2020
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Dah 2020
sekejap je masa berlalu
sekejap je rasa semua benda macam tak larat nak bernafas
Aku tengah duduk dan pandang langit.
berbaloi ke untuk 26 tahun ni?
berbaloi ke Untuk seorang Nisa ini berjalan
ada banyak sangat yang aku abaikan
ada banyak sangat aku tolak
ada banyak sangat aku nafi
bertahun ni
semua orang datang dan pergi
bertahun ni
ramai yang sangka
bertahun ini
ramai yang konon faham
haish
rasa nak mengeluh banyak kali
rasa nak lari dan taknak kembali
rasa terlalu perit nak tampal senyum
rasa macam-macam rasa
tahu tak kenapa aku tulis kat sini?
sebab bukan ada orang baca
so aku boleh sembang macam-macam
kalau letak kat twitter or instagram
ada je yang tukang screenshot
tabur segala macam
aku penatlah nak penuhi expectation sesiapa
tapi takkan nak mengalah
rasa fake gila bila nak baik dengan orang
rasa fake gila nak balas and sembang dengan orang
positif?
entah
aku anggap rasa aku mati je
supaya mudah
tak sakit
tak penat
takde apa
cukup je aku tahu
aku dah penat.
jadi bagi aku berehat dari semua manusia topeng ini
aku push semua orang ke
haha
aku rasa kelakar
tapi memang pun
lelahnya Tuhan je tahu
kalau korang kat tempat aku
mesti korang faham
tapi takpe,
yang makan tu aku
aku je yang rasa
yang sakit tu aku
aku je tahu
jadi 2020 ni aku cuma anggap banyak benda aku nak buat sendiri.
garis sendiri
dengan bantuan Allah
sebab Allah je yang akan mudahkan semua ni
taknak bergantung dengan manusia
lalai je akhirnya
tapi jujur
aku bukan buang sebab ego
aku buang sebab penat
sangat
berhenti banding aku dengan korang
aku penat
berhenti paksa aku hidup dalam expectation korang
aku penat
berhenti berharap aku jadi macam korang
aku penat
aku cuma nak bahagia dengan cara aku sendiri
dengan jalan yang Allah nak bagi
dan redhaNya
hidup mati aku untuk Tuhan
bukan hadap pujian manusia
jadi berhentilah
aku gembira menjadi apa ada
perempuan biasa yang tak punya apa.
bukan aku tak hargai.
aku cukup berterima kasih
sebab sekian lama pun
semua yang hadir hadiah dari Allah
tapi aku perlu tahu
semuanya tetap sahaja kembali pada Allah.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)