bila midterm menjema...

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

bila datang cuti midterm yang memberi ruang dan masa
untuk bernafas dengan lega
aku masih lagi tercungap-cungap

pergh, letih tak bertempat
nasiblah. duk dengar story sana
story sini
benda banyak lari dari kertas kerja yang asal
mahu taknya lari
nak buat majlis kecil je
ni bila tengok balik 
grand semcam

abang2 dah pakat bising sebab depa duk kata 
membazir je semua ni
aku bantai senyum
angkat tangan while saying

" tak masuk campur"

mak mana yang tak nak anak dia happy masa wedding
tapi bila kaklong pun macam dah tak terlayan
dia diamkan aje
faham sangat dha perangai mak macam mana
memanglah tak lari mana
tapi nanti nak handle cam mana lah nanti

adik dengan oda sah2 
bos in the house
balik nanti semua bnda dah kasik settle
adik sampai petang jumaat
oda pun

kira okay lah sebab abang2 semua dah cuti awal
kaklong pun still pulun sampai jumaat
dah tu budak upsr tu camne

bila fikir balik ada hikmahnya nikah sabtu
sebab tak lah sesak sangat nak berkejaran
kenduri orang sebelah pun esoknya
so sekali penat terus

faham dah konsep hidup kaklong
lagipun malaslah nak masuk campur
buat jelah apa yang mampu

last night pun abg pesan

"tahun depan kita buat simple je cah,
tak yah nak sarat bagai.
dahulukan yang penting"

abang2 semua memang sekepala
tak nak sarat
nak simple, senang, settle

kan?
kaklong pun okay je
sebab mak yang nak tu
nak ni
kaklong layankan je

feeling memang sah2 bercampur baur
bukan senang
sebab yang nak kahwin kaklong
nak happy for her
sedih semua letak tepi

semalam masa nak buat time-frame pengantin perempuan
pi lah bongkar semua album lama
mak cik menangis tengok gambar arwah abah
aku tahu mak tahan rasa

kami adik-beradik lagilah
sebab selalu ingat pesan arwah abah
sebab tu kami jenis happy go lucky je

abah tak kasik menangis tahap gaban
abah tak kasik suka suki tahap dewa 
abah tak kasik belanja sakan

yang arwah abah selalu tekankan

selalu bersederhana
pakai bila perlu
beli bila penting
sedih biar berpada
ketawa biar suka

simple
peraturan yang abah tekan dalam hidup kami adik-beradik
itu yang kami cuba pertahankan
biar orang duk nak mengata
tapi kaklong selalu cakap

" ingat apa yang arwah abah pesan"

hati mana tak menangis
tapi ada banyak hikmahnya
belajar membesar dengan seribu kepayahan itu lebih baik
dari belajar dari keperitan yang sedar2 sedang menoreh rasa

nikmat Allah tu tak pernah hilang
kalau di tarik pergi
hadiahnya tetap lumayan
lalu apa yang kau cari lagi
dalam lubang gelap
penuh dengan kekotoran itu
sedangkan air jernih jelas suci
sedang di tadahkan buatmu

keep asking myself

Am I forget about the things yang pernah di terapkan dalam jiwa sedari kecil lagi
apakah aku juga sudah lari dari landasan jiwa
entah
tepuk dada soal iman ku

the answer is there

:)

end of part.

till meet again

***************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku