cuba menulis dengan laju
baru aku sedar
macam hilang magic touch je
mungkin aku patut membaca dengan lebih lagi. baca dengan tenang. jadi aku boleh menulis dengan tenang.
otak aku kadang tak lancar dalam menulis
tapi tangan cuba lah
dengan kepayahan
aku mahu menganyam impian aku sampai di hujung
kemudian siap satu
aku nak anyam lagi
sampai penuh satu ruang
sampai aku sesak
sampai aku rasa
ah aku capai impian aku
begitulah
namun tak semua yang aku harapkan akan ikut apa yang aku mahu
aku karang dan aku padam
tapi tiada satu aku terbit
lalu aku masih cuba mencabar diri
untuk berdiri setara dengan yang lain
bukan untuk mereka
tapi untuk aku merasa gembira
sedih bukan pilihan
tapi bahagia
itu pilihan
jadi aku cuma mahu isi ruang dan waktu dengan bahagia
bahagia dengan cara aku
cinta dengan cara aku
senyum dengan cara aku
lalu di situ aku tahu
ah aku bahagia
akan terselit duka?
haruslah, takkan aku tak terasa, sudah di bilang
sedih itu bukan pilihan
itu sesuatu yang diberi Tuhan dan kita tak boleh nak menolak sebegitu sahaja
jadi harus terima
harus belajar terima
perlahan lahan
namun nanti kemudiannya
jiwa kita menerima
ada benda perlu di paksa
tapi jangan dipaksa benda yang bukan dalam lingkungan kita
tak semua benda kita boleh kawal
yang kita boleh diri kita sahaja
jadi perlahan-lahan okay Nis
you can do this
************
Nisrina Syaurah.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)