Day 7.

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

bila hati tak seiring dengan jiwa
bila diri mula memberontak
entah mengapa
semua nya tak kena pada pandangan mata

ego kah yang sedang bermaustautin ni jiwa ini?
atau ianya kerana derita
yang tak pernah sudah


Day 7-a song that reminds you about the past summer

okay, sebab kat Malaysia ni takde summer
hehe, so boleh anggap lah macam time puasa and raya
tahu sebab apa?
selalunya summer clash dengan raya or puasa
kadang2 je lah

okay
lagunya adalah


mereka kata yang minat taylor ni budak jiwang je
memang lah
lagu dia mostly about love
ya da..ya..da..

does it look like I care
at least she deserve what she want
kau ada?

okay tolak tepi segala isu ini semua

mari melihat ke masa hadapan
kadang2 tak semua yang kita nak tu kita dapat
jadi secara jujurnya
biarkan saja

kita membuat pilihan kerna DIA
dan apakah kau sangka segala yang hadir bukan kerna DIA?
tepuk dada tanya iman dalam jiwa
bukan Iman yang kat sebelah

kita selalu tanya dan bertanya dan tertanya lagi
mengapa
dan mengapa
di jalan ini

mengapa tidak kembali
mengapa ia terjadi
mengapa semua ini harus berlaku

hah amik kau
segala ayat keluar

oleh itu mari menjenguk sebentar
di ruangan minda juga di ruangan hati
apa yang kau isi di situ
apa yang kau takhtakan pada nya
apa yang sedang kau kalungkan dengan sepenuh jiwa

jawab pada hati mu 
bukan di sini
aku paham
juga mengerti
kerna manusia itu
semuanya serupa tidak berbelah bagi

jadi tanya sekali lagi
pada akal dan mindamu
serta pada imanmu

di mana letaknya nilai itu?

selamat berfikir

jumpa lagi

******************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku