mari belajar..

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

kekalutan hidup terkadang buat kita lupa mencari jalan pulang
kadang2 ada benda yang tak terjangka akan
datang dan pergi begitu saja
kan?
setuju?
ya, saya nampak awak angkat tangan
thanks

kadang2 nak cari org yang setia dengan kita mmg payah
maksud setia bukan bermakna cinta ya..
sila faham dengan betul
 berapa ramai
yang sanggup tabur duri di atas jalan kita
semata kerana benci atau tak suka

atau berapa ramai antara kita
berlumba-lumba memasukkan pasir dlam periuk sahabat sendiri?
banyak kan?
antara sedar atau tak

kita selalu cakap yang kita setia dgn kawan2 kita
sedangkan? berapa banyak umpatan pasal dia kita duk jaja kat orang?
saya bukan cakap kat awak
kat saya jugak

saya tak minta yang setia kalau saya sendiri sanggup
asah parang nak lukakan kawan sendiri
saya tak minta di fahami kalau saya sendiri
tak nak faham kawan saya...

saya akui saya cemburu dengan kawan saya yang mampu berdiri atas kaki sendiri
tanpa perlu menjaga setiap hati
ketabahan yang dia punya
terkadang membuat saya hampir menitiskan air mata

kalau saya yang jarang nangis ni pun boleh sebak?
inikan dia yang tabah hadapi life dia

dalam tempoh hampir 9 bulan ini
saya menilik
lepas satu
dan seterusnya
saya seakan faham rentak mereka
payahkan bila hati dan akal bercanggah
mereka seakan tegas dalam pendirian
mencari yang hanya sempurna di mata
menolak hampir segalanya semata kerana kekuranggan

dahsyatnya sebuah kehidupan
terkadang terguris juga dgn sikap itu
namun kata orang tak sayang mulut kan
lancar lidah memulang paku buah keras

apa yang saya belajar
kalau dia susah terima cara baik
bagi lah se das cara ter 'LEBIH'  baik...

paham?
bagus.. saya suka kawan dengan anda

memahami perkataan memilih kawan adalah bukan 
melabel seseorang
berkawan biar beribu
andainya tak mampu menolak nafsu mengekor mereka
maka tinggalkan saja segala keburukkan itu

tak percaya?
try it.
saya pernah buat
dan kamu tahu jawapannya
=)

sayangi mereka
hargai mereka
kadang2 mereka itulah yang setia di sisi kita
jgn kerna paras rupa kau menolak rasa
manusia mana pernah cukup dengan apa yang ada
tapi manusia belajar satu benda

'TERIMA SEBUAH KEKURANGAN'

saya dan awak belajar
cuma nak praktk atau tak..

till meet again
InsyaAllah

*********************************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku