Bermula sebuah kisah, harus ada penutupnya.

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

Pagi ini bangkit dari tidur.
menghirup udara yang segar.
melihat cuaca yang elok
dan segar.
Alhamdulilah
syukur kepadanya atas kurnia nikmat yang di kurniakan buat setiap insan di muka bumi ini

majalah Al-Islam yang di beli 
tempoh hari masih belum terusik
entah mengapa.
aku sendiri kurang pasti
dan hari ini
Allah mendetikkan hati untuk membaca
dan hari ni
Allah detikan jiwa untuk mencoret kisah

kisah mereka.
kisah dia
kisah yang membawa seribu manfaat bagi diri
dan juga kisah yang membuat
aku menangisi kekhilafan diri ni

2013 menyaksikan kepergian mereka yang tegar berjuang demi agamanya
aku tahu kisah ini
rata-rata sahabat blogger 
banyak sudah mencoretkan kisah Arwah Ahmad Ammar di dalam
koleksi post masing-masing
dan aku hanya memuji dan mendoakan 
dari jauh
bukan mencoretkan kisahnya disini
namun entah mengapa setelah membaca majalah Al-Islam itu tadi
hati seperti berkobar.

Rentetan kisahnya mengamit memori
mengamit rasa
meletakkan cik hati agar menerima segalanya
bibir mengucap syukur
hidayah darinya tiba.

pulang ke rumah
aku kembali mengadap komputer riba yang setia menemani diri ini
hati terus tergugah
apabila mengetahui
bahwa dia juga telah pergi mengadap CINTA yang satu.

dia Arwah Adibah Khairy.
mengenal beliau melalui tulisannya
baik di blog mahupun twitter
sungguh hati terus terasa kesayuan

lemah dan longlai jiwa ku rasakan
sungguh maut tidak mengenal usia..

sungguh sebak di dada tidak bertahan
mengalir jua air mata
jujur ku akui
meskipun kami tidak mengenali antara satu sama lain
namun ukhwah sebagai seorang saudara itu jelas terasa.

ku simpulkan kisah dua pejuang agama ini
dalam era kemodenan ini
ada mereka yang masih berjuang 
menapak mencari keredhaan Allah S.W.T

terasa kerdilnya diri ini yang langsung tidak berbakti pada agamanya
hanya memikirkan soal dunia
namun akhirahnya nampak lubang dan lompang nya

sungguh hinanya diri ini sebagai hamba.

aku cemburui ketenangan milik ibu arwah ahmad ammar
 kerna aku sendri tak betah menahan air mata yang keluar dari jiwa
tatkala Allah mengambil kesayanganku di dunia ini

namun apa yang membuat jiwa ini kian terasa peritnya
mendengar kisah seorang seorang ayah yang
juga tenang menghadapi situasi ini

dan hasrat seorang ayah yang mahu me'wakaf'kan anaknya ke jalan Allah
itu termakbul doanya

kata-katanya menusuk ke dalam jiwa
sama seperti rintihan arwah abah dulu

jujur di akui
hasratnya masih belum ku kotakan
harus di akui
aku menjadi istimewa di hatinya
kerna baginya setiap anak itu istimewa

dan harus di jaga dengan sempurna

aku mencemburui arwah ahmad ammar
kerana menjadi kebanggaan ibubapanya

pernah kau tahu dia dahulu  belajar di maktab tentera dan mengambil aliran sains
namun dia melangkah ke istanbul dengan harapan
menjadi seorang yang meneroka sejarah

dan jiwa terasa.
dulu
bibir ini tidak berhenti mengomel
berkata kepada arwah abah
keinginan untuk meneroka bumi Indonesia
memahami tinggalan sejarah
merentasi benua
menjelajahi bumi para anbiya
menghayati keindahan bumi turki
mengenang kembali
kerajaan islam yang sangat gah di mata dunia
Turki Uthmaniah

sedari kecil aku menanam hasrat untuk menakluki bumi itu
mengimbas kembali
segala memori sewaktu panji islam megah berkibaran di dua pertiga dunia

namun, takdir Allah menentukan hadnya
entah mengapa hati terasa sayu
apabila mata tua itu meluahkan kecewanya terhadap sikap mereka

dan atas titah yang sama
aku menukarnya
memadam cita-cita yang tersimpan
demi sebuah rasa

aku terjerumus ke dunia itu
dunia yang penuh nombor.
bila melihat abang semakin berusaha jua
demi untuk dia
aku juga memesongkan arah
dan di sini aku berdiri
di jalan yang aku pilih.

aku mereflekkan diri ku

satu ketika dulu
aku hindar segala benda hanya semata
keredhaan dia
namun hari ini
seolah aku terasa kaku  di jalan ku

ada rantaian besi mengikat ku untuk melangkah pergi
jiwa terasa perit

melihat kesungguh kisahnya
aku kembali  mengimbau segalanya
mengimbau erti dan perihnya
dan sesungguhnya segala tinggal begitu sahaja...


mereka menyimpulkan cita-cita dan impian bersama
hasrat orang tua
bersama cinta terhadap Yang MAha Esa
dan aku?
masih tertinggal disini
tanpa memberi manfaat kepada manusia

sungguh terasa diri amat kerdil berbanding mereka
mengimbau kembali
selama bergelar
19 tahun hidup di dunia
namun  tiada satupun yang ku buat demi agama mahupun ummah

Apa yang harus aku lakukan jika
maut memanggil di saat diri ini
hanya membawa bakul yang berlubang saat tiba disana

apa yang harus ku lakukan jika
anak kecil itu bertanya mengapa aku
tidak membantunya
bukankah aku saudaranya juga

Apa yang harus ku katakan jika aku
sendiri terheret bersama dosa-dosa yang berbakul2nya

saat akhir mereka
mereka berjanji untuk menuntutnya di akhirat kelak
apa aku juga akan terheret sama

apa yang kau lakukan selama hidupmu?
hanya berkongsi gambar, info dan juga kata2
apa tindakan mu melihat saudara mu sendiri di binasa kan oleh syaitan bertopeng manusia itu
apa jawapan mu

aku terjatuh di lubang itu
penuh duri untuk aku tegak berdiri

waktu itu amanat arwah abah jelas terlintas di minda

" abah hantar anak abah belajar agama supaya nanti ada juga yang jadi ustaz."

aku akui itu
dan bila abang menepuk bahu mengusap air mata

" doa abah dah termakbul, maybe bukan abang tapi kau."

sungguh tanggungjawab terpikul di jiwa
air mata mengalir deras

menjadi seorang hamba yang hanya leka dengan dunianya
ibarat si katak yang hanya tahu tempurung sahajalah dunianya

si hati berbisik
mengapa kau harus persoal kata mereka
bukan mereka yang akan menjawab persoalan Tuhanmu
bukan mereka menghadiah kan pahala dan dosa buat mu

serambi ku kosong
mimbar ku hanya barangan semata
namun tabir ku jelas terbuka

persoalannya
apa sumbanganmu buat ummah
jangan kau kata fardu kifayah semata
jangan kau kata Allah melindungi mereka yang beriman
benar sama sekali benar
namun adakah kau benar-benar beriman?

tepuk dada mu
cubalah kau cari jawapan

kisah mereka pemangkin buat hati..
cita2 seolah terbuka 'hadiah' nya
jika aku yang Engkau pilih
izinkan diri ini berbakti untuk agama ku
sebelum sempat kau menarik nyawa ku
izinkan ku menyebarkan risalah rasul-Mu
sebelum nafas ku terhenti
terimalah taubat
izinkan ia berada di sisimu

sebelum diri ini menemui-Mu


andai ini jalanku, permudahkan segalanya

***********

~seoranghambayanghina~

Comments

Popular posts from this blog

NS1

new year event!

Bahagia cara aku