Selamat Tinggal Kenangan
bismilahirahmanirahim
beberapa hari yang lepas
aku bertemu dengan Adlina
menyusuri laluan kecil yang penuh dnegan hidup
berbagai resah dan watak yang dicerna
niat untuk menulis email aku bantutkan
entah mengapa aku jadi tawar sendiri
mungkin aku tahu bukan begitu caranya
haha
aku jadi tertawa sendiri
sering kali menangisi diri
rasa malu yang menebal dan rasa berdosa yang kau tak boleh hindar
lalu aku pilih sendiri
mungkin benar kata Afa
biar ia datang sendiri
wahai cik hati, tidakkah sekali kau berpendapat seperti ku
biarkan aku bahagia dengan cara aku
terpuruk disini dan meyulam kisah sendiri
menjadikan aku ikhlas pada diri
kasihan pada diri ini
di biar sedih seolah tiada ganti
di biar sepi seolah tiada kegembiraan lagi
aku kira diri di mamah rutin ini kerap membuat aku hilang arah
hilang rasa
hilang realiti mungkin
keluar seawal mungkin dan cuba pulang seawal mungkin juga
namun masih sahaja 12 jam dari celik mata sehingga ke lelap semula
bak kata budak-budak zaman sekarang
TAKDE LIFE WEI
hidup
kau yang karang
kau yang gambarkan
kau yang susunkan
kalau cantik dimata mu, cantiklah ia
kalau indah dimatamu, indahlah ia
kalau bosan di hatimu, bosanlah ia
pokok pangkalnya, kau yang menyentuh tiap luar dan dalamnya
begitu juga aku
selagi aku mengikhlaskan jalan ini
maka di sini lah aku terokai
Selamat Tinggal Kenangan.
****************
Nisrina Syaurah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)