Posts

Menjadi Diriku

 bismilahirahmanirahim Dan kembalinya aku di ruang sepi ini untuk menulis tanpa perlu di baca oleh sesiapa pun ini kepuasan hati ku semakin lama aku menulis semakin aku mengukir bahagia saat ini sedang aku terjatuh akhirnya aku memilih untuk kembali mengukir kebahagian benar, yang hanya aku inginkan tika ini adalah merasa gembira menjadi diriku apa adanya mencintai diri ku apa ada nya menghargai diri ku apa adanya cukup diwartakan rasa lebih setahun kini aku cuma mahu diam dan membaca serta menulis menganyam mimpi dibalik aksara kemudian kembali mewarnai kanvas kehidupan aku tanpa harapan pada manusia dan masih aku tetap bahagia oleh itu jangan digusar tentang rahsia hati ku cukup buat aku tenang aku mahu menulis dan membaca meskipun bukan tentang kisah kita tapi cukup tentang apa adanya menjadi manusia aku mahu rehat dari bertemu manusia berkongsi cerita jujur saat ini cuma aku mahu percaya bahawa aku akan tenang-tenang sahaja tanpa validation dari manusia cukup aku bahagia dengan...

Doa Sang Perindu

Bismilahirahmanirahim Di kalung rindu tanpa penghujung itu sesuatu yang berat lebih-lebih lagi bila kau tak mampu meluah sekadar mengaris pada jiwa yang rapuh dan di habiskan dengan masa-masa tanpa noktah terkadang jiwa kecil ini lebih rapuh dari apa yang bisa aku tayangkan menjadi tamak dalam permintaan aku pada Tuhan itu lebih dalam hirisan belatinya membuat aku kelam sendiri Tuhan, Rabb, adakah aku ini tidak meletakkan mu dalam setiap keputusan ku? adakah aku ini terlalu tenggelam dalam jiwa ku? adakah aku ini semakin lupa dengan mu? Tuhanku,  ku paksikan resahku pada Mu berikan aku jalan keluar dari jalan gelap tidak bercahaya ini. Tuhanku, aku pohon dari Mu kekuatan untuk aku terus berjalan mengutip sisa-sisa yang aku tidak sengaja buang untuk aku kembali pada Mu Ya Latif, jiwaku bernaung pada Mu aku mencintaiMu seadaku saat Kau mahu hadiahkan ku seorang peneman biarlah dia yang memudahkan urusan ku ke Syurga Mu. Ya Rahman, Kau sentiasa tahu apa yang bermain di hati ini setiap...

June

bismilahirahmanirahim Aku dah lama tak menulis jadi aku agak aku sedang mengalami writer block aku agaklah jadi bila S approach aku untuk komen and edit and help him in rewrite the story aku duduk diam dan fikir. niat aku cuma nak baca tapi kalau meleret pada penulisan aku kena start the engine back. aku pilih tulis dekat sini sebab aku tahu. Takde orang baca dekat sini jadi aku tak rasa cuak nak tulis dekat sini Aku tengah in the middle going down and down I need someone that really can understood the feeling but yeah I can't so aku decide untuk tulis dan akhirnya aku masih lagi taktahu nak luahkan apa yang terbuku.  kaku dan terdiam buat aku tak bermaya kelamkan jiwa supaya aku tak lari dari hakikat dunia kemudian lagi yang aku rasa cuma sepi di balik kata dan lumrah dunia maka akan gagalkah aku semula? ah, bencinya aku. 

Personaliti

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Aku cari ruang dan waktu nak menulis bukan cari pun mungkin dah gatal tangan nak menaip tadi ternampak buku puisi biru aku semangat dia lain macam hahaha aku cuba selak halaman baru cuba isi dengan pelbagai resah dan gaya ceh macam tak pernah buat jap aku taktahu nak tulis apa haha tapi aku nak tulis buat kuiz personaliti kuiz lah lama tak buat. okay, let's start Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini Anda berada di dalam hutan (1) nyatakan dengan siapa anda berjalan? Oda sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan (2) nyatakan apakah haiwan itu Kucing (3) tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu) Dapatkan anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci (4) nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10 anak kunci) 3 kunci anda terusk...

Other month

bisimilahirahmanirahim sekejap je dah Febuari harap korang okay je dan semakin elok aku? macam biasa ada masa naik ada masa turun masa tengah naik acah redah semua benda masa tengah turun habis semua benda rosak dek kena campak aint easy right bila orang tanya kenapa Allahu kalau boleh aku cerita satu persatu berapa ramai yang akan setia  aku yang paranoid dengan relationship tapi kira untung A nak ada dengan aku naik turun ni kalau takde A entah celah kelab malam mana masih aku jejak entah berapa gelas aku teguk belum lagi dengan bibir tak reti diam nak sebut Sex on the beach Kalau takde A mungkin jugak aku tak lari bawak diri kat sini mungkin jugak aku masih duduk dalam bilik kecil kat rumah tu dan masih memikir esok patut buat apa Terima Kasih Tuhan untuk A masa duduk makan cheese naan dengan A bulan lepas aku baru rasa macam mungkin aku patut serius pasal hal kahwin tak manis aku tahu selama hari ni pun bila gar...

2020

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Dah 2020 sekejap je masa berlalu sekejap je rasa semua benda macam tak larat nak bernafas Aku tengah duduk dan pandang langit. berbaloi ke untuk 26 tahun ni? berbaloi ke Untuk seorang Nisa ini berjalan ada banyak sangat yang aku abaikan ada banyak sangat aku tolak ada banyak sangat aku nafi bertahun ni semua orang datang dan pergi bertahun ni ramai yang sangka bertahun ini ramai yang konon faham haish rasa nak mengeluh banyak kali rasa nak lari dan taknak kembali rasa terlalu perit nak tampal senyum rasa macam-macam rasa tahu tak kenapa aku tulis kat sini? sebab bukan ada orang baca so aku boleh sembang macam-macam kalau letak kat twitter or instagram ada je yang tukang screenshot tabur segala macam aku penatlah nak penuhi expectation sesiapa tapi takkan nak mengalah rasa fake gila bila nak baik dengan orang rasa fake gila nak balas and sembang dengan orang posit...

Hari Seterusnya

bismilahirahmanirahim menjadi positif bukan mudah macam di sangka aku sendiri tak tahu bagaimana aku menjadi seorang yang sangat positif satu ketika dahulu dan aku tahu saat ini semua benda yang aku tahu, reti, meskipun pakar buat tapi akhirnya aku jadi takut dan taktahu susah sebenarnya tapi aku penat sangat nak cuba segalanya pahit letih tak bermaya lalu aku jadi mati tanpa aku sedari tiada siapa yang tahu tahap kepayahannya bagaimana peritnya cuma Allah yang tahu.  ********************** Nisrina Syaurah