langit tak serupa.
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
kau tahu?
air mata mu bak derita yang mencengkam hati ku
tatkala angin lalu menyapa
cerita kita
aku seakan tersedar dari mimpi lena
namun aku juga mengerti
hentian kasih ini
bukan hanya pada bahagia semata
lantas aku bertanya pada awan
apa yang kau lakukan saat hatimu sarat dengan segalanya?
awan senyum ke arah bumi
aku curahkan kesaratan ku
agar rahmat bisa melimpah di bumi itu
tersayat seketika
malangnya aku tidak pernah terduga
apakah hanya idaman mata
bukan igauan mimpi?
aku perit di sini
lantas si angin bertiup memanggil ku
wajah yang tersembam ke tanah
ku angkat memandang rumput nan hijau
kata mereka
saat kau pandang ke langit
apakah kau lupa pada kami?
tidak bukan?
kerna kami yakin
kau punya hati untuk tegak berdiri
dan yang pasti
hanya air mata mengalir di pipi
aku cuba meniti kehidupan yang kian mengila
mencari erti
di balik kata-kata mereka
dugaan kah bagiku
atau kerana mereka cuma inginkan aku
setaraf seperti mereka
desakan demi desakan
aku benci pada perhitungan
lupakah mereka aku masih manusia biasa
burung bersiul perlahan
mengingatkan aku
bahawa masih ada mereka
masih ada Tuhan, sayang
aku tahu
langkah ku halus sekali
tak sperti mereka
meriah dengan warna
namun rimba ini banyak mengajar aku erti
jangan kau palingkan rasa semata mencari sempurna
tertusuk jarum lantas ke sanubari
bukan mudah untuk aku mencari ertinya
bila kau terus-terusan
menoda jiwa
sayang, sekali lagi aku tegaskan
aku tak punya daya
kejora yang cuba kau miliki itu
jauh dari dakapan aku
bukan kerana aku tak terdaya
namun ada tali mengikat jiwa
apakah kau lupa?
aku masih punya cara
agar tak lari dari jalanan ke syurga
kita memang nampak serupa
namun aku tahu
kau juga pasti
kita berbeza
nyata berbeza
sudahlah, jangan kau paksakan jiwa
kau tahu bukan
bila ku izin kebebasan pada kau
bererti aku juga mahukan yang sama
aku lelah menampal senyum
aku lelah ketawa ceria
aku lelah dengan segalanya
kau harus tahu
gembira dan bahagia itu tak serupa
kau mahu aku bebaskan belengu jiwa
tapi yakinkah kau itu caranya?
biarlah pergi segalanya
aku bukan lelah semata
lebih dari segalanya
maafkan aku
aku tak bisa sempurna
maaf ya?
coretan kita mungkin berbeza
kita memandang langit yang sama
cuma awan ku gelap
namun langitmu cerah
beza bukan
maaf sekali lagi
cukup sampai sini
*********************************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)