kosong

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa
tapi aku harus , WAJIB menulis
sebab menulis tu satu keperluan. aku kira.

aku rasa, aku dah banyak habis masa dengan memerhati
dan patutnya aku dah boleh tulis analisa pemerhatian aku tu
tapi aku asyik terganggu je lately.

dengan kesihatan yang tak berapa nak elok
aku tahu, Allah nak ampunkan dosa.
masih tak berapa nak kukuh lagi
tapi aku usahakan untuk teruskan kehidupan.
Yalah, bumi mana yang tak di timpa hujan.

jadi aku kira, (aku masih berkira-kira lagi)
aku suka kira-kira. sebab tu stuck belajar finance 
semua tu ada benda yang nak jadi
macam, jalan pulang menuju Tuhan?

banyak sangat duduk dengan duniawi ni sampai lupa tujuan sebenarnya. tersasar pada jalan tak bermakna kita tak akan jumpa jalan pulang. sedang cahaya tu terang benderang, cuma kita selalu menidakkannya.
ada perkara kita rasa dan cukup sempurna, tapi hakikatnya kekurangan tetap ada. sempurna mata kita tak semestinya sempurna juga di mata orang lain. maka bergembiralah kita.

baru-baru ni aku selalu di datangi cerita yang mengisahkan tentang move on, either dia putus cinta sebab pakwe curang, atau kau kena beralah demi orang lain dalam kisah cinta kau.
hmm, sejujurnya aku tak mahu bercakap soal ni, tapi kadang-kadang kasihan jugak lihat orang sekeliling. tapi ujian kita berbeza. aku sebegini, mereka sebegitu.
apapun, bahagia itu pilihan. dan kita yang pilih jalan kita.
cuma, aku doakan yang terbaiklah untuk kita semua.

semalam masih lagi di tegur mengenai rupa paras.
mungkin usia yang makin dewasa buat orang sekeliling lebih peka terhadap kita.
atau aku yang mengundang kepekaan seperti itu?
pelik. mungkin hidup menjadi dewasa sememangnya sebegini.

semalam juga di tanya mengenai perancangan masa depan. menarik sebenarnya perancangan aku tu, cuma tak tahulah mak setuju ke tak,
aku kira, berlari ke suatu tempat yang lain, akan menguatkan kau. benar. berada jauh di sini. memang banyak menguatkan aku. belajar untuk hidup atas kaki sendiri.  tapi pilihan kali ni, aku kira lebih untuk aku dewasa.  entah, kadang-kadang aku sendiri belum mengerti apa itu dewasa. kerapkali aku berfikir. apakah benar jalan ini? tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. dan aku terima setiap detik itu untuk sesuatu yang indah.

makin dewasa, makin besar cabaran kita. aku cuma mahu jadi gadis biasa yang dapat gapai impiannya. tak mahu pun pandangan orang atau kepopulariti masyarakat. aku rindu menjadi gadis yang tak punya apa. yang tak mempertikai dan dipertikai. yang hanya diam di satu sudut, memerhati rencah kehidupan. tapi buruan kedewasaan cukup sahaja buat aku hilang dari dunia itu. aku kira, ini apa adanya Allah nak beri. jadi terima saja dengan hati terbuka.
lagi setahun di sini, dan aku masih menimbang tara untuk melangkah ke dunia seterusnya, was-was. tapi doakanlah yang baik. moga doa kalian makbul di sisi Allah.

cukuplah menulis sampai sini
aku rasa, tak tahu nak tulis apa lagi.
haha
aku kena membaca sebenarnya.


****************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku