Demam.
bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum
demam.
bila kau demam
biasanya mesti kau cakap
"Virus"
kalau tak pun ayat penyedap jiwa
" Kafarah dosa"
ya,
itu ayat yang aku pun selalu guna
musim macam ni memang biasa.
abang-abang baru baik
adik-adik aku pun
habis je depa semua sihat
Demam pun merapati aku
dan aku tak simpan nak pakai pelindung ke apa
elok je dia datang bertegur sapa
tapi ini adalah benda biasa untuk aku
tetap jugak kena bangun pagi
masak untuk dia orang
tetap juga kena jemur baju berbakul-bakul
tetap juga kena dengar bebelan
definasi demam aku kat rumah
sejak kecil lagi
start darjah berapa aku tak sure sangat
memang aku dah tahan demam sendiri
sebab aku takut nak merenggek demam
sebabnya, tak ada orang layan
jadi di sebabkan aku ni jenis tak makan ubat
jadi aku pandai2 je hidup
tuam air panas kat muka
minum air suam je
dan hakikatnya
mahu bergelen-gelen baldi air tadah air mata aku
biasanya kalau demam yang dahsyat sangat
aku sampai nangis sendiri
sebab tak larat
dulu, Fara pernah cakap
kalau aku demam pastu nangis siap tu
bukan sebab nangis nak mak
tapi nangis sebab sakit or panas sangat
bebudak skola dulu pun memang paham aku jenis
sakit takde makna nya nak balik rumah
sebab at least kat asrama tu
kawan2 tanya jugak aku makan ubat ke belum
kalau kat rumah
memang tak lah
nobody kisah sangat pun
pernah sekali tu
aku demam sampai meracau
malam kat hostel
aku tak kasik langsung depa call mak aku
malam tu Farzana yang jaga aku
layankan aku
takut meracau lagi
bila masuk KPM
1st time demam waktu sem 1
kembar ( Hanny dgn Syasya) datang hantar mushroom soup dgn biskut
sumpah nak nangis time tu
before tu dah kena paksa makan ubat dgn Pija dgn Sya
tapi kedegilan aku membataskan segalanya
malam tu mesej Farzana
" rindu kau jaga aku time demam"
ya, Farzana jaga aku beria
paksa minum 100 plus bagai.
memori
bila demam aku tak kebah Sya dgn Pija paksa juga aku telan
panadol.
ya, mereka berjaya
sebab nak sedapkan hati budak berdua tu
aku makan lah juga
tapi lepas tu ada lecture Sir Nasir
sumpah kepala aku sakit gila nak mati
dan aku nampak muka cuak Syasya yang duduk sebelah aku waktu tu
sebab aku sakit gila dan tak focus langsung kelas
lepas tu memang aku tak pernah sentuh lagi mana2 paracetemol
accept for anti-biotik
yg tu aku boleh tahan
dengan soluble
antara painkiller yang badan aku boleh terima
pernah sekali kut aku demam
sampai 2 hari aku tak makan
waktu tu kat rumah
sebab tak boleh telan langsung
aku tido je
kaklong dgn mak bising lah
sebab aku tido je tak buat apa2 keje
tapi aku sumpah tak larat nak cakap apa
aku layankan je.
duduk dalam bilik
baring dan berharap demam aku akan pergi
then bila aku lapar gila2
aku tahan diri
bukak mata
masak bubur
sebab tu je yang tekak ni boleh lalu
kalau kat asrama,
adalah jugak
si Adlina ke Pija ke Sya ke
nak beli bubur McD
takpun Fathin paksa pakai koolfever
yang tak berapa kool tu
mimpilah kalau kat rumah ni cakap
nak sup ayam ke
tak nak pedas2
tak larat nak buat kerja ke
masa yang sakit teruk tu je
aku tak masak dgn buat kerja rumah
itupun 2 hari
the rest buat lah juga
sebab tak sanggup dengar mak dengan kaklong
bising sebab aku tak buat kerja
macam sekarang
sebab tak tahu lah badan dah
terbiasa buat jugak kerja
walau sakit camne pun
kadang2 kesian kat badan yang tak bersalah ni
tapi sakit camne pun
satu je ingat
" kafarah dosa nisa, minta kat Allah"
malas nak amik pusing dengar orang sekeliling bising
biar je
kata kaklong
" baguslah pekakkan telinga"
dulu pernah tanya abang
waktu tu sekolah rendah
" kenapa kalau oda demam, mak cepat-cepat bawak pergi klinik, kenapa kalau echa mak tak buat apa?"
abang jawab
" oda kan kecik, antibodi dia lemah sebab tu kena bawak pegi klinik cepat2."
aku balas
" echa pun budak lagi."
abang aku senyum je.
bila satu ketika
waktu aku skola menengah
abang aku demam
rasanya sebab perubahan cuaca kut
cepat-cepat mak bawak pegi klinik
then ada sekali tu
aku kena cirit birit
2 minggu lepas tu
aku still sakit perut lagi
kat rumah takde lauk tak pedas
mak paksa juga makan
dan akhirnya aku sakit perut yang rasa macam nak pecah dah
ceh, ayat tak boleh blah
mak bawak pegi klinik sebab tgk aku dah tak mampu nak bangun jalan dah
tapi sayang masa tu lah klinik
nak penuh ramai orang
dan mak pun bising sebab menyusahkan dia
sebab aku tak larat nak pandang dunia waktu tu
aku duduk diam2 dalam kereta
toilet klinik tu pun tak lalu nak tgk muka aku
aku call kaklong
" sabar cah, mak kan macam tu"
ayat yang sama kaklong ulang setiap kali aku kena marah
sama macam ayat yang arwah abah bagi bila dia tahu aku tak nak pandang dunia
" anak abah kuat. tak macam anak orang lain. sabar cah, mak kau memang macam tu"
sedari aku punya adik dan oda
arwah abah banyak ajar aku agar tak bermanja lagi
supaya jadi kakak
tak boleh lorat2 dah
lepas tu
aku pernah pegi sekolah
dan aku muntah dalam kelas
tahan sakit punya pasal
tapi nak buat cam ne
arwah abah selalu pesan
jangan manja sangat
dan bila aku masuk sekolah menengah
aku masih muntah dalam kelas
tragik kan?
haha
masa dekat KPM
aku rasa aku muntah kat toilet je
tak pernah lagi dalam kelas.
mungkin tanda kematangan agaknya.
haha.
itu tipu.
bila menjadi dewasa
dan aku tak banyak memberontak
hanya kerana mak akan utama kan anak2 manja mak
dulu
aku terbiasa buat benda macam biasa
dah terbiasa hidup tak perlukan apa2
sebab dah terbiasa dengar dialog anak derhaka
dan aku cuma boleh diam
sebab arwah abah tak kasik
aku buat lelebih
" kesian mak, echa tak kesian mak ke?"
abang2 lebih suka diam dari masuk campur
sebab dia tahu aku memang suka pekakkan diri
abang2 pun sibuk
dia tahu payah nak tgk adik yang sorang face all things
bila semua pindah masuk rumah ni balik
abang pernah cakap
" sorry for not being here masa dulu. I know it's hard."
same goes to kaklong
tapi kami adik-beradik tak banyak cerita
sebab faham dah perangai aku
abang pun jarang nak bagi aku pegi kubur arwah abah sorang-sorang
walaupun dulu aku selalu curi-curi keluar pergi jugak
apapun aku tetap syukur
Allah tak pernah bagi something yang tak valuable
dan aku tetap juga aku
hidup ini susah ke
perit ke
sakit ke
senang ke
semua itu kita pilih untuk ambil hikmahnya
tergantung pada kita
abang selalu ingatkan untuk aku lepaskan masa lalu
agar aku pun boleh tersenyum dengan gembiranya
" kita tak tahu masa depan cah, ini bahagian kau tapi ingat bukan sengaja Allah bagi untuk kau suka2
ada cerita kan?"
dan itu cebisan memori
buktinya, hari ni
even demam
aku still lagi boleh menulis panjang begini
ini namanya NIKMAT
:)
**********************************
Nisrina Syaurah
sebenarnya aku tak boleh
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)