2015
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
aku lihat bulan sedang tersenyum
barangkali dia sedang menyampaikan salam buat mereka
aku lihat awan yang berarak
cerah berlari riang
barangkali mencari tepian untuk bercerita
aku lihat embun menitik
katanya fajar bakal menyising
lalu ku dongak ke langit
oh bintang masih bersinar
tahun masihi dalam perkiraan sedang berlalu
melengkapi satu pusingan
kata mereka
tahun baru ku adalah ketika Muharam menjelma
aku percaya itu
namun aku masih menghormati mereka yang lain
yang kepercayaannya berbeza
kiranya aku tidak mahu putus kan silaturahim
hanya kerana perbezaan pendapat
apakah yang kau dapat?
kebanggaan kerana menjatuhkan manusia?
lelah di situ bukan
kita tak tahu sampai bila
jadi, kau harus senyum pada dunia
katakan pada Allah
" Terima Kasih kerna diri ini masih di beri peluang"
apakah kau masih mahu salahkan dunia?
bangkitnya manusia yang buat salah mengapa dunia di salahkan?
senyum.
kita tak tahu
bila langit akan runtuh.
buka mata
buka hati
kembali pada jalan-Nya.
*******************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)