ini ceritanya.

bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

terlalu lama rasa nya aku tak menulis dengan jujur
maksudnya kat sini
menulis dgn kata- kata yang jujur
bukan hanya berselindung di balik kiasan semata

haha.
terkadang aku terduduk memikir
entah sampai bila aku harus kelam
tenggelam dalam perasaan yang jelasa tak ada kesudahan
teringat sewaktu cheya cakap dia tak faham apa yang aku tulis
 :)
entah mengapa aku sendiri tidak sedar
apa yang jemari ni telah coretkan

cerita dibawah sedar kut?

aku meyusuri rakan blogger yang lain
yang tegar mengabdikan sejarah masing-masing
sedang aku?
hanya memandang helaian putih di depan mata

entah mengapa aku menjadi lemah
lemah kerna sebahagian dari diri aku hilang
di tengah lautan manusia yang mengejar impian masing-masing

menyesali setiap saat yang aku habiskan hanya dengan berfikir
untuk melangkah maju
namun aku masih di tapak yang sama
tak beranjak
masih yang lama
meski hati meronta
aku masih di situ

aku tak tahu
apa yang aku mahu
hidup di teruskan
melangkah tanpa rasa
mengekori rutin yang tiada makna

kufur nikmatkah aku?

melihat keluarga dari sudut yang berbeza 
entah mengapa aku tak mahu habiskan sisa ini
tanpa mereka
cuba menhargai segala masa yang aku masih ada
bersama mereka

kata kaklong

aku sedang melangkah menuju alam baru
baru?
 aku senyum kecil. sungguh kaklong mengerti
kaklong cuba mengali
menanam semula azam yang hilang di tengah kota
menanam semangat anak kampung yang tegar mahu kejayaan
tanpa rasa keraguan

aku mungkin hilang
barangkali sesat

perubahan yang di alami
menyedarkan bahawa tempohnya tak lama
akan berakhir tanpa aku sedari

dan bila di tanya 
di usia muda mu apakah yang telah kau lakukan
mampukah aku menjawabnya???

abang menegur
riaknya tampak berbeza
abang tak suka bila aku begini
abang tak suka bila aku tak tahu mana arah ku
abang tak suka bila aku jatuh dan tak mahu berdiri

kaki ku masih tak patah
kalau patah masih boleh di ubati
agar aku boleh berlari

kata abang

" ini hidup, kau kena pandang dengan hidup bukan dengan mati
guna mata hati, terangkan minda
minta cahaya bukan hanya petanda."

clue untuk teruskan hidup adalah teruskan mencintai DIA
kerna penyelesaiannya hanya ada pada DIA

Allah bukan sengaja menguji 
namun DIA sedang berbicara bersama kita

aku bukan sengaja sembunyi
namun aku sedang bina kekuatan untuk hadapi kenyataan

bila mummy zarmila down dan seolah terasa berat di mindanya
aku faham bila hanya melihat rautnya sahaja
bila aku menyuruhnya menulis
sebenarnya aku lebih bercakap kepada diri aku sendiri

menulis...
itu keindahan yang ALLAH beri
sedang aku terlupa nikmat dan kurniaan DIA

ini tempat aku berlari
ini tempat aku mencari
ini tempat aku belajar
ini tempat aku menjadi matang
ini tempat NIsrina Syaurah
masih wujud dalam alam maya

dan aku
masih disini
dengan jemari yang masih leka menaip tanpa rasa jemu
ada DIA
ada segalanya

Rabb, 
pilihan yang KAU berikan adalah yang terbaik buat hamba-Mu


till meet again
Insya Allah

***************************************
Nisrina Syaurah

Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir Dia

Ku Kira

Tekad