III.
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
entah zaman bila aku menulis
hari ni datang angin tak tentu arah
datang angin ayan
yang muncul tiba-tiba
datang sebak tanpa jemputan
datang angin melayan segala duka
dan bila ada yang bertanya
jawabnya cuma satu
"aku tak nak cerita"
kaklong pandang aku pelik
sangat pelik
bila abang datang masuk campur
aku angkat tangan
" biarkan.. echa minta sekali ni je, biarkan"
ya, merelakan hati yang sakit di toreh
ibarat sengaja menghulurkan pisau untuk aku biar
diri aku di lukai
aku tak faham
jujur aku tak faham
" emosi bukan untuk di faham. emosi untuk kau tahu kat mana kau ada"
abang angkat kaki
aku tahu dia marah
dan bukan sekali adik derhaka ni naikkan marah
bukan sekali adik derhaka ini menidakkan kata
biarlah..
abang.. biar adik derhaka ini belajar membesar
biar adik derhaka ini belajar memujuk hati
satu hari nanti
dia tak perlukan pujuk kasih kamu semua
satu hari nanti
dia perlu terima hakikat
abang dan kaklong tetap pergi
satu hari nanti
dia perlu redha
bahawa hidup bukan untuk gelak dan tawa
biar
biar
duka dan air mata yang menyapa
asalkan dia dewasa
biarlah
aku biar dia rasa hakikat sebuah rasa
aku biar dia tahu peritnya rasa
aku biar dia tahu erti dewasa
menjadi matang kerna didikan DIA
adalah yang terindah
kerna DIA guru yang terbaik.
didik hati kau untuk melangkah
didik hati kau untuk menerima
bukan hanya memandang
tapi biarlah
ia percaya
terima atau tidak.
TERPULANGLAH~
jelas ternyata ini yang kau mahu
Sudah pergilah takkan ku rayu
Tak perlu ungkit lagi kisah dulu
Itu semua tiada erti
Mana perginya kata-kata setia
Mana pergi susah senang bersama
Jatuhku sendiri kau pun pergi
Ini semua tiada erti
Terpulanglah
Sungguh aku lelah tak peduli lagi
Terpulanglah
Tiada lagi ayu di hati
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang telah terjadi
Teruskanlah jangan kembali
Berikan tepukan gemuruh
Pada dia yang bersungguh-sungguh
Aku disini hanya tersenyum
Dan biarkan dia berlalu
Terpulanglah
Terpulanglah
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang terjadi
Teruskanlah
Jangan kembali
May Allah Bless
************************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)