Langkahan Kita.
bismilahirahamanirahim
Assalamualaikum
kelainan dalam kehidupan itu yang menyatukan hati
baiklah
sejujurnya aku tak tahu celah mana mahu memulakan
cerita ini
satu ketika dulu ianya selalu saja
membungkam di hati
namun kini
seolah sedang di robek kisah penyesalannya
banyak cerita yang mulai aku hadam
banyak juga yang menambah tanda tanya
aku jadi kelam
namun kata mereka
cahaya iman itu
perlukan kau
maka untuk apa kau harus terus malap
Ya,
aku terus melangkah
membersihkan jiwa
yang punya banyak noda
sesekali aku menjeling ke sekeliling ku
penuh dengan manusia
sarat dengan jiwa
berlumba antara satu sama lain
namun aku tidak tahu
untuk apakah perlumbaan itu
dunia atau akhirat?
syurga atau neraka
sesak dada seketika
apakah aku juga seperti mereka?
sesat tanpa arah
atau aku yang menyesatkan diriku
cuba ku ungkap tirai kisah dulu
apakah aku masih menolak yang benar
kerana mahu menangkan nafsu semata
tunduk.
ya itu yang aku lakukan
kerna malu
malu yang amat
aku tidak tahu celah mana niat yang benar
kerana manusia atau kerana DIA?
sungguh Rabb,
tersasarkah aku di jalan-MU?
aku terhenti sejenak
dan aku lihat sekelompok manusia yang sedang tertawa riang
bergerak menuju cahaya
lantas aku toleh ke kanan
sebuah senyuman dari sang cahaya
aku dengar bisiknya
mahu aku menyapa mereka
namun aku hanya diam bersahaja
mata ini tidak mahu beralih dari mereka
namun ego sedang berperang dengan dahsyatnya
lalu aku terlihat
seorang anak kecil \melintasi aku
dan menghampiri mereka
Ya, jelas di minda ku itu
anak kecil itu tertawa riang
dia seakan-akan melambai ke arah aku
dan mengajak menyertai mereka
tak lama
kumpulan itu bergerak menuju cahaya
" Err, Assalamualaikum?"
entah bila aku sudah berada dekat dengan mereka
anak kecil itu juga sedang tersenyum mesra
" boleh tanya?"
" silakan saudari bidadari ku."
air liur di telan perlahan
mencari kekuatan di balik wajah
" Mahu ke mana?"
mereka senyum
sebelum menjawab serentak beramai-ramai
" Ke Syurga! Ayuh, kita pergi bersama."
dan entah bila gerabak itu meluncur laju ke arah cahaya.
***************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)