Personaliti

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Aku cari ruang dan waktu nak menulis
bukan cari pun mungkin dah gatal tangan nak menaip
tadi ternampak buku puisi biru aku
semangat dia lain macam
hahaha

aku cuba selak halaman baru
cuba isi dengan pelbagai resah dan gaya
ceh macam tak pernah buat

jap aku taktahu nak tulis apa
haha

tapi aku nak tulis

buat kuiz personaliti kuiz lah
lama tak buat.

okay, let's start

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

Oda

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

Kucing

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

Dapatkan


anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

3 kunci

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

berpagar kayu

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

tertutup

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

Bulat

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

Setengah

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Kaca

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

5- normal hahahaha

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

Sederhana

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)


Kayu

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Kayu

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

Putih

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

menggigit rumput

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


 lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Okay guys. dah habis jawab. kemain banyak lagi

so jom baca result dan komen aku terhadap kuiz ini. haha

Tafsiran:


(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.


Oda hahaha memang aku sengaja pilih oda sebab senang kalau apa2 jadi. 

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar


Kucing. hmmm okay tak kecik sangat tak besar sangat? 

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah


Dapatkan. maksudnya aku akan selesaikan masalah tu ke? hmm betul gak, aku jarang nak lari. sebab aku rasa lagi tak selesai lagi tu otak aku tak center. even kalau gaduh. aku suka selesai masa tu jugak. sebab kalau kau bagi aku cool. lepas cool aku dah decide dan takkan ubah keputusan tu. huhu

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik


3 kunci. make sense lah. aku bukan ramai sangat orang yang betul2 rapat dengan aku. 

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded


berpagar kayu. aku pun jawapan kemain specific. close-minded dengan open minded ni bagi aku terlalu subjektif. tapi kalau tanya orang akan kata aku open minded. hahaha

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

Tertutup, tepat sekali. aku memang jenis simpan. kau tau tak lagi banyak kau cerita lagi banyak aib sendiri kau sebar. jadi aku anggap benda ni bagus lah untuk certain perkara. tapi tak bagus bila aku dah tak larat.

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya


So aku jawab Bulat. aku okay je nak percaya orang. tapi kalau aku hilang rasa percaya aku memang suka nak percaya dengan orang lagi. beruntung lah siapa yang aku percaya.

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

aku jawab Setengah. Betul lah tu. aku rasa ada banyak lagi tak tercapai tapi dah cukup bersyukur apa yang aku ada sekarang. Alhamdulilah. 

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

Kaca. aku manusia rapuh. sobs. haha. tapi aku rapuh sebab salah sendiri. tak pandai nak bergantung. haha

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

5. hahaha. okay sederhana.

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi.

Sederhana. masih  punya ego tapi come on guys, considerate lah kat orang sikit.

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

kayu. aku pilih sebab kayu cantik wei.Hahaha. aku rendah hati rupanya. kih kih kih

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

Kayu. sederhana je. marilah bersederhana kawan-kawan semua. aku pun suka. tak lebih tak kurang. expectation kena simpan. haha

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

putih. wow. baik sangat awak ni. hahahaha

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

menggigit rumput. awwww sederhana. bagus awak ni. sama-sama down to earth. hahaha

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

Wow. aku nebes nak jawapan 

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

hahahahahaha. bagi aku gelak puas-puas. this is unexpected. aku cenderung untuk depands dengan diri aku. bila tak boleh baru tanya orang. kalau ikut nak lari pegi peti. peti tu kecik. cemana nak lari ke dia. haha
kalau lari bawah jambatan. still basah dan cenderung nak kena ribut. so aku pilih kuda sebab lari terus selamatkan diri. hahahaha. maybe aku suka mintak tolong dia. tu pun sebab dia suka paksa aku mintak tolong dia. jangan tanya orang lain. masalahnya contoh pukul 1 pagi, dia sedang elok tido. sendu aku, hahaha


Jadi ada benda aku sokong. betul je. ada maybe betul aku je tak sedar. okay cukup lah sampai sini kisah kita. moga ada kuiz lain yang seronok nak buat. hahaha

*********

Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku