Doa Sang Perindu

Bismilahirahmanirahim


Di kalung rindu tanpa penghujung itu sesuatu yang berat
lebih-lebih lagi bila kau tak mampu meluah
sekadar mengaris pada jiwa yang rapuh
dan di habiskan dengan masa-masa tanpa noktah

terkadang jiwa kecil ini lebih rapuh dari apa yang bisa aku tayangkan
menjadi tamak dalam permintaan aku
pada Tuhan itu lebih dalam hirisan belatinya
membuat aku kelam sendiri
Tuhan,

Rabb,
adakah aku ini tidak meletakkan mu dalam setiap keputusan ku?
adakah aku ini terlalu tenggelam dalam jiwa ku?
adakah aku ini semakin lupa dengan mu?

Tuhanku, 
ku paksikan resahku pada Mu
berikan aku jalan keluar dari jalan gelap tidak bercahaya ini.

Tuhanku,
aku pohon dari Mu kekuatan untuk aku terus berjalan
mengutip sisa-sisa yang aku tidak sengaja buang
untuk aku kembali pada Mu

Ya Latif,
jiwaku bernaung pada Mu
aku mencintaiMu seadaku
saat Kau mahu hadiahkan ku seorang peneman
biarlah dia yang memudahkan urusan ku ke Syurga Mu.

Ya Rahman,
Kau sentiasa tahu apa yang bermain di hati ini
setiap permintaan kecil ini hanya berpaut pada Mu
makbulkan lah Rabb,
izinkan aku bahagia dengan kebahagiaan yang Kau kurniakan
lalu kuatkanlah tali pergantungan ku pada Mu

Rabb,
aku tahu Kau mendengar
berikan aku petunjuk dan keyakinan pada Mu

Aaaminn Rabaalamin.

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku