Mummy.

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

silap mata memandang
silap hati memilih

aku atur langkah menuju bangunan setinggi 13 tingkat
hampir 3 tahun lamanya
aku bersuka ria di bangunan nan usang 
yang lifnya selalu rosak

hari ni niat nak singgah sekejap
jumpa mummy
lepas tu pergi pejabat pos
yet, kalau aku jumpa mummy
memang aku terlajak tak buat apa lah
borak dengan mummy mana cukup sejam dua

lalu aku buka sila
di kerusi hijau
di bilik pejabat mummy
amsyar lena dihujung pejabat
tak sedar pun aku datang menjengah

mummy kata 
" mummy suruh adik baca buku, boleh pulak dia tidur kat situ"

aku tampal sengih.
takpe Amsyar budak pandai
jadi hampir sejam tu
berlayar semua kisah
aku tahu mummy penat
mummy bukan jenis nak bukak cerita laju2
kat orang
but still aku faham apa mummy rasa

aku dengar. aku dah biasa dengar cerita mummy
dan aku sentiasa berharap yang
aku akan jadi pendengar mummy
walaupun lepas ni aku sibuk
tahap gaban punya

aku tahu
mummy seorang yang kuat
otherwise
takkan mummy sampai tahap ni
mummy baik
sebab tu Allah uji mummy
tapi some day
mummy akan dapat apa yang mummy nak
InsyaAllah

my doa go for you mummy

yet, dengan mummy 
semua impian aku mummy kata boleh capai
do what you want to do
biar je apa orang nak cakap

hehe
mummy selalu pesan
jangan stop writting

mummy always the one who back up me
after a few inspirasi
kan?

haha
May Allah Bless you Mummy
 Love You, Jija

******************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

NS1

Ku Kira

Cerita Dia