Akhir Untukku
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
ligat kaki melangkah membawa diri ke Tingkat 3
perpustakaan yang serba penuh dengan manusia yang sibuk
mencari ilmu
aku jadi gundah
rentetan kisah kelmarin
dan aku seakan tersekat dalam dunia aku sendiri
mungkin benar aku lari dari manusia
mungkin juga aku sedang menafikan segalannya
masa tak pernah seiring dengan Adlina
waktu seakan punah bila dengan Diyanah
dengan Elly, semuanya seakan hilang dari radar
bukan salah sahabat
cuma aku sendiri
kurang pasti
dimana entah silapnya
bosan.
aku bosan dalam kisah hidup yang mendatar ini
seolah aku terlampau penat dengan tiada apa-apa
entah,
sendirian itu penuh dengan misteri
bila aku dengan dunia aku sendiri
bila aku tak mahu orang kisah pasal aku sendiri
bila aku dah muak dengan kisah hidup
sendiri itu lebih baik
tanpa manusia yang seringkali buat aku sukar untuk percayakan diri sendiri
jatuh dan hilang
aku kira ini yang terbaik
masa untuk tidak bertemu dengan sesiapa
duduk dan diam
tak perlu untuk aku cerita
sebab apa
mengapa
aku cuma ingin sedih
menangis
dan terus menangis
kau tahu bagaimana rasanya bila
tiada yang mengerti apa yang kau rasa
kau tahu bagaimana rasanya
bila kau cuba untuk lalui segalanya tapi pudar begitu saja
seakan kau sendiri
aku kira, ini jawapan pada mimpiku tempoh hari
dan ini masa untuk aku sendiri
dan baiki diri
kalau memang belum waktunya
aku akan tetap diam
kalau tiba pada tempatnya
aku akan datang
kadang aku jadi benci pada diri sendiri
kerana aku selalu memberi harapan pada orang
seolah aku akan ada di sana selamanya
tapi sayang
hidup ini bukan milik ku
entah berapa lama masa yang aku ada
aku tak tahu
entah berapa lama harus aku diam
aku tak pasti
simpan memori
simpan semua kata-kata yang pernah aku zahirkan
tanam semua perbuatan yang ku wartakan
dan bila tiba aku tiada
ingat semua itu
kerana pernah satu ketika aku disitu
dan akhirnya cuma satu kenangan terlahir antara kita
jadi izinkan aku undur diri
biar aku pergi seikhlas hati kalian
semoga apa yang di dunia
bisa jadi saham akhirat untuk kita.
sekian kalinya, aku sayang pada kalian
seikhlas dihati
meski tak pernah diucap
setiap kalinya
tetap ada rahsia yang tersimpan
***************************
Nisrina Syaurah
@
Siti Khairunnisa Mohd Idrus
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)