Esakan Takdir
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
hmmmm.. last entry was on 4 September
a week after aku menjadi penghuni tegar bumi unisza
pejam celik tinggal 2 minggu nak final
dan aku nak habiskan satu semester.
haha
tak sangka.
I know this feeling. aku rasa macam ni masa nak dekat final first sem masa diploma
dan yet, the feeling tak berubah langsung.
masa tengah usik jiwa untuk berdiri stable
betulkan niat
fikir kenapa Allah pilih nak duduk sini
back to 3 years before
hmm... mungkin waktu tu aku belajar redha untuk tercampak kat kpm
dan belajar untuk dapat sesuatu dengan menjadi seorang Nisa di bumi yang
tiada siapa mengenali masa silam aku
dan aku pernah, bahkan selalu doa bahawa aku akan ke sini
ke bumi unisza untuk menyambung pelajaran yang akan memberi aku satu kenikmatan
yang aku pinta dalam doa ku
hmmm...
mana pantai tak di simbah ombak dugaan
aku cuba susun atur puzzle di tangan
macam hidayah yang sentiasa menyinggah
tapi bila taufik tak di jemput sama
masakan bisa untuk menyempurnakan nya
kadang kala, kita perlu mencari untuk memberi
kadang kala ia sampai terus ke muka pintu
kadang kala juga tanpa di sedari
aku cuba dan cuba,
silapnya satu
bila tak usaha
tapi cuma doa saja
bila tak doa
cuma usaha saja
bodoh sombong namanya
dan barangkali aku turut tergolong sama
bukan barangkali aku kira
mungkin mmg aku
untuk mencari hikmah di balik rasa
sesungguhnya tiada yang lebih dari apa yang aku ada
kerana semuanya milik DIA
dan akan pulang ke pangkuan DIA
dan akan pulang ke pangkuan DIA
perjalanan yang jauh penuh dengan duri
dan aku masih tak tahu
perisai apa yang harus aku guna
perisai mana yang sangat berguna
juga perisai mana yang tahan lama
trial dan error
masih jadi bagian
namun tak bermakna
aku akan temui yang salah semata
pilihan ada di tangan kita,
May Allah Bless
***************************************
Nisrina Syaurah
*menjadi sebahagian dari bumi unisza cukup mengajar aku pelbagai rupa, masih banyak yang perlu aku kutip
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)