Other month
bisimilahirahmanirahim
sekejap je dah Febuari
harap korang okay je dan semakin elok
aku?
macam biasa
ada masa naik ada masa turun
masa tengah naik acah redah semua benda
masa tengah turun habis semua benda rosak dek kena campak
aint easy right
bila orang tanya kenapa
Allahu kalau boleh aku cerita satu persatu
berapa ramai yang akan setia
aku yang paranoid dengan relationship
tapi kira untung A nak ada dengan aku naik turun ni
kalau takde A entah celah kelab malam mana masih aku jejak
entah berapa gelas aku teguk
belum lagi dengan bibir tak reti diam nak sebut
Sex on the beach
Kalau takde A mungkin jugak aku tak lari bawak diri kat sini
mungkin jugak aku masih duduk dalam bilik kecil kat rumah tu
dan masih memikir esok patut buat apa
Terima Kasih Tuhan untuk A
masa duduk makan cheese naan dengan A bulan lepas
aku baru rasa macam
mungkin aku patut serius pasal hal kahwin
tak manis aku tahu
selama hari ni pun bila gariskan hubungan dua hala ni
cukup sekadar berteman
aku selesa
aku harap A selesa
tapi bila bukak topik satu langkah naik ke atas
mahu tak kabut dalam jiwa
aku tahu A relax
tapi dia taktahu aku punya gundah macam mana
aku tak faham macam mana dia punya mudah nak sembang dengan mak
tapi bila nak mengikat jiwa
aku tak tahu kenapa lah susah sangat
aku tahu banyak rahsia yang tersembunyi
tapi celahan mana mampu aku korek
kalau A tahu mesti habis berjam-jam aku dikuliahkan
belum lagi dia paksa aku fikir guna metafora yang sangat menyindir aku
kadang-kadang tahap annoying A buat aku syukur sebab kita orang LDR
hahaha
sorry sayang.
aku harap A tak baca post ni
skip atau aku anggap dia taktahu pun
aku kena fikir tajuk yang sesuai supaya dia tak perasan aku kutuk dia kat sini
hahaha
again, sorry sayang.
tapi untuk tempoh masa yang lama
aku risau
takut-takut sampai masa
A letih nak hadap aku dan benda yang ada dengan diri aku
walaupun beberapa tahun ni memang dia yang duduk diam sebelah
bagi aku bertenang
tapi kesabaran manusia kadang kala teruji
aku tahu aku tak patut fikir macam ni
tapi hakikat aku masih ragu-ragu
dengan diri aku
tapi kalau memang A
lari jauh-jauh pun masih A
takpelah
kira untung A sanggup layan
aku berdoa setiap masa
kalau memang ini jalannya
biarlah Allah mudahkan segalanya
tapi aku ada sebab sendiri tak nak reveal A
sampai betul-betul kami jadi halal
sebab aku rasa tak sesuai nak tunjuk A
lagipun aku selesa dengan A
selesa dalam tenang tanpa expectation manusia tentang kami berdua
lagi-lagi manusia yang suka buat keputusan untuk aku
opps!
takpe
bahagia itu aku yang punya
so adios.
**********
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)