Belajar.
Pinggan
mangkuk bersusun dalam singki
Paip air di
buka perlahan.
Pinggan di cuci dan di lap
Kemudian aku
susun di atas lantai.
Nanti
senang makcik nak simpan. Nak simpan terus takut makcik nak guna.
Wajah aku
tenang tanpa kata, suasana hinggar di sekeliling aku hindarkan saja
Malas mahu
masuk campur urusan orang tua yang leka
membungkus lauk.
Mak cik
jarang buat kenduri kat rumah. Almaklum rumah taman.
Jadinya susah
sikit nak masak2 ni. Senang cerita main pakai order je.
Elok aku
tengah khayal membasuh
“ Nasib
baik ada anak dara.”
Aku toleh
ke sisi. Wajah Mak Ida dgn Mak Ina yang menyapa.
Bibir Cuma ukir
senyum. Faham. Makcik punya anak2 yang ada pun Cuma abang man dengan Iwan. Dua-dua
tu je lah yang belum kahwin. Anak perempuan makcik semua dah berkeluarga dan
beranak pinak. Kesian kat makcik, mana larat nak buat semua benda. Nasib duduk
taman. Jiran2 ni rajin menolong.
Elok lepas
maghrib, jiran tetangga berpusu datang. Masa tu aku masih di singki.
Di tegur
seorang tetamu.
“ Anak
siapa?”
Belum sempat
nk sebut nama arwah abah dgn nama mak
Elok je
makcik tu jawab.
“ anak
suhana? Yang khairunnisa tu?”
Aku senyum
je. Sumpah lah makcik ni ingat aku.. rasanya sejak naik sekolah menengah kami
pindah duduk kampung alai, memang jarang datang ke taman mas ni. Dulu kecik2
kami semua tinggal kan sini. Selang berapa rumah dari rumah makcik. Tapi lepas
start masuk sekolah menengah dan arwah abah pun tak larat nak ulang alik dari
kedai ke rumah sini, terus rumah taman ni arwah abah sewakan. Jadinya kami
memang jarang dah balik ke sini. Tak sangka orang taman masih ingat lagi kat
Budak sememeh
yang suka main lari2 satu taman. Pastu main masak2 kat hujung taman.
Kat taman
ni pun ada jugak a few cikgu2 zaman sekolah rendah yang memang ingatlah dengan
budak nakal tak bertempat ni.
“ CIkgu
ingat saya?”
“apa pulak
tak ingat awak nisa.”
Aku setia
di dapur. Di sebabkan rumah taman ni atas bukit, jadi dia terbahagi kepada dua.
Satu rumah atas bukit, dan rumah bawah bukit. Rumah makcik dengan rumah aku
atas bukit. Jadi pintu belakang kami terus ke bawah bukit. Tapi makcik buat
tangga, kalau tetamu nak datang dari dapur pun takpe.
Angin malam
elok je menyusuri pintu dapur. Memang tenang. Rindu zaman kanak2 yang main2
tahap tak ingat. Raya rumah jiran. Nostalgik gitu.
Kontrak basuh
pinggan tak sudah lagi.
Kali ni aku
dengar ayat yang lebih kurang sama.
“ nasib
baik echa ada.”
Yang menyapa
kali ini wajah mak uda. Adik arwah abah yang ke tiga.
Wajahnya jelas
kelihatan kurang sihat. Lihat saja lagaknya aku tahu mak uda demam. Tapi sebabkan
adiknya buat kenduri datang juga.
Keluarga adik-beradik
arwah abah memang sangat rapat antara satu-sama lain. Bonding mereka memang
kuat. Kalau korang pernah tengok bestie jumpa pastu terloncat2 macam tu jgak
makcik-makcik aku.
“ sementara
ada ni mak uda.”
Kak dayah
anak mak uda datang menolong aku mencuci. Sambil mencuci aku mendengar
kata-kata mak uda. Mak uda lebih kurang macam arwah abah. Tapi aku okay je. Dah
biasa dengan family sini.
“ echa
jangan kahwin dulu lah. Susah nanti kami semua.”
Aku tampal
senyum. Pertama kalinya aku dengar makcik2 aku tak kasik kahwin dulu.
Biasanya bila
kami mula umur 18 je mula lah menanyakan pasal boyfriend-girlfriend ni.
“ Tak lah mak
uda. Banyak benda nak capai dulu ni. Ada jodoh kahwin. Tak ada hidup jelah.”
Mak uda
senyum.
“mak uda
doakan lah echa ni.”
“
InsyaAllah.”
Antara makcik2
semua, dengan mak uda aku selalu mintak doa. Yang lain tu memang mintak. Tapi kalau
doa yang pelik2 tu memang dgn mak uda.
Hari tu
waktu sebelum makcik pergi umrah mak cik tanya
“ Nisya nak
makcik doakan jodoh juga ke?”
Aku senyum.
Sambil peluk makcik aku titipkan pesan
“ makcik
doakan nisya dapat sambung belajar ya?”
Dalam keluarga
arwah abah, makcik je yang panggil Nisya. Yang lain panggil echa atau nisa.
Kalau keluarga
mak pulak memang panggil echa.
Kadang-kadang
bila semakin dewasa ni, makin banyak benda yang kita try nak gapai
Pelajaran,
kerjaya, duit termasuklah jodoh
Tapi benda
pentinglah bila kau 21 dan orang start bising pasal jodoh.
Mcm abang2
dgn kaklong. Bukan tak de. Beria je yang dtg nak merisik. Tapi abang2 cool je.
Sebab tu
last2 semua bwk balik pilihan sendiri. Tinggal abang jenol je yang solo
Tu beria
nenek nya kami nak satukan dengan anak cik mila
Aku tampal
sengih jelah. Kata mak
“ biarlah,
dia nak jaga mak dia.”
Betul kut. Abang
jenol simple je, tak payah nak cari kea pa, ramai je perempuan nak kawan dgn
dia. Tak tipu lah. Kawan lelaki dia yang lain adalah satu dua yang belum
kahwin. Yang lain semua dah ada anak bagai. Tapi aku faham, kata dia
“ bukan
senang cah.”
Aku susun
balik satu persatu, cita-cita dan impian aku
Dari sekecil-kecil
kuman sampai sebesar-besar bintang.
Dari dulu,
nak arwah abah happy dgn aku
So kena
capai impian abah.
Impian arwah
abah = nak mak bahagia
Nak mak
bahagia= impian mak tercapai
Impian mak=
nak bagi anak2 mak paling terbaik sekali
See….
Itu maksud
dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar-besar bintang.
Tak jugak
aku nafikan. Banyak benda yang mak dgn abang2 halang aku buat tapi aku buat
juga
Bila main
pakai redah je tahap tak ingat
Dulu pergi
mana pun mana mention dgn mak.
Zaman sekolah
menengah mana reti bagitau mak buat apa.
Bila masuk
kolej, hatta ke klebang minum coconut shake aku bagitau.
Kami jarang
minta izin, kami Cuma cakap which as sign of respect. Supaya mak tak risau dan
mak tak bising.
“ mak, nak
keluar.”
Paling2 mak
bising sebb Tanya nak kemana. Selebihnya pun dgn siapa.
Habis je
aku cerita aku keluar dgn siapa pergi mana
Mak mesti
kata, mak bukan kenal pun.
Betul tu,
mak bukan ingat pun kawan2 aku
Yang ingat
tu kaklong sorang. Jadi kaklong je tahu
perangai kawan2 aku
“ as long
kau tak buat benda tak senonoh cah, aku tak kisah. Nak balik tgh malam ke apa buatlah.
Cuma jgn buat depan mak.”
Betul,
sebab tu kalau keluar malam makan dgn lect ke apa, Cuma kaklong yg tahu.
So that
apa2 hal. Kat situ kaklong tahu dah.
Cuma jgn
kantoi dengan abang-abang2 lah
Kalau tak
dengarlah tazkirah jumaat.
Sedar,
Aku sedar
sangat. Takleh nak huhahuha tak bertempat
Boleh buat
tu, tapi mesti bertempat
Haha. Belajar
menjadi dewasa ni memang lah sukar
Kena matang
dari segi character dan jugak dari segi pemikiran.
Itu yang
Adlina pesan.
Yalah, aku
ni jenis manja tak bertempat sikit
Abang2 je
pandai layan rajuk aku.
Berani je
diorg hayun aku ikut suka hati
Tapi at
least diaorg jugak yang jadi tukang sambut.
Kan..
Sometimes boleh
dah jadi masa dah time
It’s time
to grown up Nisa.
belajar. aku cuba
****************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)