Dilemma

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum


jujur aku akui
aku dalam dilemma 
yang tersekat dalam jiwa dan hati
juga dalam minda
sebaknya menahan rasa

sungguh aku lelah
saat ini aku merasakan
sakitnya jatuh bertimpa-timpa

terkadang hipokrit terasa
menampal senyum di alam maya
semata aku tahu
tiada siapa yang pandang ku 
di dunia nyata

sifatnya aku
masih seperti dulu

dan manahan rasa
agar keluarga aku melihat yang baik sahaja

dan kemudian
di dinding sepi
terhembur segalanya

pahit di telan
namun apakah aku tegar menanti manis di hujung sana

berkoyan-koyan
pesanan dari sahabat
juga teman
yang faham 
gelora hati seorang gadis ini

rebel dalam diam
yang parah aku juga
mereka diam
tanpa kata

jujur aku katakan
aku tak mahu semua ini
sama sperti dulu

aku mencari kemanisan di sini

apakah keikhlasan ini
yang sedang di nilai?

Rabb, tiada tempat pergantungan selain Mu Ya Allah
kuatkan diri ini
jangan di uji 
hanya semata demi dunia
aku tak sanggup laluinya lagi

Rabb, andai saja bukan aku
maka hadiahkanlah senyuman yang penuh bererti
aku rindu menjadi diri ku
menjadi yang tenang kerna yakin dengan Mu

apakah aku sedang kufur nikmat?


*************************
Nisrina Syaurah


Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku