Masa untuk tarik brek anda..

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

Syaaban sedang mengundur diri
katanya sahabat tercinta sedang menanti kita

Ramadhan tersenyum megah di depan pagar
raut wajahnya tidak sabar mahu melangkah 
bertemu dengan tuan rumah yang hanya di kunjungi
setahun sekali
namun rata-rata rumah  yang di kunjunginya
tidak semua bersedia menyambut kedatangannya
kebanyakkan leka menyebut nama Syawal
Ramadhan yang sedia maklum adik kesayangannya lebih menjadi tumpuan mereka
makan hati?
entah...
dia tahu dia sedang melaksanakan tanggungjawabnya
Dia tahu tugasnya berat
dia tahu YANG ESA memberikan dia satu penghargaan yang tidak terhitungnya..
sedangkan Syawal cuma memberikan kegembiraan
andainya mereka melayan dia dengan baik dan sempurna

Itu YANG ESA kata padanya...

saban tahun Ramadhan melihat cahaya kegembiraan juga cahaya kehampaan
ada masanya  dia melihat Syaaban melangkah pergi dengan gembiranya
kerana mereka tidak lupa menghargai dia
adakalanya Syaaban akan melangkah dengan longlainya
sambil menyampaikan pesan

" Sabarlah Ramadhan, ini Ujian YANG ESA buat mereka dan kau juga."

Namun Ramadhan tetap ceria
dia tahu kedatangannya tidak akan di hampakan
dia tahu kedatangannya sangat di nantikan
bahkan ada yang teringin berjumpa dengan YANG ESA 
sewaktu dia berada di sisi mereka
dia tahu itu

cuma...
kadang-kadang hati Ramadhan sedikit terguris
ketika mereka beria menyambut Syawal
walaupun ketika itu dia masih lagi menjadi penghuni di rumah itu

kata Syawal, 

" Sabarlah Ramadhan, mereka terlupa aku ini hanya ganjaran andainya layan mereka padamu sempurna
maka nikmat yang mereka kecapi dari ku
adalah titik peluh mereka melayani karenah mu wahai Ramadhan"

begitulah saban tahun Syawal si adik memujuknya..

namun dia tahu YANG ESA sentiasa
ada disisinya
dia tidak lupa
malah berbangga...

YANG ESA sentiasa akan memihak padanya
dia suka melihat ganjaran yang di berikan kepada tuan rumah
setelah berpenat lelah melayani khas dari YANG ESA
dia rasa gembira
dia rasa bahagia
tapi kadang dia sedih sebab mereka tak nak
dapat ganjaran sebenar
bukan hanya ganjaran dari Syawal
tapi juga dari Lailatuqadar..

Lailatuqadar hanya hadir semalam sahaja
ramadhan suka melihat tuan rumah beria mencari lailatuqadar
YANG ESA suka sembunyikan lailatuqadar
sebab baru lah berbaloi
nak dapat hadiah lailatuqadar

cuma kadang2 bila tuan rumah leka dengan Syawal yang
masih belum nampak batang hidungnya
Lailatuqadar mesti kecil hati
terus tuan rumah tak dapat jumpa...

tapi ramdhan sentiasa harap tuan rumah akan jumpa lailatuqadar
macam tuan rumah tak sabar nak sambut Syawal

Ramadhan percaya, jika kita menghargai sesuatu bukan kerna paras rupa
pastinya kita kan beroleh bahagia yang tidak di sangka2

Ramadhan tak sabar nak jumpa tuan rumah
Ramadhan nampak tuan rumah dah melambai dengan Syaaban

Ramadhan melangkah dengan perlahan
bibirnya mengukir senyum
wajah tuan rumah jelas terpancar kegembiraannya bertemu Ramadhan yang hampir setahun tidak bersua

" Ahlan Wa Sahlan ya, RAMADHAN"




*Sekadar perkongsian
jika ada silap dan salah 
mohon di perbetulkan dan di maafkan
Salam Ramadhan Al Mubarak'

** dah sampai masa nak tarik brek dari memecut laju ke destinasi yang kita tetapkan
rehat kejap, kutip banyak2 bekalan tara masih ada masa
jika sempat kita bertemu dengan Ramadhan lagi
itu rezeki kita
kita tak tahu
bila tangki minyak kita dah nak habis
meter zaman sekarang mana boleh pakai
semua tu khayalan smata..

*** Yang baik dari ALLAH, yang buruk silapa saya sendiri
mohon di ampuni

**********************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku