Posts

Tanpa Kamu

 bismilahirahmanirahim Masih disini aku memilih untuk meluah resah yang terbuku di dada akhirnya membawa aku dimana  kita bermula keindahan yang sementara aku ingin itu dengan candunya memberi aku bahagia kelekaan duniawi dalam menganyam cinta kita buat aku tahu akhirnya ini bukan bahagia ini cuma seronok sahaja.  dahulu tika aku sedih memerhati engkau dari jauh aku sudah cukup merasa ah ini sangat perih  tapi aku bahagia melihat kau bahagia aku turut gembira bahkan bertahun aku hidup di himpit resah itu tapi aku bahagia dengan cara ku bertahun akhirnya Tuhan menyatukan kita dalam ruang yang sama rasa ragu yang aku takutkan itu membawa kita mencipta memori bahagia aku leka tapi aku gembira aku senang tapi aku sedar aku hilang seri yang menyelebungi hidupku aku hilang ratusan tenangku yang hadir gelisah dan kebimbangan yang sentiasa menajadi sahabat sejati lalu aku berhenti sejenak mencari tahu apa erti Tuhan mahukan aku tahu mana mungkin keinginan aku tentang kamu it...

Blessing of your life.

 Bismilahirahmanirahim Membesar dengan latarbelakang yang aku ada Membuat aku amat bersyukur Aku hidup apa adanya Ilmu agama yang mak dan abah titipkan sebenarnya cukup buat aku beruntung Sekurangnya aku tahu banyak lagi jalan yang aku perlu tempuhi. Ketiadaan abah sentiasa buat aku rasa aku tidak cukup. Aku rasa aku kurang Aku rasa aku tak boleh bahagia Tapi Allah itu Maha Baik Kerana satu yang di ambil, selepas 10 di ganti baru.  Ya, aku beruntung.  10 tahun ini aku selalu persoalkan banyak benda Setiap satunya aku taktahu apa hikmah yang Tuhan sedang tunjukkan Jadi aku cuma laluinya dengan tahap terendah hidupku Siapa sangka hingga ke tahap ini  aku boleh capai semua benda yang aku hendak setiap benda yang aku doa Allah perlahan-lahan memakbulkan pada waktunya. Aku tahu kadang-kadang aku lupa, yang mana perlu aku utama dan aku jatuh jatuh pada lubang-lubang kecil yang menyeret luka aku terlalu dalam maka di sebalik kisah yang aku jalani akhirnya membawa aku ke sin...

Surat Terakhir Aku Kirim Untuk Kau

 Bismillahirahmanirahim Telah aku kirim surat terakhir untuk kau Telah aku curah segala rasa yang aku pendam pada kau Entah mengapa akhirnya aku masih lagi mahu menulis di sini Barangkali kerana di sini bermula cerita tentang kau Bagaimana aku mula menjejaki tentang kamu Bagaimana aku ingin mengenali mu Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta pada mu Mungkin saat kau menemuikan coretan ini  Ketahuilah hanya engkau yang benar-benar tulus aku cinta.  Kelakar sebenarnya aku rasa. Dalam banyak-banyak cerita, dalam banyak-banyak jejaka Dan juga mereka yang pernah menghuni atau yang cuba-cuba mengintai Tidak lah dapat aku menidakkan kau yang terindah Masih kelakar saat ku hulur sekeping surat itu Masih kau bertanya tentang hati ku Maka aku jadi takut mengaku cinta yang sekian lama ada Tahu kah engkau surat itu tanda aku sedang mengikhlaskan hati aku Mengikhlaskan hati aku jika sememangnya kau bukan milik ku Sesuai dengan kehendak Ilahi Kerana itu aku kirimkan sekeping surat untuk mu...

Lumpuh

 bismilahirahmanirahim Dan pada ketika kau lumpuh dengan dunia cuba aku selam jiwa ku sendiri aku tenggelam dan aku jadi taktahu air mata sekadar air mengalir tanpa henti dan kemudiannya aku masih sepi tidak mengetahui mengapa jiwa aku kabur aku dah taktahu apa sebenarnya mengugah jiwa ku aku tekankan dalam-dalam supaya aku tak lemah dan aku tidak ulang kesilapan yang sama aku cukup tayang yang baik tapi untuk orang terima buruk aku cuma aku je yang tahu sebanyak mana aku tahu aku tak mampu sendiri sebanyak itu aku tahu, aku tak layak untuk sesiapa dan akhirnya aku telan semua sendiri. ada banyak benda aku tak mampu nak cerita belum lagi bahagian yang sendiri tak tahu kenapa dan aku tahu orang cuma kesian itu sahaja kesian akan remains kasihan takkan ubah apa-apa dan cinta yang aku pendam aku pilih masih lagi untuk pendam. biarlah cukup aku tahu aku tenang sendiri. 

Cerita Gembira

 bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Dah lama tak menulis dalam ni. rasa nak menulis benda gembira je. tapi aku tengah rasa sayu sangat ni tau-tau je air mata mengalir bercampur baur semua rasa ada lepas tu bukak blog  menulis  lepas tu scroll social media pastu bukak balik sini pastu sambung tulis  pastu tulah aku tengah sedih lagi. dah berapa hari air mata mengalir. lepas kepala mula mengarut belum masuk lagi beberapa benda yang tak terbuat. so aku rasa tak berjaya ni nak tulis cerita gembira nantilah aku tulis lagi haha. 
 bismilahirahmanirahim aku pilih menulis di sini instead of kat tempat lain not even my love letter sebabnya mudah nobody will read here not you, not him, not her kadang-kadang boleh nampak aku jenis tulis dua benda satu benda aku happy sangat satu benda aku sedih sangat tapi hari ni aku nak tulis kenapa aku annoy aku belajar bab respect dan sebagainya aku cuba hidup dalam keadaan menghormati orang even dalam kelas, kalau anak murid aku tak respect each other lagi-lagi aku ada dalam platform yang sama memang kena sometimes aku pun mudah terasa benda kecik je jenis aku, aku tak suka orang nak emosi hentak-hentak barang aku jenis tak suka cakap tapi tulah aku pulak jenis malas cakap aku pulak memang malas kalau dah terasa dengan orang. aku mudah untuk diam dari nak cakap banyak sebab aku selalu rasa tak kemana pun salah satu benda kenapa ku rasa tolak ansur sangat penting sebab aku selalu ingatkan diri aku lain orang lain cara mak kau besarkan kau cara A mak aku besarkan aku cara B t...

Menjadi Diriku

 bismilahirahmanirahim Dan kembalinya aku di ruang sepi ini untuk menulis tanpa perlu di baca oleh sesiapa pun ini kepuasan hati ku semakin lama aku menulis semakin aku mengukir bahagia saat ini sedang aku terjatuh akhirnya aku memilih untuk kembali mengukir kebahagian benar, yang hanya aku inginkan tika ini adalah merasa gembira menjadi diriku apa adanya mencintai diri ku apa ada nya menghargai diri ku apa adanya cukup diwartakan rasa lebih setahun kini aku cuma mahu diam dan membaca serta menulis menganyam mimpi dibalik aksara kemudian kembali mewarnai kanvas kehidupan aku tanpa harapan pada manusia dan masih aku tetap bahagia oleh itu jangan digusar tentang rahsia hati ku cukup buat aku tenang aku mahu menulis dan membaca meskipun bukan tentang kisah kita tapi cukup tentang apa adanya menjadi manusia aku mahu rehat dari bertemu manusia berkongsi cerita jujur saat ini cuma aku mahu percaya bahawa aku akan tenang-tenang sahaja tanpa validation dari manusia cukup aku bahagia dengan...