Review: Ajarkan Aku Subjek Cinta.

bismilahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

balik kepada beberapa hari yang lepas
minggu2 kritikal sebagai seorang pelajar.
haha.
sibuk sangat ke atau takde idea nak menulis
sampai kena tegur dengan Adlina sebab lama tak update blog
hehe.
slalunya orang lain yang akan tegur.
hish. ni nak cerita pasal kau ke pasal buku ni.

okay next chapter.

sebab kena tanya dengan member

" baca banyak kali klau tak buat review tak best gak. cuba support sikit penulis tu."
aku sengih baca mesej tu.


 kalau nak ikutkan aku tak ingat aku pernah tak buat review cerita ni
masa dalam versi online..

memula nak cari versi cetak ni susahlah gak
hampir semua kedai kat melaka ni dah aku jejak satu pun tak jual
one day..
hati tergerak nak cari buku MUET
then singgah kat Popular
dah rezeki nak dapat buku ni
maka adalah rezeki nak dapatkan novel ni.

(ni kalau depa tahu aku ada yang versi cetak tak story mahunya kena perli)

okay blurb belakang novel

“Orang tak nak jadi yang pertama dalam hati awak... Sebab selalunya di setiap yang pertama tu ada kedua, dan pastinya akan disusuli dengan yang ketiga. I don’t want to be your number one. I want to be your only one. Can I?”
Pada mulanya, aku curiga juga dengan lelaki yang entah siapa, datang menyelamatkan aku, kemudian meminta nombor telefon mama aku! Mama pula boleh pula dengan mudah percayakan lelaki bernama Shark itu untuk berdating dengan aku.

“Fit nak minta tolong Mimi intipkan perempuan mana yang dah buatkan Abang Fiq jatuh hati.”
Alamak! Fitri tak tahu ke yang perempuan tu sebenarnya aku! Tapi bukan aku yang gila-gilakan laki dia, laki dia, si Fiqroul tu yang asyik mengejar aku kerana kata dia, dia tak mampu melupakan aku meskipun sudah berkahwin.

“Ya... Gilakan awak! Awak tak pernah nak layan saya selama ni.”
Huru hara hidup aku jadinya bila datang seorang lelaki yang mengaku telah lama jatuh cinta dengan aku dan telah mengenali aku sejak dulu. Amirul Hazim nekad untuk mendapatkan aku dengan menghantar mamanya untuk meminang aku!

So Misha, seronok bercinta?”
Hadif merupakan seorang kawan yang sangat memahami dan boleh diajak bercerita. Bagi aku, dia boleh diharap untuk membantu aku menguruskan klinik gigi aku itu.
               
Dan kini… hari yang paling aku nanti-nantikan menjadi kenyataan. Saat aku bakal bergelar isteri kepada Shark, lelaki yang aku pilih untuk menjadi teman seumur hidupku. Adakah impian aku dan dia bakal menjadi nyata?




 meh share apa yang ada rasa bila habis baca novel ini....

Misha Zafrina. boleh panggil Misha. nama manja Mimi. Seorang doktor. tapi doktor gigi.
then ada klinik sendiri. 4 siblings. Along, Angah, Uda, Mimi. 

secara literalnya ada 4 lelaki yang pernah menjengah dan mencuba nasib nak memiliki hati si Misha Zafrina ni
walaubagaimana pun, hanya satu saja yang layak melafazkan akad
kalau anda pernah mengikuti versi digital tentu saja anda menyokong jejaka yang pertama

Ahmad Shakir ( Shark)

Ya, si jerung yang bermulut manis. cukup romantik dan mana-mana perempuan pun
boleh cair dengan dia. Sikap Shark yang macam biskut ni banyak menimbulkan tanda tanya
pada pembaca. oh, ya mamat ni pilot. boleh bayangkan? I know, dah ada yang cair dekat sini.
:D

next, mamat yang seorang lagi ni mesti semua cam bolehlah

Amirul Hazim (Am)

Am ni engineer. kaya. gaji besar. cerita macam pilot gaji sikit je. hehe
Am ni muncul dengan trademark 
' Am sayang Mimi.'
ikut suka dia je nak panggil Misha tu Mimi. kalau aku pun tak suka nama manja kita
kena panggil dengan orang yang bukan family kita.
dan kalau nak tahu kira bravo lah abang yang seorang ni sebab dia berani masuk meminang Misha
orang lain kemain sibuk nak ajak bercinta lah apalah
hehe. konflik yang muncul antara family Misha dan Family Am
kemudiannya menjadi kan dia orang lebih rapat. 
nak tahu? bacalah sendiri.

okay, this one memang akan buat korang menyampah tahap tak ingat.

Fiqroul. (Fiq)

macam mana boleh timbul isu Fiq ni...
sebab dia adalah Misha punya sepupu punya husband
ya, suami orang ea. 
sabar..sabar..
Fiq ni ada agenda sendiri nak dapatkan Misha
nasiblah Misha ni bukan jenis melayan orang tak tentu pasal.
Fiq ni kerja dengan company Mama Misha. anak adalah 2 nak masuk 3.
so nak tahu apa Fiq ni nak sangat dengan Misha
jangan lupa baca novel ni..
:p

Last but not least

Sheikh Muhammad Hadif (Hadif)

Hadif ni antara banyak2 jejaka yang cuba nak mengurat Misha, dia yang paling cool
watak dia tak sarat. simple and easy going.
Hadif bukan jenis cepat melatah, nak merajuk tak tentu pasal 
relax je mamat. salute sikit lah. Hadif ni juga merupakan partner kat klinik gigi Misha
Ya, maksudnya dia ni pun doktor gigi jugak..
Kaya? Kaya lah... dia ni kaya jiwa. kaya senyuman. kaya macam2
yang penting dia cool. hehe


Bukan senang untuk kita jatuh cinta
bukan senang kita nak menebak rasa. lagi2 macam Misha yang memang perlukan
seorang guru untuk ajar Subjek Cinta ni
apa hangpa ingat senang ke nak belajar subjek ni?
tapi hidup ni bila berguru pada yang betul, maka kita akan mendapatkan yang betul
kalau salah? sesatlah kita

secara totalnya, apa yang cuba di sampaikan penulis bukan typical story
nampak lame, tapi ada sesuatu yang tak terduga
bila soal hati dan perasaan ni
banyak yang kita boleh olahkan
dan apa yang terang sedang di ajarkan dalam naskah ini


mungkin kita doa untuk dapatkan dia
sedangkan kita terlupa pada dia yang lebih bersungguh untuk dapatkan kita
Aturan Ilahi itu indah

Wamakaru wamakaraAllah. Wallahu khairul maakirin.


Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik2 Perancang

Done.

Korang aku dah siap tulis review.
nak mencari makna di balik rasa tu bukan mudah macam order ABC
nak memahami indahnya pelangi selepas hujan tu hanya bila kau tahu dugaan itu ujian utk kau layari
dan nikmat Allah sangat lebat menghujani hidupmu

trust Allah
HE know every single things
  
Oh ya, sebelum terlupa

Encik Penulis, Tahniah. You Make A Great Job.
waiting for the next one. Syukran.

till meet again.
InsyaAllah

*************************
Nisrina Syaurah.







Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir Dia

Ku Kira

Tekad