Ogos
bismilahirahmanirahim
akhirnya kelaut juga
Assalamualaikum
sebelum sambung menulis.
mesti bukak blog orang lain
scroll post mereka yang terlepas baca
pastu check stat.
pastu check lagi
siapa yang tengah baca
dari siapa
dari mana
dan seperti biasa
tahu dah sapa yang menjengah
haha
nak masuk 8 bulan dah tinggalkan alam diploma
tak pergi kelas
jadi penghuni tetap kat rumah ni
buat itu
buat ini
acah2 pandai tu
acah2 pandai ni
akhirnya kelaut juga
menanti result lagi 2 minggu
perasaan?
pergh, rasa macam nak kena sarung cincin nikah aje
tak dan nak tggu feeling betul2 hujung tahun nanti
hahahaha
berjimba
berusrah
bermusyawarah
segalanya di campur aduk
satu benda yang aku perasan dari dulu. terlampau campurkan semua benda dalam satu masa
asalkan segalanya halal di mata
tapi sejenak berfikir,
halal kah pada mata Allah?
back to past few years
(kenapa buat tb tetiba, sebab asyik jumpa member highschool aje)
nampak ketara beza dulu dan kini
ceh, gaya mcam jauh bebenau dah tinggalkan zaman tu
belajar mencari kematangan pada usia picisan yang tak tahu apa
kadang-kadang
aku tetap tak rasa aku ni terlalu matang dalam buat apa pun
cuma mengajar diri untuk lebih banyak fikir
dan positif dalam menilai benda
terasa lurah yang sangat berbeza bila mengadaptasikan rasa sebenarnya
untuk aku fahami
tetapi masih di takuk yang serupa
bila dengan higschoolmates, sumpah rasanya keanakkan aku secara tak langsung tak boleh sembunyi bawah katil langsung. timbul tanpa sedar.
bila dgn collegemate, rasanya pertuturan pulak masih terjaga
bicara juga berbeza
maksudnya topik yang di utarakan
dan cara aku menanganinya
nyata berbeza.
mungkin sifat yang satu itu masih tak berubah
perasaan yang sering kali bertukar apabila berada dengan orang yang berbeza
bukan tidak menjadi diri sendiri tapi
sememangnya sebegitu.
sifat yang satu itu berubah rentak.
senang dibawa kemana saya
barangkali rasa menjadi easygoing tu memang tertanam sejak kecil
sebab rasa nak cuba semua benda
sebab rasa nak jadi semua benda
sebab rasa nak kawan dengan semua orang
sebab tu jugak payah nak dapat kawan yg betul2 stick dan tahan perangai yang satu ni
sejak akhir2 ni pun selalu jugak dengar orang cakap
" kau kalau cakap kenapa asyik betul je"
" Kau kalau cakap mesti nak betul je kan."
sesekali aku tergelak sendirian
apakah aku terlalu selfish nak menang all the time
atau
apakah aku terlalu memahami sesuatu situasi yang tak pernah terbias pada minda
hahaha
dan tak mustahil untuk aku terasa
apakah aku yang salah?
kadang-kadang tu
bila orang meminta maaf
aku rasa macam
Rabb, aku ke yang buat dieorang tersinggung sampai dieorang minta maaf dulu?
the feeling
perasaan yang akan buat kau duduk diam dan berfikir
ada ke something yang kau buat sampai kau tak perasaan kau dah luka kan hati mereka
secara jujur, sampai saat ni aku masih berfikir lagi
masa cuti ni, banyak masa aku habiskan untuk mentafsir diri sendiri
banyak masa habis untuk selam hati sendiri
terlampau terleka dengan dunia
terlampau tenggelam dengan nafsu
menafikan yang haram sekaligus menghalalkan di bawah sedar
It's uneasy to be a good girl.
aku masih mencari jalan
masih mencari rujukan
masih cuba sedaya upaya agar lilin keimanan tak terpadam
masih cuba menjadi istiqamah bergelar muslimah
nak jadi muslimah sejati pun merangkak lagi
apakah masih bisa kecapi gelaran mukminah berkualiti
jauh sekali gelaran solehah yang di idam-idamkan oleh semua muslimah
kadang-kadang tu kita rasa kita dah cukup dah
cukup baik
cukup solat
cukup sopan
cukup doa
sedangkan tiada satu pun dari situ yang cukup dengan segala benda
kalaulah ada neraca mizan yang menimbang amalan yang ada
sebelum kita meninggalkan jalanan ini
pasti saja aku malu mahu menimbang
sebagai mana seorang perempuan takut menimbang beratnya
lebih takut lagi aku mahu menimbang catatan kiri ku
penuh dengan kemaksiatan yang kononnya adalah benda biasa
terlampau biasa sehinggakan kita terlupa
ada yang lebih dari biasa itu
melihat mereka yang disekeliling saja boleh buat aku gusar
apakah aku layak untuk ke syurga dengan noda yang penuh terpalit pada hati
beria membersihkan luaran, sedangkan dalaman tidak terjaga
makan tahun aku membersihkan jiwa
makn tahun aku mengikhlaskan hati
apakah kau rasa menjadi muslimah yang jiwa stabil dunia akhirat itu mudah?
benar Islam itu mudah
tapi jangan di permudahkan
bagi aku mudah.
hak masing2
lepas aku dah tegur
masih nak duduk kat takuk sama
ikut sukalah
syurga atau neraka kita yang pilih
kata kaklong:
" jangan harap anak kita jadi soleh/solehah kalau kita sendiri tak soleh dan solehah"
aku sentiasa berharap family dgn kawan2 aku sama2 ikut berubah
sebab aku berubah bukan untuk mereka
cuma tak syok jalan ke syurga ni seorang diri,
nak pegi tempat yang nyata paling indah di dunia
sorang2 tak syok lah
ni nak pegi tempat busuk2 tu jugak nak ajak reramai
betapa mudahnya kita tersingkir pada haluan pertama
satu benda yang sering aku ingatkan pada diri sendiri,
" Jangan biarkan diri kita menjadi asbab untuk mereka ke neraka
dan jangan biarkan diri kita terseret sama ke neraka.
kalau mahu syurga, tunjuk kita mahu syurga. kalau mahu ke neraka pergi sengsorang aje"
dan akhirnya
terlalu panjang menulis
bercerita pada zahirnya untuk lahirkan batinnya
percaya, bukan mudah tapi bukan mustahil.
kalau 5 tahun lepas aku rasa semua yang jadi hari ni adalah mustahil
tapi lepas 5 tahun, aku tahun
Allah tak pilih kita untuk sesuatu yang sia-sia
Allah tarik satu nikmat untuk beri 10 kali nikmat yang lebih baik.
Alhamdulilah.
tak semestinya kita perlu turning point untuk berubah.
kita cuma perlu Allah.
dan DIA yang akan tunjukkan cahaya-Nya buat kita
***********************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)