Posts

Showing posts with the label Tulisan Tangan

XVI

bismilahirahmanirahim "how's everything?" aplikasi mesej berwarna hijau di pandang sepi. sudah berapa hari Erin tidak bertanya tentang dia. Hari ini mesej tentang khabar memulakan bicara. "okay, middle of going down." "kenapa?" "entah." sampai situ perbualannya dengan Erin. Dia tidak berminat untuk tahu lebih lanjut. juga tidak berminat bercerita lebih lanjut. Kemudian dia bangun. Celahan rak buku di capai satu naskah. Kembali berbaring di tilam. perlahan dia buka di tengah-tengah naskhah tersebut. Kalau dengan derita itu bahagia. aku pilih derita. sebaris ayat cukup sahaja membuat dia mual. naskhah itu kembali di campak ke tepi tilam. kepala turut berpinar. Seketika dia berasa di awangan. Jelas kelihatan di matanya, langit biru tanpa silau, burung berterbangan juga angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Ah sudah, aku berkhayal lagi. Kali ini dia tidak bangun terus. seakan ada lagi yang menanti di...

XV

bismilahirahmanirahim Sejenak aku tergamam. Sukar untuk aku memahami riak wajah dia. Lalu aku pilih untuk pergi dan diam tanpa bicara.  Selang 3 hari kemudian. aku duduk semeja dengan Zaiha. "Awak nampak lain. Kali terakhir kita jumpa awak. Awak tak macam sekarang pun." aku pamer senyum. Tak banyak mahu aku katakan pada Zaiha. Paling tidak aku cuma boleh jelaskan pada dia. "Penat kut awak." Air coklat di atas meja di sedut perlahan. Mata cuba mengelak untuk bertatapan dengan anak mata Zaiha. Bukan apa. Takut juga kalau Zaiha tahu apa yang sedang bergelodak dalam jiwa. "Awak tabah tahu tak? Kita tak pernah jumpa orang setabah awak. Kalau kita tak tempat awak. Kita tak tahu nak buat macam mana." aku senyum lagi. kalau lah Zaiha tahu peritnya bagaimana menghadapi semua ini. celah mana aku boleh letakkan tabah itu. "Mak awak tak cakap apa?" Zaiha rapat dengan mak. mak pun selesa dengan Zaiha. tapi Zaiha ...

XIV

bismilahirahmanirahim "Rina." cara dia melagukan nama ku kedengaran indah sekali.  "mengapa sukar untuk di tebak hati kau?" aku cuba sandar ke kerusi dengan tenang. sambil menahan debar di hati. "jika aku beri jawapan, adakah kau akan cuba untuk mengaplikasikan ia?" Dia diam. namun di balik ekor mataku, aku lihat dia simpan senyum. beritahu aku, apa mungkin kau boleh diam melihat senyum indah si jejaka yang diam-diam kau menyimpan rasa pada dia?  "aku teringin sekali meneroka lembah yang jarang berpenghuni itu. mencari makna dia balik garis senyum. memantul tenang bagi jiwa yang gundah. menampal senyum di balik derita." dia mencicip cangkir teh yang dia bawah sedari tadi. mata kami memaku ke luar jendela kafe. melihat orang lalu lalang petang sebegini. tidak kurang mereka yang tidak henti-henti menangkap memori senja di hujung minggu. "alasan kau tidak boleh aku terima. lagipun, biarlah taman rahsia kek...

XIII

bismilahirahmanirahim Kaca mata aku tanggalkan. perlahan mata ku gosok dengan tangan. tidak pedih, cuma aku merasa kurang selesa. barangkali duduk mengadap komputer terlalu lama. ku cuba alih pandangan ke arah lain. mencari sedikit ketenangan itu mata ini. "Rina." aku cari punca suara. Ada dia di sebelah kanan. Dia kemudian mendekati aku dan menarik kerusi di sebelah kanan. aku perhati tindak tanduknya. Cuba mencari ketenangan lagi. "Nampak resah?"  "Gundah sebenarnya" entah mengapa debar di dada mulai terasa. aku jarang duduk berdekatan dengan dia. jarang sekali namun hari ini, bukan sahaja resah dan gundah. entah rasa apa yang bercampur aduk.  "Kau cari apa?" "Maksud kau?" "kau macam tercari cari sesuatu? nak aku tolong carikan?" dia pamer senyum. Ah indahnya. Aku balas senyum itu. cuba menutupi rasa yang sekali lagi hadir. "cari cinta." ********************...

Another Day

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt sedari beberapa bulan yang lepas aku selalu paksa diri untuk menulis tapi akhirnya aku tak menulis pun acah-acah sibuk tanpa memikirkan tentang masalah lain tapi hakikatnya banyak benda tak tersetel dan aku masih berbaring merenung ke bulan hahaha kelmarin, waktu melihat langit cerah dan awan mendung aku tafsirkan resah yang bergelumang dalam jiwa di celahan mana entah resah itu hadir yang aku tahu aku cuma lelah barangkali aku cuba untuk paksakan jiwa hadap dan telan semua dusta tapi yang jelas cuma aku kesendirian dalam waktu aku tuliskan cita-cita dan harapan mengharap mimpi akan tiba dan memayungi semua impian sayangnya semua lapuk aku dan jiwa terhapus pada realiti dunia kata rona, dia akan datang bersama setinggi realiti sebegitukah kadang menjadi jujur pada diri sendiri tu payah sungguh sebab kau cuba menafikan keduniaan itu kuat belaka kau kata kau okay tapi kau s...

Apakah Yang Memungkinkan Aku Jatuh Cinta Padamu?

bismilahirahmanirahim Semalam aku bermimpi tentang kamu dan teman-temanku raut wajah mu, senyum simpul mu riak tenang dalam gundah membuat aku terhenti seketika Apakah yang memungkinkan aku jatuh cinta padamu? tiap kali kau berpaling dan mengukir senyum aku jadi gundah keliru dengan apa yang aku rasa tiap kali kau tersenyum mesra ku lihat ada pelangi indah muncul bukan untuk seketika tapi penuh dengan warna Semalam, lewat mimpiku aku melihat keriangan di wajah teman-temanku tapi aku sendirian jauh terpuruk dari mereka seolah aku tak pernah wujud dalam hidup mereka tapi kau tegar di sisi mengukir senyum sambil bersaksi bahawa engkau akan tegar disisi tak kan pergi sebegitukah janjimu? pagi ini nyaman indah dari biasa tapi sayang kau tiada begitu mereka aku masih sendiri dalam kamar sepi bawah lohong langit dan juga mentari aku merindui kamu dan mereka sekian kalinya ku usik hatiku apakah memun...

XII

bismilahirahmanirahim Laju Zaiha menarik kerusi di sebelah aku.  nafasnya jelas tidak teratur. "Anything?" "Amir!" " Amir? Amir mana?" " Senior sekolah kita dulu tu. Alah, yang ketua pengawas tu." Aku mencicip kopi di depanku. Nikmat!  "Ingat tak?" Ligat fikiran ku membuka kotak memori. Mencari gerangan yang bakal menjadi topik utama Zaiha. "Kenapa dengan dia?" Zaiha pamer senyum.  Aku paling wajah sekilas. Sudah ku tahu ke mana arah tuju perbualan kali ini. Not again. " Dia tanya pasal awak." Mata Zaiha bercahaya. aku berpura tak perasaan akan hal itu. " Dia tanya macam-macam. Kita rasa dia suka kat awak." Aku masih mencari wajah itu dalam kotak-kotak yang berselirat. Oh! sudah aku jumpa. Jejaka kurus, berkulit sawo matang, paling aku tidak suka, dia sering mengejek saiz badan ku. "Awak dengar tak kita cerita ni?" aku angguk perla...

XI

bismilahirahmanirahim aku diam membuang pandangan. tidak ku hirau sekelilingku. lagi-lagi teman di sebelah.  "dengar tak ni?" "hmm. dengar." mendengar jawapan aku membuat dia turut membuang pandangan ke depan. sukar untuk tebak apakah yang bermain di minda dia. minda ku? selirat dengan wayar-wayar yang tiba-tiba wujud hari ini. " jom."  Dia bangun tiba-tiba. aku yang belum puas berfikir ini jadi terpinga. "nak pergi mana?" "sana." jarinya lurus menunjukan deretan gerai. hish dia ni, lapar lagi ke? "Tak, tak lapar pun tapi rasa nak makan aiskrim." dia sudah pun mengatur langkah ke sana. Aku memerhati rentak langkah kaki dia. Tuhan, apakah kesempurnaan yang aku cari? atau aku sedang menafikan apa yang sedang Engkau beri? Dari jauh dia melambai, senyumnya terukir manis. Saat itu aku tahu, aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia. ********************* Nisrina Syaurah

X

bisimilahirahmanirahim Assalamualaikum mata bundar itu aku tenung ke jauh kedalam. cuba untuk menyelami apa yang tergambar pada riak wajah yang diam seribu bahasa. naluri aku kuat mengatakan semua serba tak kena. jadi harus apa yang aku lakukan.  " you look different." aku senyum. " statement atau soalan?" dia balas senyum. " statement lah." mata bundar itu masih lagi ku renung. masih belum mengagak ke mana diskusi kami " aku masih sama, masih serupa. tapi berubah macam mana sekali pun aku masih aku lagi" tenang aku menutur.  " sebab kita dah dewasa ke atau sebab memang harus kita berubah ikut masa?" " ada apa pada masa bila kita perlu berubah untuknya. ada apa pada dewasa kalau kita perlu hidup sepertinya?" " Okay, aku tak faham. hahaha..." " tak payah faham lah wei." " tapi..." " babe, benda macam ni kena alami sendiri. susa...

IX

bismilahirahmanirahim Air mata yang mengalir tidak di sapu bersih nak sapu air mata pun tak larat jangan kan nak paksa diri dari berhenti menangis suara- suara luar berulang tayang penuh kotak memori dengan peristiwa tadi sungguh tiada ketenangan yang menjelma " aku bukan suruh kau cari duit pun!" " hidup menyusahkan betul!" " kau buat apa je? besarkan badan kau!" " tu bau anak derhaka ni jangan sebatu 10 batu pun aku boleh bau" dia menarik nafas. takut dada nya sesak. air mata masih lagi membasahi pipi dia rindu kata2 pujukan berbanding kata2 perlian dia rindu kata permintaan dari kata2 paksaan sungguh dia tahu, tiada siapa yang berhak balik ke masa lalu ia sekadar memori yang singgah lalu bangkit dari pembaringan, dia nekad malam ni biarlah dia pergi biarlah dia digelar derhaka sungguh penderaan emosi itu lebih dahsyat dari penderaan fizikal harus di ketahui kalau di sini dia tak redai...

VIII

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum helaian kertas itu di selak beberapa kali fokus Lisa, melayang buat apa? buang masa hargai masa kerna masa lebih berharga dari emas " kau nak stop debate?" " kau dah reti bagi salam?" " ni cerita hidup mati Lis." " aku hidup kalau tak debate pun." " lepas tu nak lupa semua cita2 dan hasrat kau?" " kau kena faham.." tanpa sempat habis ayat dia dah mencelah " faham apa? faham yang kau dah putus asa? pergi mampus." " cuba jangan emosi sangat. ni aku malas." " semangat kau tengah merundum Lis. dan aku tak pernah tgk kawan aku yg bersemangat waja macam ni boleh lebur hanya semata kerna benda2 yang tak patut." " satu soalan Erin, apa yg aku dapat lepas menang debate?" " kepuasan? kejayaan?" " dengan menjatuhkan orang?" " kau pertahankan hak kau!" " ...

VII

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum " saya tanya sikit?" "tanyalah." "kenapa?" " itu je?" "satu pun cukup berat awak nak jawab." dia tampal senyum. " sebab berat saya tanya itu je? buatnya soalan seterusnya bertambah berat?" " saya tanya ni. jangan putar belit." " betul nak tahu?" " tengok tu. orang tanya sebab nak tahu lah. takkan sebab saje2." " istilah saje2 tu banyak main peranan dalam hidup awak. sebab tu tanya lagi." " jawab lah cepat." " la, sejak bila tak tahu sabar ni?" dia tarik muka masam.  " sebabnya Allah pilih kita. cuba awak tengok sekeliling. dalam banyak2 orang. Allah pilih kita. istimewa kan kita? jadi kenapa nak banyak soal. yakin saja yang setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. cuma nya kita perlu gali dan cari. kalau cuma menanti tak pastilah dapat ke idak k...

VI

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum bila diri melayang payah pada jiwa haha semalam bila ayat "jiwanya tak melayang." sesungguhnya jiwa yang tak melayang itu harus di peka pada jiwa jiwa sahaja kah? entah aku juga tak punya jawapan rentak kaki kadang sukar di duga dan aku pun payah utk melangkah bila di hadang dan tersadung dengan senyuman keindahan yang tak mampu di ungkap dengan kata-kata entah ***************************************************** VI " kenapa call?" " tak, tadi kata nak cakap? lupa tadi pastu sampai rumah baru teringat." " Bersungguh ea?" " Orang bila nak sesuatu mestilah bersungguh mendapatkannya." " Ya. That's you. Jujur dan terus terang." " Awak, macam mana awak tahu pasal dia?" " Hmmm.. Entah 6th Sense kut" " Kita dah 2 tahun tak cakap, awak. what do you expect bila tetiba awak sebut ...

V

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum hai semua. takpe saya  sihat dan insyaAllah okay mohon doa  ya saya  tengah  mencuba harap jangan  marah InsyaAllah segalanya akan seperti biasa ****************************** Nisrina Syaurah

IV

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum dan aku masih memerhati helaian hitam dan putih agar coraknya  akan indah seperti dulu dan aku masih lagi percaya ini semua sementara aku masih ada DIA **************************** Nisrina Syaurah

III.

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum entah zaman bila aku menulis hari ni datang angin tak tentu arah datang angin ayan  yang muncul tiba-tiba datang sebak tanpa jemputan datang angin melayan segala duka dan bila ada yang bertanya jawabnya cuma satu "aku tak nak cerita" kaklong pandang aku pelik sangat pelik bila abang datang masuk campur aku angkat tangan " biarkan.. echa minta sekali ni je, biarkan" ya, merelakan hati yang sakit di toreh ibarat sengaja menghulurkan pisau untuk aku biar diri aku di lukai aku tak faham jujur aku tak faham " emosi bukan untuk di faham. emosi untuk kau tahu kat mana kau ada" abang angkat kaki aku tahu dia marah dan bukan sekali adik derhaka ni naikkan marah bukan sekali adik derhaka ini menidakkan kata biarlah.. abang.. biar adik derhaka ini belajar membesar biar adik derhaka ini belajar memujuk hati satu hari nanti dia tak perlukan pujuk kas...

II

bismilhahirahmaniarahim Assalamualaikum #throwback " lama cuti?" " macam biasa.. sebulan lebih kurang." " tak puasa kat rumah?" " puasa, satu hari." " buat apa je nanti?" " benda biasa." " masak, kemas rumah, tidur, menulis sometime menjahit? ada lagi satu.. teman kaklong shopping kan?" " tahu kenapa tanya." " saje"  kenapa lah jumpa dia ni. " menyesal?" " kenapa nak menyesal?" " sebab terserempak dgn kita?" bibir senyum nipis. bagi ayat makan dalam sikit. " dalam life kita. bukan semua benda ikut kehendak kita.. kita tak boleh paksa kalau memang takdir tertulis macam tu kita pun tak boleh rancang lebih kalau Allah tak izinkan and kalau Allah kata I terserempak dengan you dekat Tesco hari ni I terserempaklah.. kalau tak maybe I terserempak dengan other people so you boleh je nak cakap ...

I

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum air liur ku telan. mak aihh.. awat pahit sangat ni. wajah yang jelas merah menahan marah itu tak ku pandang lama. dada rasa nak meletup. empangan air mulai berkaca apa nak buat ni....  salah dia lah siapa suruh memandai-mandai kan kena setepek. Dia menarik nafas dalam aku sedikit lega. tak banyak lah sebab dia dah mula pandang muka aku macam nak telan hidup-hidup seminit. dua minit. masuk tiga minit dia masih macam tu " Err.. awak." " Diam." tak jadi aku nak sambung bersuara.  ini antara saat yang aku paling benci. bila mana aku patut bersuara tapi mesti di suruh diam. nampak sangat nak tunjuk aku sorang je yang salah, habis tu.. dia tu betul sangat lah? sebab dia betul lah dia marah kau buat salah terang lagi bersuluh memang salah kau yang kau suka hati nak tengking dia siapa suruh.. ni namanya perang dingin sedang bermula. * such along time aha? mcm nak buat comeba...