lekanya menjadi hamba
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
di sini terukirnya segala cerita
disini aku menyulam segala rasa
entah mengapa perasaan ku semakin layu
segalanya seakan hilang dalam
kecerahan yang makin malap
aku cuba meletakkan ketenangan
yang sentiasa DIA kurnia kan tanpa henti
harus aku akui yang cinta DIA tak pernah terhenti di hulur buat jiwa
yang sentiasa mahukan baja yang segar
terkadang aku juga sering terlupa
yang ada DIA sentiasa
masih mahu salahkan dunia
yang nyata penipuan terbesar sekali
dalam hidup
jujur di akui
bukan mudah melangkah memegang jati diri yang
hadir bersama
tanggungjawab yang besar
kadang2 bila jiwa mula
menyalahkan takdir
seakan kita emo dengan apa yang tertulis
membangkang segala
yang indah tertulis
hurm, begitu mudah seorang hamba
jalan mendonggak lantas terlupa rumput yang di pijak
lupa jati diri
lupa hakikat dunia
begitukah aku?
kejujuran yang harus di akui
sentap seketika
tubir mata terasa panas
ya, aku gagal menjadi hamba
apatah lagi dalam menjadi khalifah
betul, harus di kuatkan diri
terlalu lama berada dalam zon selesa
menjadi diri lemah selemaunya
segalanya hanya hikayat atas kertas semata
memang aku tahu
silap yang hadir dari diri
namun sejauh mana mampu di turunkan ego
hanya semata melayan kerenah si jiwa
yang tak henti2
menronta kembali kepada jalan yang
bersimpang siur
siapa kata jalan itu mudah
tak mudah
namun kalau kau yakin maka Allah kan permudahkan
mudahkan urusan DIA dahulu
DIA nescaya memudahkan urusanmu
aku berpegang pada prinsip ku
namun aku juga terkadang terlepas pada prinsip ku
bukan mudah nak mengerti
setiap jiwa
namun sudah ku cuba
dan jelas tertulis
semuanya tetapkan tidak serupa
aturan DIA tetap yang terindah
kalam DIA menyulam rasa
aku kah yang hanyut
masih egoisnya di situ
cuba di sembunyikan dia balik
tawa palsu
mudah kau berbicara ya?
nafsu mu hanyut dengan dunia yang sememangnya penuh pesona
harus aku akui di sini
aku juga leka
dan parah
biar jiwa jatuh
namun biar hatinya cekal mengadap DIA
kau tahu
aku tahu
cukup bukan
kita yang terleka
namun ada hidayah yang tak henti2 mengingati
landasan yang benar
***********************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)