Posts

Showing posts with the label Coretan Minda

Ku Kira

 bismillahirahmanirahim aku yang sedang mencari makna mengapa aku berada di situasi ini aku yang sedang kelam mahukan jawapan namun aku harus percaya bahawa tidak semua hal perlukan jawapan justeru aku lari dengan laju menuju tempat  yang bukan milik ku apatah lagi yang membenarkan aku  sekadar menumpang teduh jadi aku memilih untuk berhenti seketika menarik nafas namun masih sahaja tersekat si skala 6 ya 6 seharusnya melepasi tahap sederhana tapi aku masih tercungkap mencari nafas maka begitulah aku kira? ****** Nisrina Syaurah

Maaf Ya

 bismilahirahmanirahim, Another mental breakdown Dan saat ini aku tahu, sudah sampai masa aku duduk dan diam memerhati di mana letak hati aku sebenarnya kekecewaan ini akhirnya memberi perit pada jiwa yang kosong Tuhan, adakah aku yang sedang bersahaja atau aku yang sengaja membiar jiwaku rapuh? Tuhan pada jiwa yang mahukan dan inginkan kasih sayangMu Apakah aku di jalan yang benar? Tuhan sedang hati yang rapuh ini sering gagal memilih yang benar hati yang rapuh sering sahaja tidak tahu hala tuju menuju arah syurga yang telah kau janjikan apakah masih punya ruang untuk aku terkapai. pada pautan mana yang aku perlu bertahan sesungguhnya melepaskan itu perit bertahan apa tah lagi hidup dalam ruangan putih tanpa penghujung di situ telah aku gariskan Di sini akan aku melepaskan lelah.  Maaf ya sayang Aku gagal.  ******** Nisrina Syaurah 

The Mixed Feeling

 bismilahirahmanirahim Entah siapa entah yang rajin google blog ni bukan apa, bukan ada benda pun kat sini tulisan mengarut je kalau nak baca yang tak mengarut jangan cari sini cari tempat lain lagipun sini banyak benda yang tak terpamer kalau orang kenal aku physically.  kalau tengok balik listing tu aku cuma tulis sebab aku taktahu nak buat apa bila aku struggle dengan realiti kat sini lah aku akan muntahkan segalanya D ask me to write how I feel about him now susah weh  sebab aku rasa aku yang mixed feeling tapi aku tetap rasa sini the safest place 1. I like him. I do 2. did I love him? I do 3. I feel unavailable sometime. 4. I hurts when he thinks I'm not serious. 5. I feel alone in this journey. I hate it.  6. at some point he can be one of my trigger point.  7. i feel him inconsistent  8. somehow I still love the space he give to me 9. i feel that I'm not worthy 10. i afraid of losing him they said make a list of your partner and be it aku tetap rasa ...

Tanpa Kamu

 bismilahirahmanirahim Masih disini aku memilih untuk meluah resah yang terbuku di dada akhirnya membawa aku dimana  kita bermula keindahan yang sementara aku ingin itu dengan candunya memberi aku bahagia kelekaan duniawi dalam menganyam cinta kita buat aku tahu akhirnya ini bukan bahagia ini cuma seronok sahaja.  dahulu tika aku sedih memerhati engkau dari jauh aku sudah cukup merasa ah ini sangat perih  tapi aku bahagia melihat kau bahagia aku turut gembira bahkan bertahun aku hidup di himpit resah itu tapi aku bahagia dengan cara ku bertahun akhirnya Tuhan menyatukan kita dalam ruang yang sama rasa ragu yang aku takutkan itu membawa kita mencipta memori bahagia aku leka tapi aku gembira aku senang tapi aku sedar aku hilang seri yang menyelebungi hidupku aku hilang ratusan tenangku yang hadir gelisah dan kebimbangan yang sentiasa menajadi sahabat sejati lalu aku berhenti sejenak mencari tahu apa erti Tuhan mahukan aku tahu mana mungkin keinginan aku tentang kamu it...

Surat Terakhir Aku Kirim Untuk Kau

 Bismillahirahmanirahim Telah aku kirim surat terakhir untuk kau Telah aku curah segala rasa yang aku pendam pada kau Entah mengapa akhirnya aku masih lagi mahu menulis di sini Barangkali kerana di sini bermula cerita tentang kau Bagaimana aku mula menjejaki tentang kamu Bagaimana aku ingin mengenali mu Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta pada mu Mungkin saat kau menemuikan coretan ini  Ketahuilah hanya engkau yang benar-benar tulus aku cinta.  Kelakar sebenarnya aku rasa. Dalam banyak-banyak cerita, dalam banyak-banyak jejaka Dan juga mereka yang pernah menghuni atau yang cuba-cuba mengintai Tidak lah dapat aku menidakkan kau yang terindah Masih kelakar saat ku hulur sekeping surat itu Masih kau bertanya tentang hati ku Maka aku jadi takut mengaku cinta yang sekian lama ada Tahu kah engkau surat itu tanda aku sedang mengikhlaskan hati aku Mengikhlaskan hati aku jika sememangnya kau bukan milik ku Sesuai dengan kehendak Ilahi Kerana itu aku kirimkan sekeping surat untuk mu...

Menjadi Diriku

 bismilahirahmanirahim Dan kembalinya aku di ruang sepi ini untuk menulis tanpa perlu di baca oleh sesiapa pun ini kepuasan hati ku semakin lama aku menulis semakin aku mengukir bahagia saat ini sedang aku terjatuh akhirnya aku memilih untuk kembali mengukir kebahagian benar, yang hanya aku inginkan tika ini adalah merasa gembira menjadi diriku apa adanya mencintai diri ku apa ada nya menghargai diri ku apa adanya cukup diwartakan rasa lebih setahun kini aku cuma mahu diam dan membaca serta menulis menganyam mimpi dibalik aksara kemudian kembali mewarnai kanvas kehidupan aku tanpa harapan pada manusia dan masih aku tetap bahagia oleh itu jangan digusar tentang rahsia hati ku cukup buat aku tenang aku mahu menulis dan membaca meskipun bukan tentang kisah kita tapi cukup tentang apa adanya menjadi manusia aku mahu rehat dari bertemu manusia berkongsi cerita jujur saat ini cuma aku mahu percaya bahawa aku akan tenang-tenang sahaja tanpa validation dari manusia cukup aku bahagia dengan...

Personaliti

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Aku cari ruang dan waktu nak menulis bukan cari pun mungkin dah gatal tangan nak menaip tadi ternampak buku puisi biru aku semangat dia lain macam hahaha aku cuba selak halaman baru cuba isi dengan pelbagai resah dan gaya ceh macam tak pernah buat jap aku taktahu nak tulis apa haha tapi aku nak tulis buat kuiz personaliti kuiz lah lama tak buat. okay, let's start Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini Anda berada di dalam hutan (1) nyatakan dengan siapa anda berjalan? Oda sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan (2) nyatakan apakah haiwan itu Kucing (3) tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu) Dapatkan anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci (4) nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10 anak kunci) 3 kunci anda terusk...

Dendamku

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt aku sangat bosan dengan cara aku menulis sebab selepas berperenggan aku mesti padam dan waktu tu aku sangat tidak puas hati terhadap diri aku sendiri kemudian aku akan membaca sehelai dua  kemudian aku jadi malas dan berhari2 aku cuma mendengar video-video tentang ilmu dunia juga akhirat di youtube kemudian tidak menulis kemudian makan dan tidur semula rutin yang aku tak pernah puas namun tetap sahaja sampai bila harus begini tidak mudah tapi aku tahu aku perlu mencuba tapi tak mengapa aku benci sebenarnya bila orang kata aku stress aku tak suka aku cuma suka apa aku buat aku benci bila ada orang konon ambil kisah aku rasa sakit hati entah aku tak tahu mungkin cara mereka menghukum soalah mereka tahu banyak benda membuat aku rasa mual dan menyampah lagi-lagi bila orang kata kononnya aku yang mengada macam mana nak sihat macam ni hey kamu kalau tidak tahu jangan ya sok tahu jan...

Angin Rindu

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Kelmarin aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah ya balik Melaka dengan izin Allah, mudah urusan pulang ke lubuk  kemudian menjenguk makcik-makcik di sawah dengan indah permai angin petang belum juga lupa angin deruan tepi Masjid Selat yang sentiasa dirindukan lalu aku bawa gusar di hati bersama angin lalu doaku, Moga Allah sampaikan rindu ku juga Allah bawa pergi resah yang sekian lama di hati bertahun dalam kisah ini aku sedar ini hidupku, lari ke mana pun  ini masih hidup ku sebati terikat sampai mati. kelam sebenarnya tapi bagaimana lagi perlu untuk luahkan cuma dengan senyuman belum cukup beri aku kekuatan Tapi tulah, Tuhan masih ada. kita ni aje berlagak abadi kalau mahu di lukiskan garis masa aku kira memang indah tapi peritnya cuma aku yang tahu tapi tulah buat apa nak cerita semua benda haha kata Kak Suraya " kalau kahwin itu bahagia, kau tengok akak ka...

Sampai Masa

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Sesuatu yang tak kau duga sering saja menjadi alasan pada sesuatu yang kau cinta kadang kan, bila orang tanya kat aku " ni maksud apa wei" sebenarnya, aku pun kadang tak ingat apa yang aku tulis. dan aku sendiri kadang menaip je bawah sedar kagum kadang dengan diri sendiri eh? abaikan wahai para pembaca. dunia ini tak lah indah belaka tapi bak kata Mato "make yourself happy" hah tengah cuba lah ni. so aku decide banyak kali nak pergi PBAKL 2018 ni sebab dah lama sangat aku tak spend masa hadap buku-buku yang boleh hidupkan kepala aku dari asyik kosong semata maka, aku pujuk abang bagi masa rehat sehari alang nak jadi personal shopper aku habiskan terus masa kat PWTC tu dan di hujungnya aku gembira masa aku cuba nilaikan kembali. betul aku nak pilih jalan ni? atau aku nak je stop semua benda ni dan jadi penulis? hmmmmmmm hasil penulisan aku bukan bagus pun...

Selamat Tinggal Kenangan

bismilahirahmanirahim beberapa hari yang lepas aku bertemu dengan Adlina menyusuri laluan kecil yang penuh dnegan hidup berbagai resah dan watak yang dicerna niat untuk menulis email aku bantutkan entah mengapa aku jadi tawar sendiri mungkin aku tahu bukan begitu caranya haha aku jadi tertawa sendiri sering kali menangisi diri rasa malu yang menebal dan rasa berdosa yang kau tak boleh hindar lalu aku pilih sendiri mungkin benar kata Afa biar ia datang sendiri wahai cik hati, tidakkah sekali kau berpendapat seperti ku biarkan aku bahagia dengan cara aku terpuruk disini dan meyulam kisah sendiri menjadikan aku ikhlas pada diri kasihan pada diri ini di biar sedih seolah tiada ganti di biar sepi seolah tiada kegembiraan lagi  aku kira diri di mamah rutin ini kerap membuat aku hilang arah hilang rasa hilang realiti mungkin keluar seawal mungkin dan cuba pulang seawal mungkin juga namun masih sahaja 12 jam dari celik mata...

Tuhan Lebih Tahu

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt helaian daun jatuh menimpa tudung. aku selak ke tepi tapi pandangan anak mata ku jatuh pada sesuatu tidak pada seseorang sebenarnya dia dia leka dan tenggelam dalam kedamaian yang dia ciptakan sendiri entah mengapa aku jadi terpukau melihat dia bahagia dengan dunia nya ku ukir senyum bawah sedar barangkali kecintaan dia buat aku terbuai sama mungkin rentak jalannya seakan pudar dek waktu jatuh cinta? tidak aku cuma kalah dengan kegirangan dia mengapa dia bisa tenang menghadapi rentak dunia sedangkan aku termengah-mengah tanpa arah tujuan benar barangkali manusia itu terhasut dengan dunia sedang aku memerhati dia ada juga mata lain yang turut bersama tersenyum melihat tingkah dia dan dia? tak pernah sedar kami pernah wujud di sekelilingnya kerapkali juga aku melihat dia menghadiahkan senyum tapi jarang sekali dia sedar kehadiran gadis desa yang tekun memerhati dia dan bawa...

Bahagia

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt kau tahu mengapa aku suka menulis di sini? sekurangnya aku tak tahu siapa yang akan meludah pada aku sekurangnya kertas putih ini akan jadi saksi silapku salahku kenanganku dan semua memori kita serabut ya memang serabut sebab itu aku pilih diam tenang? cuma dengan Tuhan kau akan temukan rasa itu aku tak tahu kenapa aku rasa tawar aku rasa pudar aku rasa tidak mahu dengan mereka bukan salah sesiapa cuma aku aku jadi sendiri dan tak mahu sesiapa aku berdoa pada Tuhan berikan kebaikan dari aku dan jauhkan semua benda yang tak elok untuk diri ini aku kira ini pilihan aku diam dan sendiri bertemu dan berukhuwah dengan mereka yang tahu  rentak hati ini mereka yang terpersoalkan kelabuhan tudungku mereka yang tak persoalkan kaburnya jiwaku mereka yang tak persoalkan kenapa aku pilih jalan diam ini aku temui sesuatu bila aku sendiri satu jalan kosong untuk memerhati man...