di penghujung itu.

bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum

pulang dari terawih di surau
first time solat di surau belakang asrama
selama ni solat kat
tengah2 court bola tampar
malam minggu baru solat kat surau yang sedikit kecil
sebab masa weekend macam ni ramai yang balik rumah
dan aku buat pertama kalinya 
tak pulang hujung minggu pada bulan ramadhan
mana pernah
since tingkatan satu lagi
weekend mesti balik rumah
berbuka dengan family
padahal
minggu ni abang2 semua ada kat rumah
tinggal adik je yang tak balik
full house jugak lah kan kiranya
entah angin apa merasuk aku

merajuk barangkali?
entah
biarlah

isu yang timbul sewaktu kami sedang beriktiqaf di surau

" lelaki satu saf saja ke?"

senyum sumbing mengganti jawapan

" patutnya perempuan lah yang sikit sebab ramai yang cuti, ini lelaki yang sikit"

kepala menggangguk mengiakan jawapan tersebut

" kalau generasi kita dah macam ni, anak2 kita nanti lagi teruk."

" maksudnya kita kena produce anak2 kita dengan betul lah kan."

" kita kena lah datang surau macam ni supaya nanti anak2 kita pun datang surau jugak."

easy kan?

dunia akhir zaman
memang banyak dugaan
susah nak jumpa mereka yang real faham dengan situasi yang sebnarnya
kebanyakkan orang anggap benda ni
remeh sangat
tak amik kisah pun
terawih je pun..


bibir mengukir senyum melihat saf yang makin penuh
Alhamdulilah

keindahan sesuatu benda itu hanya kan jelas indah
apabila kita yakin akan keindahannya
bukan hanya mainan sahaja
cantik bukan isunya
namun perspektif jiwa
dan pandangan mata hati yang sebenarnya
lebih dari penting

nak marah siapa kita untuk menghukum
bukan semua rasa apa yang kita rasa
hanya doa sahaja yang paling baik untuk semua
semoga doa kita di makbulkan

salam ramadhan
jangan asyik fikir pasal raya je
hehe
May Allah Bless

p/s: saya tak tahu kalau awak still ada kat sana?

******************************************
Nisrina Syaurah


Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku