entah kali ke berapa

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

rentetan kisah hidup kau alami hari ini kadangnya tak sama seperti kelmarin
kadangnya juga serupa

macam kau pergi kelas
balik kelas
pergi makan
tido
dan kemudian kau ulangi kisah yang sama

aku jadi terhenti seketika
bila orang bertanya
bagaimana keadaan ku

pelik bukan
kerna aku sendiri jadi kaku

apa yang aku lakukan dalam hidup ku
rencahnya tak sama macam yang aku tumiskan
bila ku cuba rasa di hujung lidah
berbeza setiap kalinya

mungkin aku sedang alpa
dalam dunia yang aku sendiri cipta
kelak kau harus cuba untuk percaya
bukan semua yang kita tarifkan itu mengikut acuan sepanjang masa.

aku sendiri masih belum pasti
ini atau itu
bukan atau ya
manis atau pahit
laju atau perlahan

tapi satu yang ku pasti
aku masih bertatih
penuh perlahan menapak di jalanan
biar di hina dari segi keupayaan
asal aku tenang dalam senyuman

memang
masakan tidak perit menjalani jiwa yang kadang gundahnya lebih dari nyata
lebih dari apa yang kita jangka
lebih dari apa yang orang sangka
biarlah
kuatkan jiwa kita untuk masih tegar mencari cinta Ilahi

memang bukan pilhan
tapi dalam jagaan ilahi itu satu kepentingan buat jiwa ini
agar tak sunyi
agar tak sakit
biar di beri makan
yang secukupnya

biarlah
bukan hati mu yang mampu menilai manusia
kita bukan siapa-siapa.


**********************
Nisrina Syaurah


Comments

Popular posts from this blog

Review: Aye Aye Tuan Presiden by Que Sera Sera

Review: Ajarkan Aku Subjek Cinta.

Di bawah Lindungan Kaabah...