Bahagia
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
kau tahu mengapa aku suka menulis di sini?
sekurangnya aku tak tahu siapa yang akan meludah pada aku
sekurangnya kertas putih ini
akan jadi saksi
silapku
salahku
kenanganku
dan semua memori kita
serabut
ya memang serabut
sebab itu aku pilih diam
tenang?
cuma dengan Tuhan kau akan temukan rasa itu
aku tak tahu kenapa
aku rasa tawar
aku rasa pudar
aku rasa tidak mahu dengan mereka
bukan salah sesiapa
cuma aku
aku jadi sendiri dan tak mahu sesiapa
aku berdoa pada Tuhan
berikan kebaikan dari aku
dan jauhkan semua benda yang tak elok untuk diri ini
aku kira ini pilihan aku
diam dan sendiri
bertemu dan berukhuwah dengan mereka yang tahu rentak hati ini
mereka yang terpersoalkan kelabuhan tudungku
mereka yang tak persoalkan kaburnya jiwaku
mereka yang tak persoalkan kenapa aku pilih jalan diam ini
aku temui sesuatu bila aku sendiri
satu jalan kosong untuk memerhati manusia
yang penuh dengan penipuan
manusia yang penuh dengan duniawi
tidak
jauh sekali aku kata aku ahli syurga
tak kawan dengan orang-orang sebegitu
bukan
aku taburkan kediaman aku supaya kau tahu
aku takkan wujud selamanya
ya selamanya
kau kena tahu
aku cuma mahkluk tuhan
yang tak punya apa
cuma diri yang perlu dipersembahkan pada Allah
itu sahaja
sekeping hati aku kotor
tercemar dengan kehitaman jiwa
kau takkan faham
saat aku jatuh dan futur
aku cuma perlu Tuhan
bukan manusia yang kononnya faham hati dan jiwa aku
manusia tak serupa
bagi mu mungkin perhatian manusia itu penting
tapi tak bagi aku
semua itu sementara
aku pernah bermimpi
semua sedang bahagia
aku cuma memerhati dari jauh
tapi ada dia yang setia di sisiku
aku ikhlas doakan kalian
cuma beri aku waktu
aku tak mahu bertemu dengan sesiapa
tak perlu kata kau mengerti aku
sedangkan bila aku diam begini
kau masih persoalkan kenapa aku diam
entahlah
biar saja aku begini
aku bahagia
***********************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)