Posts

Lama

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum ya, aku faham, barangkali lappy kesayangan ni mula bersuara lamanya tak mengadap lappy ni nak tahu dunia luar pun banyak pada phone kasihan phone yang satu bukan marah jauh sekali kecewa cuma tgh mencari jalan pulang hendak menangis? kering sebelum sempat di seka pipi air mata degil tak mahu melihat dunia dan di dalam sakitnya tak terperi kalau saja boleh di robek dengan mudah laju ku ukir segalanya namun hakikatnya aku sendiri akan gagal dan kenapa? kenapa? kenapa? nak nangis sambil dengar lagu sedih  tak jugak jalan apatah lagi kalau dengar hati org merintih takut hitam di dalam takut bersalut ego takut segalanya memuncak sehingga aku tak betah lagi dengan dunia itu seketika aku tersentak apakah aku sedang futur? ********************** Nisrina Syaurah

Mummy.

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum silap mata memandang silap hati memilih aku atur langkah menuju bangunan setinggi 13 tingkat hampir 3 tahun lamanya aku bersuka ria di bangunan nan usang  yang lifnya selalu rosak hari ni niat nak singgah sekejap jumpa mummy lepas tu pergi pejabat pos yet, kalau aku jumpa mummy memang aku terlajak tak buat apa lah borak dengan mummy mana cukup sejam dua lalu aku buka sila di kerusi hijau di bilik pejabat mummy amsyar lena dihujung pejabat tak sedar pun aku datang menjengah mummy kata  " mummy suruh adik baca buku, boleh pulak dia tidur kat situ" aku tampal sengih. takpe Amsyar budak pandai jadi hampir sejam tu berlayar semua kisah aku tahu mummy penat mummy bukan jenis nak bukak cerita laju2 kat orang but still aku faham apa mummy rasa aku dengar. aku dah biasa dengar cerita mummy dan aku sentiasa berharap yang aku akan jadi pendengar mummy walaupun lepas ni ak...

terkenang ler tu.

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum bila aku buka balik helaian nota selama sebulan lebih tu aku jenguk sedikit demi sedikit almaklum mencari idea menulis personal statements tapi secara jujurnya mengimbau kenangan lebih banyak dari idea baru yang menjengah nak menulis terasa malas tapi ada hati nak jadi penulis hahaha nak menconggak lagi malas tapi ada hati nk jadi banker muahahahaha ni bukan soal cita-cita ini soal impian dan matlamat kadang2 kan kita ni jarang nak jujur dgn diri sendiri selalunya menipu je kerja nya tipu diri sendiri lak tu yg duk penat nak sedapkan hati yang kononnya tawar sangat takde garam takpun masin terlebih tak memasal je ada benda kan kita tak sedar pun tau men jadi orang yang logik itu biasa tapi menjadi mereka yang unlogical itu bukan luar biasa berlambak je yang kat luar tu sedemikian rupa eh, gua cakap pasal gua lagi balance baru imbang dunia or akhirat tak, ...

Relax kay?

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum rasanya baru sekejap aku mengolah cerita tentang rasa kemudian entah langit mana yang runtuh menghempap rasa mahunya aku diam tak terkata sekejap aku merasakan A sekejap jugak aku merasakan  B kadang mungkin aku sudah tiba ke L entah nak tafsir rasa sekarang ni payah tau kau ingat macam makan nasi ke? nak makan nasi pun ada pilihan tau masak ke beli ke kan? aku tahu korang dah terbelit nak faham apa aku cakap so what? haha okay, gurau je goyah dengan pilihan adalah perkara biasa jadi usah kau gentar relax je tarik nafas dengan tenang apa susah kan? okay mari kita lihat apa yang terbentang pada luasnya dunia lalu celah mana kau pilih untuk tegak berdiri atau terbaring serong? letak pada tangan dan hati mu usah risau ALLAH kan ada dah relax kay? **************************** Nisrina Syaurah p/s Guys, gua cakap dengan diri gua.

Belajar.

Pinggan mangkuk bersusun dalam singki Paip air di buka perlahan.  Pinggan di cuci dan di lap Kemudian aku susun di atas lantai. Nanti senang makcik nak simpan. Nak simpan terus takut makcik nak guna. Wajah aku tenang tanpa kata, suasana hinggar di sekeliling aku hindarkan saja Malas mahu masuk campur urusan   orang tua yang leka membungkus lauk. Mak cik jarang buat kenduri kat rumah. Almaklum rumah taman. Jadinya susah sikit nak masak2 ni. Senang cerita main pakai order je. Elok aku tengah khayal membasuh “ Nasib baik ada anak dara.” Aku toleh ke sisi. Wajah Mak Ida dgn Mak Ina yang menyapa. Bibir Cuma ukir senyum. Faham. Makcik punya anak2 yang ada pun Cuma abang man dengan Iwan. Dua-dua tu je lah yang belum kahwin. Anak perempuan makcik semua dah berkeluarga dan beranak pinak. Kesian kat makcik, mana larat nak buat semua benda. Nasib duduk taman. Jiran2 ni rajin menolong. Elok lepas maghrib, jiran tetangga berpusu datang. Masa tu ...

IV

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum dan aku masih memerhati helaian hitam dan putih agar coraknya  akan indah seperti dulu dan aku masih lagi percaya ini semua sementara aku masih ada DIA **************************** Nisrina Syaurah

Permulaan yang baru barangkali

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum sedang mentarbiah diri di pagi hari mencari kekuatan nur pagi lantas whatapps menjadi pilihan " Siapa malas nak pergi kerja hari ni, tolonglah geng" satu ayat cukup mencerminkan segalanya lantas segalanya membuka kepada ketenangan jiwa benar kata fawziyah saat kita jatuh dan datang mereka yang memohon pertolongan kita mudahkan urusan mereka dan akhirnya kita yang menjadi tenang betul dan untuk itu syukur yang tidak terhingga kepada Illahi " Nisa, lama tak dengar falsafah kau"- Adlina belum di kira personal whatapps yang meniti di  skrin telefon yang serba meragam itu dan sungguh kesabaran itu akan lahir hikmah yang besar maka ucaplah Syukur Alhamdulilah kita masih bernyawa kita masih di beri peluang untuk menebus dosa biarlah dunia ini berputar mengelilingi waktu dan biar jiwa ini beria mengutip bekalan agar tidak berciciran sebelum sampai ke ...