Tuhan Lebih Tahu

bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

helaian daun jatuh menimpa tudung.
aku selak ke tepi
tapi pandangan anak mata ku jatuh pada sesuatu
tidak
pada seseorang sebenarnya

dia
dia leka dan tenggelam dalam kedamaian yang dia ciptakan sendiri
entah mengapa aku jadi terpukau
melihat dia bahagia dengan dunia nya

ku ukir senyum bawah sedar
barangkali kecintaan dia buat aku terbuai sama
mungkin rentak jalannya seakan pudar dek waktu

jatuh cinta?
tidak
aku cuma kalah dengan kegirangan dia

mengapa dia bisa tenang menghadapi rentak dunia
sedangkan aku termengah-mengah
tanpa arah tujuan

benar barangkali manusia itu terhasut dengan dunia
sedang aku memerhati dia
ada juga mata lain yang turut bersama
tersenyum melihat tingkah dia

dan dia?
tak pernah sedar kami pernah wujud di sekelilingnya

kerapkali juga aku melihat
dia menghadiahkan senyum
tapi jarang sekali dia sedar kehadiran gadis desa yang tekun memerhati dia
dan bawah lingkungan waktu yang sama
aku masih lihat dia
masih senyum bawah sedar
masih mahu tahu
bagaimana cara menjadi dia

tapi saat aku berpaling
rupanya masih ramai yang memerhati aku
yang menyimpan senyum untuk aku
yang girang dan sering menyapa aku
sedari itu
aku tahu

mengapa harus cemburu pada dia yang tenang
sedangkan aku juga punya cara ku
dan akhirnya
aku mengorak langkah
mencipta bahagia aku sendiri
tanpa meratapi dan mencari makna pada yang lain

begitu juga kau
usah ditanyakan mengapa.
Tuhan tahu bagaimana cara kita
asalkan kita tidak lupa dia
lupakan kenangan lalu
bangkit dan tujulah cita-cita mu

Tuhan Lebih Tahu

************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku