Menjadi Diriku
bismilahirahmanirahim
Dan kembalinya aku di ruang sepi ini
untuk menulis tanpa perlu di baca oleh sesiapa pun
ini kepuasan hati ku
semakin lama aku menulis
semakin aku mengukir bahagia
saat ini sedang aku terjatuh
akhirnya aku memilih untuk kembali mengukir kebahagian
benar, yang hanya aku inginkan tika ini adalah merasa gembira menjadi diriku apa adanya
mencintai diri ku apa ada nya
menghargai diri ku apa adanya
cukup diwartakan rasa lebih setahun
kini aku cuma mahu diam
dan membaca serta menulis
menganyam mimpi dibalik aksara
kemudian kembali mewarnai kanvas kehidupan aku
tanpa harapan pada manusia
dan masih aku tetap bahagia
oleh itu
jangan digusar tentang rahsia hati ku
cukup buat aku tenang
aku mahu menulis dan membaca
meskipun bukan tentang kisah kita
tapi cukup tentang apa adanya menjadi manusia
aku mahu rehat dari bertemu manusia
berkongsi cerita
jujur saat ini cuma aku mahu percaya bahawa aku akan tenang-tenang sahaja
tanpa validation dari manusia
cukup
aku bahagia dengan caraku
buat sekian kalinya
mungkin hikmahnya lebih besar dari apa yang dipandang
benar, aku mahu mengapai mimpi
namun berikan aku waktu
mengilap kehidupan ku sendiri.
dan kamu
tak perlu tahu
*******
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)