Disini.
bismilahirahmanirahim
bukan suara itu anugerah???
Assalamualaikum...
Di uji ketika diri masih di tahap sedang parah
kejap je rasanya sudah rebah ke tanah
jatuh ke dalam lubang
tanpa di sedari sedang memamah diri
bukan mudah nak hadapi dunia
bukan mudah nak menilai segala benda
nak hadapi segala kebencian dunia
nak hadap segala keseronokkan dunia
bicaranya sunyi tanpa kata
namun anak matanya kekal bercerita
cerita yang tiada kesudahannya
boleh tahu kenapa?
kenapa nak bercerita
kenapa nak berbicara tanpa suara
bukan suara itu anugerah???
terkadang suara bukan prioriti
untuk kita gunakan
bukan kita di tinggal pesan oleh dia lelaki yang paling hebat di dunia ini
bahawa diam itu ibaratkan emas
diam bila tiada yang bermanfaat untuk bersuara
bila diri mulai nak goyah sebab dah hampir2 nak terjatuh
mungkin kita boleh lagi selamatkan diri kita lagi
mungkin atau sedang kita
mengimbanginya kita dah pun jatuh
tanpa kita sedari..
cuba nak islahkan diri
atau cuba nak tarbiyah kan diri
atau kita masih dekat tempat yang sama
melihat dunia dengan cara kita
namun masih membantah dengan cara mereka
kita berbeza
walaupun terasnya masih sama
jiwa nampak tegar
hati nampak segar
segalanya habis di situ
segalanya berakhir tanpa noktah
biarlah dunia dengan seisinya
andai kita minta untuk dunia
maka kita dapatlah dunianya
jika kita minta akhiratnya maka dapatlah kita akhiratnya
jika kita mintak dunia dan akhirat
maka kita InsyaAllah kan mendapatkannya..
*************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)