barangkali kita terlupa.
bismilahirahmanirahim
Assalamulaikum
beberapa kali aku biar ruangan ini sepi
beberapa kali aku hanya memandang dashboard dengan sepi
berapa kali butang 'create a new post' itu di sentuh tanpa di klik
nampaknya
aku sedang lelah
lelah bagaimanakah itu?
lelah dengan dunia
atau lelah dengan hasilnya
terkadang aku jugak tak bisa nak
merelungkan segalanya
hampeh sungguh
tapi tekad dan semangat waja
yang entah hadir dari mana
sering membuatkan aku
berfikir semula
" inikah yang kau mahukan?"
kerap kali khayalan yang muncul
tak punya cerita
seakan terhenti di situ saja
dan aku hanya tahu mengeluh duka
amboi, besar mandat nampak
ya, bila semua kau rasa tak sempurna
kau mulai berpijak di bumi nyata
apakah sempurna itu yang kau cari
atau sekadar kekosongan yang penuh dengan duri
hampeh bukan
ya, aku bukan reti menuding jari
kerna sedar diri
silap sendiri jugak
hanyut dengan yang tak pasti
jadi lelah itu harus di buang jauh
baru padan dengan rasa yang muncul tiba-tiba
entah.
bila saja aku kekeliruan
itu ungkapan rasmi
entah
dan entah
mahu siapa yang jawab kan untukku
sedang kan jawapannya ada pada sudut hati
lelah bukan
menipu rasa yang tinggal mati
hanya kerana menutup duka
yang sebenarnya tidak di ubati langsung
hanya di balut untuk menutup lukanya
hampeh.
barangkali hati ini cukup terlupa
kita ada DIA
lebih dari segalanya
mana mungkin mengalah itu bererti kalah
silap percaturan saja
atau kita sengaja mengaku kalah
biar saja di caci
asal kau tahu ini kebenarannya
usah di nafikan
ikut rentaknya dalam piawai syariah agama
bukan modenisasi
yang untuk haiwan di rimba
benar bukan?
kita manusia.
ada hak yang wajar di gunakan
bukan menyalahi kuasa
semata memuaskan nafsu semata
tepuk dada tanya iman
selera tak guna lagi
kerana ia nyata dusta dunia
******************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)