Tekad
bismillahirahmanirahim
Relapse kali ini aku tak tahu nak gambarkan sebagai apa
Kali terakhir aku relapse, aku tonton Daily Dose of Sunshine
dan kali ini aku tonton Love, Next Door.
Ya, cerita cinta, tidak terlalu kritikal menyentuh resah dada manusia tapi meaning behind the drama
berat.
berat juga untuk aku tidak menontonnya.
Dari episod 1, saat dia pulang ke pangkuan keluarga. Kat situ walaupun dia tak cerita hal sebenarnya dan kena marah tapi indah bila kita tahu kita ada safety net.
kau gagal, kau boleh pulang ke pangkuan bonda dan keluarga.
Bila aku decide untuk berhenti sebegitu
aku cuma ingatkan diri aku
no matter what, aku takde safety net. Aku takde siapa yang boleh nak tanggung aku
aku kena kuatkan hati, kena teguhkan jiwa, kena tetapkan pendirian aku
kalau ini yang terbaik Allah akan mudahkan
Memahami hikmah hidup bukan sekadar memahami A ialah huruf vowel.
Ianya sesuatu yang kau perlu jalani tanpa menoleh ke belakang lagi.
Rasanya aku memang sentiasa cakap pasal nak berhenti kerja
tapi terlalu takut dengan kehendak dunia
aku diamkan sahaja
Namun aku yang tekad berada di sini
di tengah celah bangunan di kotaraya dan memerhatikan manusia-manusia berlanyard sedang aku hanya menahan tangis dan kuap sebab tidur ku tak lena semalam.
Tapi aku sedang merasa gagal kah?
Tidak.
Aku cuma rasa penat. so can I skip to good part?
which is ofc lah tak boleh kan
so?
hadap jelah
Aku taktahu tapi aku kena hadap
aku kena lalui
tak mudah tapi sesuatu yang Allah beri
semangat orang keliling aku
yang sentiasa buat aku yakin
aku hilang satu hal
Allah ganti 10 hal lagi
maka dengan itu
dengan sepenuh hati
aku mahu ikhlaskan hati aku
semahunya
sampai aku yakin
Cukup Allah untuk ku.
*******************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)