End OF Semester Four.
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
aku baru perasan
yang aku masih belum tulis the end of sem 4
marilah kita menulis mengenainya
sebenarnya..
di sebabkan waktu mula2 cuti
aku dah mula tak bukak the Ms Word
maka blog ni pun ikut lah bercuti bersama
tak perasan pun tak tulis this post
tapi tak lengkaplah kan
to be honest
Sem4 adalah antara yang terindah
masuk kelas baru
kenal kawan2 baru
barulah sangat
but new class new rules
semangat muhibah masing2
semangat kerjasama masing2
senang nak buat kerja
cuma masalah tetap datang menimpa walaubagaimana pun
itulah hidup
penuh dengan segalanya..
tak mudah namun tak susah
DBF 4B
ajar yang kita menang kalau kita bersatu
ajar yang kita boleh selesaikan semua masalah kalau kita tahu yang kita ada masalah
ajar untuk lihat perspektif setiap insan berbeza tapi masih boleh bersama
ajar untuk memahami yang semua orang tak sama macam kita
ajar yang lemah tak kalah tapi pengajaran menjadi kuat
ajar untuk sentiasa senyum, tak bermusuhan
ajar untuk ubah cara hidup..
dan aku belajar
cabaran bukan penentuan sesuatu
Sem4
ajar melihat dunia dengan cara yang lain
kadang2 aku terasa yang menjadi dewasa itu bukan satu yang mudah
cara kau berfikir kadang2 tak logik
tapi cara kau melihat
cara kau melangkah
itu mengajar kau erti dewasa
dalam usia mengejar satu alam yang baru
di sini aku melihat
satu demi satu yang sedang Allah tunjukkan
disebalik doa dan harapan
cahaya-Nya tak pernah tipis
terkadang sikap dewasa boleh melukakan hati orang
terkadang juga sikap keanakkan meyebalkan orang
kepuasan hati setiap insan itu berbeza
baik dari segi rupa parasnya
ataupun sikap dan akhlaqnya
MPP
ajar untuk melihat manusia itu samarata
amanah yang di pikul bukan sekadar buat program
aturkan program
naik turun office
tolong pensyarah
bukan jugak hanya menyampaikan suara pelajar
aku belajar untuk berdiri diatas
tanpa memandang remeh pada manusia lain
aku belajar untuk tidak lalai
tidak gila kuasa
mahupun salah guna kuasa
terkadang gurauan yang kecil atas nama MPP
menimbulkan riak yang cukup meyebabkan segala amalan lupus sebegitu sahaja
kita tak perasan pun
sampai terketuk sendiri
Allah sangat2 MAHA Penyayang
kalau kena tegur direct tu
mahu tak toleh kiri kanan
terasa kena sembelih hidup2
bila menilai
hampir 5 bulan yang di namakan Semester 4
Itu cerita
sebuah langkah
mengorak pegorbanan
dan di sini mengajar aku untuk lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar
yang ternyata lebih dahsyat dari apa yang ada depan mata
Are you ready?
Allah kan ada
till meet again
InsyaAllah
*************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)