hari bapa..

bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum,
baca dah title?
=)
nah.. hari ni pi klas memandu
masa otw wak bukak cerita pasal arwah abah
ngee
then baru aku perasan
hari ni hari bapa
dan selama ni mana pernah kiteorg sambut hari bapa
=)
dan tadi terbaca post seorg member
she said

" no matter where you are, i'm proud to be your daughter"

=)
nah.. menyingkap memori lama
semua kenangan macam terimbau kembali
saat aku masih merasa berada
di tempat mereka
3 tahun
nampak macam sekejap
dan tiga tahun itu jugak lah aku belajar menerima
hakikat
teringat satu cerita yang pernah aku tonton satu ketika dahulu

his mom said

" when we losing someone or something in this world, it does mean that he/she gone forever
they just move to another place in our heart"

and its true..
bila arwah abah di panggil kembali kepada DIA
tak bermakna dia pergi membawa segalanya
memori aku dan dia masih segar di minda
semua bagai terlayar semula di ruangan leka ku
aku sangat menghargai semua itu
everyone can say that their father is the best in the world
ya, me too
takde abah maka takde aku
kan...

even sampai sekarang
i know he right beside me
any decision pun aku akan ask him
lawak kan..
walaupun sebenarnya hati kita yang bermonolog sendiri
namun aku suka itu
dulu tika masih dalam menghadapi realiti itu
aku masih menulis surat buatnya
setiap masa dan ketika
meluahkan rasa
kerna aku sudah terbiasa
setiap hari mahupun setiap bulan
ku tulis sebuah warkah
sehingga aku merasakan tiba masa untuk kau melepaskan segalanya
saat aku tersedar 
dari mimpi lena yang panjang
nah... waktu itu
sedari kecil lagi mmg aku yang rapat dengannya
mendengar dia berceloteh memarahi 
abang2 ku mahupun ibuku
aku duduk diam
meskipun dia memarahi aku jua
namun aku diamkan jua
kerana tiada siapa yg akan mendengar melainkan aku
dan aku amat bangga merasai semua itu
kepergiannya memang menyimbah seribu duka pada aku
duka yang teramat parah
namun aku tahu aku masih punya DIA
yang tidak lekang mendengar aku meminta
agar rinduku di ubati
terkadang aku juga tahu aku melanggar
menolak takdir saat aku merasakan diri ini
belum puas bermanja dengan nya
namun ku gagah kan jua hati ni...
mana mungkin aku menipu diri ini
aku juga pernah menangis di perkuburannya
meratapi mengapa tiada dia yang bisa memahami aku seperti dia
namun aku tahu
DIA yang dia atas memerhati gerak langkahku
satu demi satu anugerah yang DIA beri
untuk mengubat luka ku
membawa aku keluar dari jalan hitam yang
pernah menjadi titik noda dalam hidup ku
segalanya nyata berubah
dan aku
dengan ikhlasnya
mampu melangkah tanpa dia
kerna DIA sentiasa membimbing ku
mungkin kecewa itu masih ada
ya, kerna janji antara dia dan aku masih ada yg tidak tercapai
dia pernah berjanji
untuk membawa aku melawat bumi anbia
namun janji itu tidak dapat di kota
dia tinggalkan sedit wang untukku
agar aku bisa pergi ke kota suci untuk
semata untuk DIA
dia pernah berjanji ingin membawa ku ke negara yang pernah dia lawati
dia pernah berjanji pada ku untuk menyerahkan kepada suami ku
dan aku tahu
meskipun bukan dia yang akan menemani ku
melewati segala impian itu
namun ku tanam hasratnya di hati ini
akan ku capai segala cita nya 
demi sebuah janji
janji yang pernah terlintas di hati
Insya Allah
aku tahu DIA akan membantu ku
segalanya indah bukan
memori itu takkan terpadam
jika DIA menarik memori ku
jangan di biar memori yang satu itu juga di tarik..
itu doaku..
=)
InsyaAllah

masa itu sukar dijangka
barangkali jemari ku penat meningkah
ya, sudah tiba di hujungnya
barangkali kita masih boleh bertemu
InsyaAllah

**************************************************
Nisrina Syaurah 

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Cerita Dia

Bahagia cara aku