Posts

di penghujung julai

bismilahirahmanirahim dalam ruangan sepi yang cuma ada aku dan waktu disini aku diam sendiri deretan manusia melambai-lambai melangkah jua meninggalkan aku sendiri ku tarik nafas tenang untuk kurangkan gundah dalam jiwa tapi yang ku jumpa sesak tanpa kata aku mulai mencapai pen dan kertas semula baru ku akui, tulisan ku buruk kata abang, tulisan budak tak matang begitu lah aku masih menarik nafas entah bila di tanya jawapan ku masih sama entah orang tanya lagi entah orang bising lagi masih entah vision ku wujud bukan lari ke mana-mana cuma aku taktau benarkah ini jalannya entah mungkin aku patut sedar, Julai sudah tiba di hujungnya mungkin aku patut sedar sudah sampai waktu untuk aku keluar kembali **************** Nisrina Syaurah

Julai

bisimilahirahmanirahim July is here, maka berserabut lah aku dengan wedding. bila tengok checklist. dari banyak-banyak tu, ada 3 benda je baru siap dan majlis lagi 2 minggu. benda boleh settle tapi aku tak gerak buat. huhu Esok nak settlekan bunga for the Laila Engagement. Aduhai, kalau wedding lela aku kena sembelih dah ni sebab tak pergi. Tapi merancanglah hebat mana. Allah jugak Maha Hebat. serabut. aku ingat Julai will be easy. haha sayangnya impian tinggal impian. at the end of the day only me, myself and Allah. so sekarang sebab aku officially no job, no money and no life. huhu baca buku, layan movies, write down important things, kemas bilik, masak, menulis sepatah dua perkataan dan kemudian tidur. benda lain? tak berapa nak hirau. tapi apa yang paling selalu aku buat adalah check balik timeline yang aku tulis. setiap hari selak and check, which stage I am. it never been easy, tapi aku terasa lah macam kena downgrade sikit. banyak sebenarnya tapi aku amik ti...

Review Buku: Impian Jalanan by Teme Abdullah

Image
Bisimilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt hai para pembaca yang rajin berkunjung tiba Dah lama tak buat review buku. Jadi aku kira banyak masa terluang (baca; masa terbazir) aku buat review buku ini. so start baca sebelum zuhur tadi, habis baca lepas asar. (belum campur waktu solat dan layan anak kecil juga mengaji) As usual, kalau buku Teme memang aku perlukan waktu yang sesuai dan of course Scripti Note untuk aku tampal mana-mana qoute best atau mana-mana conversation best between Ahmad dan Teme dua buku sebelum ni tak tulis review sebab takde masa (baca: lupa wujud blog) jadi yang ni sementara aku masih bermood nak menulis dengan jayanya here we go "Orang kata melukis tak boleh jadi kaya. Tak boleh jadi jutawan. Tak apa. Biar aku cuba." Kata Teme. dia nak cuba jadi pelukis. nak ubah tanggapan masyarakat yang anggap melukis tak boleh bawak kemana. masa baca ayat atas ni, masa tu Teme tweet. Dalam hati terus terdetik, kena...

Akan Ku Jumpa

bismilahirahmanirahim Ku mengatur langkahku Berjalan tanpa bayang-bayangmu Langit dan bumi setia, menemaniku Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku Ku kepanasan tanpa perlindunganmu. Hari berganti hari aku masih teguh menanti Hadir diri Mu dalam hidupku ini Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari Namun yakinku Kau kan kutemui Ku takkan pernah cuba berhenti Langkahku mencari Cinta Yang ku tahu hanya tuk diriku Kan ku terus cari sampai hujung dunia Kerna ku tahu akanku jumpa dirimu Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu Kulihat semua gembira Bila mengenali erti Cinta Senyuman ku beri hanya duka Bila ingin Teman tuk berbicara Cinta jangan sembunyi Mataku kabur mencari Hadirlah dalam hidupku ini Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba Untuk mengejar dirimu  Always find my way to find you Rabb Jangan sesekali kau palingkan wajahMu dari ku Izinkan selamanya cinta ini bertakhta di hati ku mohon moga kau tak pergi. Terima Kasih...

Selami Jiwa

bismillahirahmanirahim Ku lakukan semua hanya untukmu Biar kau tak mengerti apa maksudku Namun masa terlalu singkat Untuk aku buktikan padamu Untukku... buktikan padamu Ku jejak tiap haluan dia tuju Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia Ku harap malam tak muncul bintang Kerna mereka tahu aku tak sama Ku harap malam tak muncul bintang Kerna mereka tahu aku tak sama Jalani hidupku jadi dirimu Mencari sesuatu yang pernah hilang Namun hidup terlalu singkat Untuk aku buktikan semua Untukku... buktikan semua ***** Kalau lah semudah itu... Maaf aku terlalu penat Nisrina Syaurah

Angin Rindu

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Kelmarin aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah ya balik Melaka dengan izin Allah, mudah urusan pulang ke lubuk  kemudian menjenguk makcik-makcik di sawah dengan indah permai angin petang belum juga lupa angin deruan tepi Masjid Selat yang sentiasa dirindukan lalu aku bawa gusar di hati bersama angin lalu doaku, Moga Allah sampaikan rindu ku juga Allah bawa pergi resah yang sekian lama di hati bertahun dalam kisah ini aku sedar ini hidupku, lari ke mana pun  ini masih hidup ku sebati terikat sampai mati. kelam sebenarnya tapi bagaimana lagi perlu untuk luahkan cuma dengan senyuman belum cukup beri aku kekuatan Tapi tulah, Tuhan masih ada. kita ni aje berlagak abadi kalau mahu di lukiskan garis masa aku kira memang indah tapi peritnya cuma aku yang tahu tapi tulah buat apa nak cerita semua benda haha kata Kak Suraya " kalau kahwin itu bahagia, kau tengok akak ka...

Sampai Masa

bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Sesuatu yang tak kau duga sering saja menjadi alasan pada sesuatu yang kau cinta kadang kan, bila orang tanya kat aku " ni maksud apa wei" sebenarnya, aku pun kadang tak ingat apa yang aku tulis. dan aku sendiri kadang menaip je bawah sedar kagum kadang dengan diri sendiri eh? abaikan wahai para pembaca. dunia ini tak lah indah belaka tapi bak kata Mato "make yourself happy" hah tengah cuba lah ni. so aku decide banyak kali nak pergi PBAKL 2018 ni sebab dah lama sangat aku tak spend masa hadap buku-buku yang boleh hidupkan kepala aku dari asyik kosong semata maka, aku pujuk abang bagi masa rehat sehari alang nak jadi personal shopper aku habiskan terus masa kat PWTC tu dan di hujungnya aku gembira masa aku cuba nilaikan kembali. betul aku nak pilih jalan ni? atau aku nak je stop semua benda ni dan jadi penulis? hmmmmmmm hasil penulisan aku bukan bagus pun...