Surat Terakhir Aku Kirim Untuk Kau
Bismillahirahmanirahim
Telah aku kirim surat terakhir untuk kau
Telah aku curah segala rasa yang aku pendam pada kau
Entah mengapa akhirnya aku masih lagi mahu menulis di sini
Barangkali kerana di sini bermula cerita tentang kau
Bagaimana aku mula menjejaki tentang kamu
Bagaimana aku ingin mengenali mu
Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta pada mu
Mungkin saat kau menemuikan coretan ini
Ketahuilah hanya engkau yang benar-benar tulus aku cinta.
Kelakar sebenarnya aku rasa. Dalam banyak-banyak cerita, dalam banyak-banyak jejaka
Dan juga mereka yang pernah menghuni atau yang cuba-cuba mengintai
Tidak lah dapat aku menidakkan kau yang terindah
Masih kelakar saat ku hulur sekeping surat itu
Masih kau bertanya tentang hati ku
Maka aku jadi takut mengaku cinta yang sekian lama ada
Tahu kah engkau surat itu tanda aku sedang mengikhlaskan hati aku
Mengikhlaskan hati aku jika sememangnya kau bukan milik ku
Sesuai dengan kehendak Ilahi
Kerana itu aku kirimkan sekeping surat untuk mu.
Kerana aku tahu, bukan sekadar surat yang ingin aku cerita juga rasa sayang serta cinta yang selamanya akan abadi
Aku tahu, tidak lah mungkin segalanya berlaku seperti kehendak ku.
Ku turutkan kata hati betapa aku mahukan kau
Cuma kau
Tiada yang lain
Untuk menemani ku meneruskan langkah ini.
Di uji dengan keberadaan kau di sisi
Ku gantungkan harapan ku pada DIA
Cukup DIA tahu rasa yang kian membesar di hati
Dari seusia remaja mengenal mu hingga menginjak dewasa
Sukar aku tepis rasa yang bernaung ini.
Cukup sahaja kau tahu
Aku tidak pernah berdusta dengan kata hati aku
Ya aku masih gagal
Menghapus bayangmu yang sentiasa mengekor
Itu tidak mudah
Tidur malam berlena kan mimpi tentang kita
Itu tidak mudah
Ah aku tersedar bertahun ini segalanya tercalit rasa tentang kau
Tidak aku tidak mengeluh
Cuma aku tertawa perlahan dengan sekeping hati yang sukar aku fahami
Tapi sesuatu yang aku mahu kau tahu
Aku pilih untuk diam, sabar dan ikhlas adalah untuk diriku
Untuk aku kecapi bahagia dengan caraku
Bukan kau, meskipun aku bisa mengatakan kau bahagian dari bahagia ku
Namun tidak aku menipu
Masih aku punya Tuhanku untuk terus menjadi aku.
Cukup rentetan kisah kita
Walaupun kelak aku tiada
Aku mahu kau tahu,
Ya benar
Hanya engkau
Cukup engkau.
Terima Kasih
*********
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)