15 Syaaban..

bismilahirahmanirahim..
Assalamualaikum

dah malam 15 Syaaban
Ramadhan dah melambai2
dan rasanya
berlumba2 kita mengganti puasa

dan habis dah gnti?
Alhamdulilah
mana yang belum tu cepat2 ya..
nnt tak sempat pulak

malam nisfu syabaan ni orang ramai 
mesti akan baca yassin sebanyak 3 kali
ini antara amalan yang di amalkan
yang tuan2 serta puan2
amalan yang di amalkan
berbeza dgn amalan yang di sunnah kan
makanya
baca yassin 3 kali itu bukan sunnah
nabi
tetapi amalan yang boleh di amalkan
yalah kira macam amalan soleh
tapi niatnya harus di perbetulkan di situ
amalan soleh bukan amalan sunnah
salah nanti
lain pulak jadinya

puasa?
oky secara betulnya
tiada puasa sunat nifsu syaaban
yang ada adalah puasa sunat syaaban
ya, jgn salah faham lagi ya
nisfu itu maksudnya setengah
bermaksud disini
kita dah pun berada setengah di bulan syaaban
jadi 
kalau mahu
puasa
niatnya biarlah puasa sunat syaaban
bukan sunat nisfu syaaban

 boleh faham?
so saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu
yang lain2
sila bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui
seperti
Ustaz2 dan Ustazah2
yang lain

oh ya,
ibadah qiamualail
juga termasuk dalam amalan soleh ini
makanya
boleh je nak bangun malam
tapi niatnya kerna Allah S.W.T
=)
bangun malam ni bukan malam nisfu syaaban je
bahkan kalau boleh di amalkan setiap hari
klau tak boleh selang 2 ke 3 hari
tak mampu juga
seminggu sekali
tak boleh juga
sebulan sekali
tak mampu jugak?
hehe, awak.. saya memang tak boleh jawab
nak tidur nnt niat lah nak bangun malam
kalau terlelap
at least pahala nak bangun dah dapat..
kan?
=)

baiklah 
semoga bermanfaat ya..
apa yang kita tahu kita kongsikan
apa yang ada kita amalkan
ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah

kata seorang lelaki paling hebat di dunia ini

" sampaikan lah dariku walau sepotong ayat"

~Nabi Muhammad s.a.w.~

semoga bertemu lagi
InsyaAllah
=)

**********************************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

new year event!

NS1

Bahagia cara aku