Surat Januari
bismilahirahmanirahim
aku tak tahu jika pilihan aku kali ini akan membawa kepada apa
cuma aku tahu inilah dia pilihan aku saat ini.
aku mahu masih dan terus berada disini
diam terbatas pada waktu
yang aku cuma mahu
tanpa siapa pun tahu.
Mencintaimu itu anugerah bagiku
aku tinggal diam di tempatku
menghargai apa yang aku masih miliki
aku tidak mahu menerawang jauh ke depan
kerana aku tidak tahu apa ada di sana
jadi aku putuskan biar aku dan ketenangan ku di sini
aku tahu tidak mudah sperti dulu
yelah, tambah usia, tambahlah ujiannya.
tidak mengapa sudah jadi pilihankan?
jadi aku cuma perlu tempuh tanpa perlu paksakan sesiapa
untuk menunggu
aku dah cukup dengan apa yang aku perlu.
Nanti sahaja aku kembali ke sini
aku mahu diriku tahu
hey, kita pilih ini bukan semata demi cinta
tapi kerana kita percaya
Allah akan makbulkan doa kita,
Justeru, tak mengapa kita lelah
nanti bangkit lagi ya?
Usah gentar,
teguhkan lagi rasamu
kembali ke sejadah
Tuhan sentiasa mendengar
Dia lebih tahu dari sesiapa pun
Dia lebih kenal jiwa kita
Dia sememangnya menunggu kita
untuk kembali kepada Dia.
Nanti doa ya diriku,
Doa lagi sampai bila-bila
Tuhan sentiasa mahu mendengar
tak kan jemu
yang jemu cuma manusia
jadi lemparkan semua kepada Tuhan
tiada yang lebih empuk selain kasih sayangNya.
aku tahu kau kuat
kita kuat
kitakan pendosa,
maka ujian takkan berhenti okay?
sampai semua dosa kita terhapus
maka jangan berhenti
mintak ampun
libatkan Allah dalam segala hal
libatkan Allah sentiasa
kelak kau tahu
sentiasa ada jalan keluar.
kalau kau masih gusar,
selak halaman lama
diri mu sudah lama bertahan
cekal
dalam lembayung rahmatNya
lalu apa lagi yang kau mahu dustakan?
Senyum ya,
Kita pasti berjaya.
***********************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)