Adab, Adat dan Agama
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
tiga benda yang penting dalam hidup
Adab, Adat dan Agama
kata remaja zaman sekarang adat tu takde apa
tak penting pun
adat jelah
kata mereka yang dewasa
adat itu lambang adab kita pada manusia
dan pada agama sendiri
tak pernah menghalang adat mencampuri urusan adab
okay, tahu dah mukadimahnya
agak pelik2 belaka
mari kita lihat segmennya pulak
okay, act. aku pun tak tahu awatnya sibuk nak menulis benda alah ni
but bila dengar the rest of my family talk about this
seriously macam nak bagitau semua org yang apa di sebalik benda alah ni
okay,
Agama tak pernah melarang kita menjalankan adat kita selagi mana
kita tak melanggar hukum hakam
sebagai contoh pernikahan
(sebab skang ni musim my family berderet nak kahwin amik contoh mudah jelah)
betul, hantaran tu adat, majlis tu adat, bersanding tu adat
agama tak larang kalau nk bagi hantaran
sebab hantaran itu hadiah kepada pasangan masing2
tak kisah kalau sebelah perempuan bagi
tapi sebelah lelaki tak nak bagi
siapa nk kisah kita letak apa pun atas dulang tu
walaupun ada yg di tetapkan adat sedemikian rupa
betul adat merisik, meminang tu semua leceh
tapi itu simbol adab kita sebagai orang melayu
sopan dan santunnya kita
takkan nak amik anak dara orang pkai redah je bro..
habis tu mak bapak dia tu letak mana?
betul adat tu semua leceh
tapi beradab kah kita jika sabagai tetamu melebihi tuan rumah?
sahabat, rasullullah memang berpesan untuk kita
berpada-pada ketika membuat walimah
namun harus di ingatkan
rasullullah tidak menghalang dari melakukan walimah
tak pernah, malah baginda berpesan agar kita meraikan pernikahan itu
nampak tak perkaitan antara 3 benda tu?
agama memang nombor satu
adat kita boleh di buat andainya tak menyangkal agama
dan adat kita mewakili adab kita
sebab tu orang dulu2 berpegang pada adat
sebab adat kita wakil adab kita
kita patut bangga dengan bangsa kita
bangsa timur penuh kejatiannya
dalam zaman moden ni memang banyak adat yang mengarut telah di mansuhkan
tapi ada lagi yg masih di gunapakai
di sesetengah negeri di Malaysia ini
pertembungan budaya dan agama tidak pernah mematikan risalah
yang di sampaikan
cuma kadang2 manusia ini
yang taksub dengan caranya
Ajaran rasullullah itu bukan satu
apa ingat islam ni amik mana yg kita rasa sesuai dgn hidup kita je?
apa kita lupa yang Allah berfirman
" masuklah kamu ke dalam islam sepenuhnya"
betul, bersanding itu tak perlu
tapi kalau sesama ahli keluarga sahaja
ya, silakan
betul, hantaran itu hanya adat
terpulanglah jika hibah yang diberikan tidak terbalas
niat utk memberi tidak patut di abaikan
betul jugak perempuan zaman sekarang demand melampau
cik kak, kalau bakal suami awak tu tak mampu
tak payah mintak hantaran 10,000... kereta sebiji
melampau lah tu
buat apa berhutang.. buat sekadar termampu
tapi selagi masih tak langgar hukum agama
adab yang di terap
dan adat yang terterma dgn syarat yg boleh di lakukan
senang kan?
Alhamdulilah
saya lahir sebagai seorang islam
Allhamdulilah
saya lahir sebagai seorang melayu
kenapa saya bincang topik ni?
Saya anak Melaka
mak dengan arwah abah
sayangkan adat kami.
sama juga dengan the rest of family
tapi saya tak nampak mana salahnya adat yang di turunkan oleh nenek moyang
kami selagi mana ia mewakili adab kami
Keluarga kami tak pernah lupa ajaran kami
apatah lagi adat keturunan kami
silakan jka anda rasa benda ini menyalahi agama
hulurkan kitab dan bukti silapnya
senang cerita, kami orang kampung
tapi kami tak pernah nak meminta2 yang bukan2
silap kami kah lahir dalam keluarga yang sederhana?
silap kami kah kerna pertahan adat kami?
maafkan kami
kami bukan orang bandar
yang hidupnya moden serba serbi
majlisnya harus di buat di hotel2 yang gah di mata dunia
hantarannya perlu berpuluh ribu
kami masih ada maruah.
Yang baik dari Allah, Yang silap itu juga namun berpaksikan pada silap kami senndiri.
till meet again
************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)