Posts

Tekad

 bismillahirahmanirahim Relapse kali ini aku tak tahu nak gambarkan sebagai apa Kali terakhir aku relapse, aku tonton Daily Dose of Sunshine dan kali ini aku tonton Love, Next Door.  Ya, cerita cinta, tidak terlalu kritikal menyentuh resah dada manusia tapi meaning behind the drama berat.  berat juga untuk aku tidak menontonnya.  Dari episod 1, saat dia pulang ke pangkuan keluarga. Kat situ walaupun dia tak cerita hal sebenarnya dan kena marah tapi indah bila kita tahu kita ada safety net.  kau gagal, kau boleh pulang ke pangkuan bonda dan keluarga. Bila aku decide untuk berhenti sebegitu aku cuma ingatkan diri aku no matter what, aku takde safety net. Aku takde siapa yang boleh nak tanggung aku aku kena kuatkan hati, kena teguhkan jiwa, kena tetapkan pendirian aku kalau ini yang terbaik Allah akan mudahkan Memahami hikmah hidup bukan sekadar memahami A ialah huruf vowel.  Ianya sesuatu yang kau perlu jalani tanpa menoleh ke belakang lagi. Rasanya aku meman...

Hari Lahir Dia

 Bismilahirahmanirahim Aku sangat jarang menulis semasa birthday dia. Entah, kurang pasti mengapa. Namun malam ini dengan hati yang penuh keresahan aku pilih untuk menulis. Melihat senyuman nya cukup buat aku terasa, hidup ini sekali cuma. Jika nanti aku yang beransur pergi, cukup dia tahu bagaimana di cintai perempuan seperti aku. Aku yang cuma mahukan dia bahagia seadanya, meskipun bukan aku yang di sisinya.  Aku karang pelbagai rasa hanya untuk aku pastikan bahawa aku memilih keputusan yang benar. Melepaskan dia dari hatiku tidak mudah namun bahagia dia yang utama dan bahagia aku adalah terwujud bilamana aku memilih untuk tenang sendirian. Aku tahu, tidak mungkin aku mampu berada disamping dia yang hebat. tidak layak perempuan seperti aku untuk berdiri disebelahnya. Jadi biar sahaja Allah letak aku ditempat yang sepatutnya.  Aku yang akan kekal mencintai dia sepenuh jiwa ku. berbekalkan semua memori ini, akan aku kenang setiap detik resah dan gelisah yang aku punya, na...

Ku Kira

 bismillahirahmanirahim aku yang sedang mencari makna mengapa aku berada di situasi ini aku yang sedang kelam mahukan jawapan namun aku harus percaya bahawa tidak semua hal perlukan jawapan justeru aku lari dengan laju menuju tempat  yang bukan milik ku apatah lagi yang membenarkan aku  sekadar menumpang teduh jadi aku memilih untuk berhenti seketika menarik nafas namun masih sahaja tersekat si skala 6 ya 6 seharusnya melepasi tahap sederhana tapi aku masih tercungkap mencari nafas maka begitulah aku kira? ****** Nisrina Syaurah

Maaf Ya

 bismilahirahmanirahim, Another mental breakdown Dan saat ini aku tahu, sudah sampai masa aku duduk dan diam memerhati di mana letak hati aku sebenarnya kekecewaan ini akhirnya memberi perit pada jiwa yang kosong Tuhan, adakah aku yang sedang bersahaja atau aku yang sengaja membiar jiwaku rapuh? Tuhan pada jiwa yang mahukan dan inginkan kasih sayangMu Apakah aku di jalan yang benar? Tuhan sedang hati yang rapuh ini sering gagal memilih yang benar hati yang rapuh sering sahaja tidak tahu hala tuju menuju arah syurga yang telah kau janjikan apakah masih punya ruang untuk aku terkapai. pada pautan mana yang aku perlu bertahan sesungguhnya melepaskan itu perit bertahan apa tah lagi hidup dalam ruangan putih tanpa penghujung di situ telah aku gariskan Di sini akan aku melepaskan lelah.  Maaf ya sayang Aku gagal.  ******** Nisrina Syaurah 

Rasa Ini

 Bismilahirahmanirahim, Semalam aku menulis dalam buku putih.  Buku tu mula aku tulis seawal tahun 2017. Jadi semalam aku menulis lagi pada helaian yang seterusnya dengan rasa berbeza. aku pelik tapi aku rasa nyaman. Saat itu aku bertanya pada Tuhan Inikah jawapan kepada kedamaian yang aku pinta?  Hari ini sengaja aku belek ruangan ini kerana aku sedang kehabisan idea untuk menulis manuskrip aku. tapi aku perlu menulis, jadi aku ke sini dan menulis Melihat apa yang aku ada hari ini semua adalah doa dan cita-citaku. bahkan ada yang lebih dari itu. Tuhan itu Maha Baik kan? Aku berhenti sekejap. menyelak naskhah lama. banyak betul isi yang aku tak terfikir aku pernah tulis kenangan, memori dan juga air mata aku kira. Tapi aku tahu saat ini bahagia itu bila aku berdamai dan tidak menaruh harapan belajar menjadi tabah ah indah.  setidaknya aku tahu aku hargai segala yang aku rasa tanpa menyalahkan siapa.  Sini aku mahu ingatkan kau Nisrina, Ini apa yang kau rasa kini...

Mari Kita Cuba Lagi

 bismilahirahmanirahim  Aku cuba menulis dengan laju baru aku sedar macam hilang magic touch je mungkin aku patut membaca dengan lebih lagi. baca dengan tenang. jadi aku boleh menulis dengan tenang.  otak aku kadang tak lancar dalam menulis tapi tangan cuba lah  dengan kepayahan  aku mahu menganyam impian aku sampai di hujung kemudian siap satu aku nak anyam lagi sampai penuh satu ruang sampai aku sesak sampai aku rasa ah aku capai impian aku begitulah namun tak semua yang aku harapkan akan ikut apa yang aku mahu aku karang dan aku padam tapi tiada satu aku terbit lalu aku masih cuba mencabar diri untuk berdiri setara dengan yang lain bukan untuk mereka tapi untuk aku merasa gembira sedih bukan pilihan tapi bahagia itu pilihan jadi aku cuma mahu isi ruang dan waktu dengan bahagia bahagia dengan cara aku cinta dengan cara aku senyum dengan cara aku lalu di situ aku tahu ah aku bahagia akan terselit duka? haruslah, takkan aku tak terasa, sudah di bilang sedih itu ...

Surat Januari

 bismilahirahmanirahim aku tak tahu jika pilihan aku kali ini akan membawa kepada apa cuma aku tahu inilah dia pilihan aku saat ini.  aku mahu masih dan terus berada disini diam terbatas pada waktu  yang aku cuma mahu tanpa siapa pun tahu.  Mencintaimu itu anugerah bagiku aku tinggal diam di tempatku menghargai apa yang aku masih miliki aku tidak mahu menerawang jauh ke depan kerana aku tidak tahu apa ada di sana jadi aku putuskan biar aku dan ketenangan ku di sini aku tahu tidak mudah sperti dulu yelah, tambah usia, tambahlah ujiannya.  tidak mengapa sudah jadi pilihankan? jadi aku cuma perlu tempuh tanpa perlu paksakan sesiapa untuk menunggu aku dah cukup dengan apa yang aku perlu.  Nanti sahaja aku kembali ke sini aku mahu diriku tahu hey, kita pilih ini bukan semata demi cinta tapi kerana kita percaya  Allah akan makbulkan doa kita,  Justeru, tak mengapa kita lelah nanti bangkit lagi ya? Usah gentar,  teguhkan lagi rasamu kembali ke sejad...

2023

 bismilahirahmanirahim dan akhirnya 2023 muncul jua.  aku masih tak sangka aku boleh sampai sejauh ini. I mean ya when i was child i was thinking that I died early so that aku tak banyak dosa. tak pun I always dreaming to restart the life because I done a lot of sin.  funny right? i guess I always have this dark side since I was a little.  childhood trauma is something.  to be heal, we need a lot of time.  at this moment, I'm not sure that time will heal. I mean look, I got years but still the pain is there.  What if turn out, time will heal if we are healing but what if all this while we just bringing the same thing without effort to change  and we thought time never heal? wow how manipulate we can be for our self? let me rewrite again  how manipulate me with myself. there's a lot to digest I guess.  adios. ************************** Nisrina Syaurah

Cerita Dia

 bismilahirahmanirahim Aku cuma mahu cari ruang yang aku boleh tulis. macam biasa sini takde siapa yang akan baca.  Aku cuba faham dan kutip satu persatu apa yang pernah aku ada.  terutama tentang dia. dia yang aku cinta. Sejujurnya aku sentiasa tidak mengerti di tahap mana aku berada. di hatinya atau sekadar di matanya.  kadang-kadang aku cuba prove the point yang tidak ada. sekadar untuk aku kononnya yakin dengan apa yang Allah bagi. tapi turn out it's all just aku, dalam kepala aku.  Bila aku duduk dan hadam satu persatu. aku tahu apa yang dia buat, itu cinta.  Dia sentiasa lewat untuk setiap janji temu. tapi dia tepat masa hari lahir aku.  Dia tak berani sangat nak cuba makanan baru. tapi kalau aku yang hulur, dia rasa.  dia tak suka kopi, tapi dengan aku dia sanggup teman berjam janji aku dapat secawan kopi.  dia tak suka ramai orang, tapi dia redah kalau perlu untuk aku. dia yang suka argue dengan semua benda, tapi dia mengalah dan tak ...

Bahagia cara aku

 bismilahriahmanirahim Kembali ke ruangan selamat ini. Aku selalu percaya yang dia takkan menemui ruangan ini bahkan sengaja aku biar ruang ini hidup untuk aku cuma aku dan itu bahagia aku.  bertahun-tahun akhirnya aku kembali ke sini. ke ruang tempat aku meluah apa yang aku rasa. aku kira aku sudah tenang namun ada apa dengan tenang selagi mana aku tidak di uji. Lalu ujian itu hadir mengukur sejauh mana kasih yang sanggup aku pertaruhkan. Tuhan itu terlalu baik, apa lah sangat ujian kecil untuk aku selagi aku mampu bertahan aku mahu bertahan sebab Allah. cukup demi Allah bagi aku yang menghadiahkan rasa ini adalah Allah maka cuma Allah sahaja yang akan mengambilnya kembali bukan manusia lalu tiada apa yang mampu aku korbankan lagi selain rasa ini aku hadirkan untuk Allah memenuhi kasih sayang aku sebagai hambaNya yang percaya Allah tidak akan menguji aku dengan sia-sia.  Setelah aku fahami,  aku tak sangka semuanya akan berubah. mak cukuplah. cukuplah untuk aku mela...

The Mixed Feeling

 bismilahirahmanirahim Entah siapa entah yang rajin google blog ni bukan apa, bukan ada benda pun kat sini tulisan mengarut je kalau nak baca yang tak mengarut jangan cari sini cari tempat lain lagipun sini banyak benda yang tak terpamer kalau orang kenal aku physically.  kalau tengok balik listing tu aku cuma tulis sebab aku taktahu nak buat apa bila aku struggle dengan realiti kat sini lah aku akan muntahkan segalanya D ask me to write how I feel about him now susah weh  sebab aku rasa aku yang mixed feeling tapi aku tetap rasa sini the safest place 1. I like him. I do 2. did I love him? I do 3. I feel unavailable sometime. 4. I hurts when he thinks I'm not serious. 5. I feel alone in this journey. I hate it.  6. at some point he can be one of my trigger point.  7. i feel him inconsistent  8. somehow I still love the space he give to me 9. i feel that I'm not worthy 10. i afraid of losing him they said make a list of your partner and be it aku tetap rasa ...

Tanpa Kamu

 bismilahirahmanirahim Masih disini aku memilih untuk meluah resah yang terbuku di dada akhirnya membawa aku dimana  kita bermula keindahan yang sementara aku ingin itu dengan candunya memberi aku bahagia kelekaan duniawi dalam menganyam cinta kita buat aku tahu akhirnya ini bukan bahagia ini cuma seronok sahaja.  dahulu tika aku sedih memerhati engkau dari jauh aku sudah cukup merasa ah ini sangat perih  tapi aku bahagia melihat kau bahagia aku turut gembira bahkan bertahun aku hidup di himpit resah itu tapi aku bahagia dengan cara ku bertahun akhirnya Tuhan menyatukan kita dalam ruang yang sama rasa ragu yang aku takutkan itu membawa kita mencipta memori bahagia aku leka tapi aku gembira aku senang tapi aku sedar aku hilang seri yang menyelebungi hidupku aku hilang ratusan tenangku yang hadir gelisah dan kebimbangan yang sentiasa menajadi sahabat sejati lalu aku berhenti sejenak mencari tahu apa erti Tuhan mahukan aku tahu mana mungkin keinginan aku tentang kamu it...

Blessing of your life.

 Bismilahirahmanirahim Membesar dengan latarbelakang yang aku ada Membuat aku amat bersyukur Aku hidup apa adanya Ilmu agama yang mak dan abah titipkan sebenarnya cukup buat aku beruntung Sekurangnya aku tahu banyak lagi jalan yang aku perlu tempuhi. Ketiadaan abah sentiasa buat aku rasa aku tidak cukup. Aku rasa aku kurang Aku rasa aku tak boleh bahagia Tapi Allah itu Maha Baik Kerana satu yang di ambil, selepas 10 di ganti baru.  Ya, aku beruntung.  10 tahun ini aku selalu persoalkan banyak benda Setiap satunya aku taktahu apa hikmah yang Tuhan sedang tunjukkan Jadi aku cuma laluinya dengan tahap terendah hidupku Siapa sangka hingga ke tahap ini  aku boleh capai semua benda yang aku hendak setiap benda yang aku doa Allah perlahan-lahan memakbulkan pada waktunya. Aku tahu kadang-kadang aku lupa, yang mana perlu aku utama dan aku jatuh jatuh pada lubang-lubang kecil yang menyeret luka aku terlalu dalam maka di sebalik kisah yang aku jalani akhirnya membawa aku ke sin...

Surat Terakhir Aku Kirim Untuk Kau

 Bismillahirahmanirahim Telah aku kirim surat terakhir untuk kau Telah aku curah segala rasa yang aku pendam pada kau Entah mengapa akhirnya aku masih lagi mahu menulis di sini Barangkali kerana di sini bermula cerita tentang kau Bagaimana aku mula menjejaki tentang kamu Bagaimana aku ingin mengenali mu Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta pada mu Mungkin saat kau menemuikan coretan ini  Ketahuilah hanya engkau yang benar-benar tulus aku cinta.  Kelakar sebenarnya aku rasa. Dalam banyak-banyak cerita, dalam banyak-banyak jejaka Dan juga mereka yang pernah menghuni atau yang cuba-cuba mengintai Tidak lah dapat aku menidakkan kau yang terindah Masih kelakar saat ku hulur sekeping surat itu Masih kau bertanya tentang hati ku Maka aku jadi takut mengaku cinta yang sekian lama ada Tahu kah engkau surat itu tanda aku sedang mengikhlaskan hati aku Mengikhlaskan hati aku jika sememangnya kau bukan milik ku Sesuai dengan kehendak Ilahi Kerana itu aku kirimkan sekeping surat untuk mu...

Lumpuh

 bismilahirahmanirahim Dan pada ketika kau lumpuh dengan dunia cuba aku selam jiwa ku sendiri aku tenggelam dan aku jadi taktahu air mata sekadar air mengalir tanpa henti dan kemudiannya aku masih sepi tidak mengetahui mengapa jiwa aku kabur aku dah taktahu apa sebenarnya mengugah jiwa ku aku tekankan dalam-dalam supaya aku tak lemah dan aku tidak ulang kesilapan yang sama aku cukup tayang yang baik tapi untuk orang terima buruk aku cuma aku je yang tahu sebanyak mana aku tahu aku tak mampu sendiri sebanyak itu aku tahu, aku tak layak untuk sesiapa dan akhirnya aku telan semua sendiri. ada banyak benda aku tak mampu nak cerita belum lagi bahagian yang sendiri tak tahu kenapa dan aku tahu orang cuma kesian itu sahaja kesian akan remains kasihan takkan ubah apa-apa dan cinta yang aku pendam aku pilih masih lagi untuk pendam. biarlah cukup aku tahu aku tenang sendiri. 

Cerita Gembira

 bismilahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Dah lama tak menulis dalam ni. rasa nak menulis benda gembira je. tapi aku tengah rasa sayu sangat ni tau-tau je air mata mengalir bercampur baur semua rasa ada lepas tu bukak blog  menulis  lepas tu scroll social media pastu bukak balik sini pastu sambung tulis  pastu tulah aku tengah sedih lagi. dah berapa hari air mata mengalir. lepas kepala mula mengarut belum masuk lagi beberapa benda yang tak terbuat. so aku rasa tak berjaya ni nak tulis cerita gembira nantilah aku tulis lagi haha. 
 bismilahirahmanirahim aku pilih menulis di sini instead of kat tempat lain not even my love letter sebabnya mudah nobody will read here not you, not him, not her kadang-kadang boleh nampak aku jenis tulis dua benda satu benda aku happy sangat satu benda aku sedih sangat tapi hari ni aku nak tulis kenapa aku annoy aku belajar bab respect dan sebagainya aku cuba hidup dalam keadaan menghormati orang even dalam kelas, kalau anak murid aku tak respect each other lagi-lagi aku ada dalam platform yang sama memang kena sometimes aku pun mudah terasa benda kecik je jenis aku, aku tak suka orang nak emosi hentak-hentak barang aku jenis tak suka cakap tapi tulah aku pulak jenis malas cakap aku pulak memang malas kalau dah terasa dengan orang. aku mudah untuk diam dari nak cakap banyak sebab aku selalu rasa tak kemana pun salah satu benda kenapa ku rasa tolak ansur sangat penting sebab aku selalu ingatkan diri aku lain orang lain cara mak kau besarkan kau cara A mak aku besarkan aku cara B t...

Menjadi Diriku

 bismilahirahmanirahim Dan kembalinya aku di ruang sepi ini untuk menulis tanpa perlu di baca oleh sesiapa pun ini kepuasan hati ku semakin lama aku menulis semakin aku mengukir bahagia saat ini sedang aku terjatuh akhirnya aku memilih untuk kembali mengukir kebahagian benar, yang hanya aku inginkan tika ini adalah merasa gembira menjadi diriku apa adanya mencintai diri ku apa ada nya menghargai diri ku apa adanya cukup diwartakan rasa lebih setahun kini aku cuma mahu diam dan membaca serta menulis menganyam mimpi dibalik aksara kemudian kembali mewarnai kanvas kehidupan aku tanpa harapan pada manusia dan masih aku tetap bahagia oleh itu jangan digusar tentang rahsia hati ku cukup buat aku tenang aku mahu menulis dan membaca meskipun bukan tentang kisah kita tapi cukup tentang apa adanya menjadi manusia aku mahu rehat dari bertemu manusia berkongsi cerita jujur saat ini cuma aku mahu percaya bahawa aku akan tenang-tenang sahaja tanpa validation dari manusia cukup aku bahagia dengan...

Doa Sang Perindu

Bismilahirahmanirahim Di kalung rindu tanpa penghujung itu sesuatu yang berat lebih-lebih lagi bila kau tak mampu meluah sekadar mengaris pada jiwa yang rapuh dan di habiskan dengan masa-masa tanpa noktah terkadang jiwa kecil ini lebih rapuh dari apa yang bisa aku tayangkan menjadi tamak dalam permintaan aku pada Tuhan itu lebih dalam hirisan belatinya membuat aku kelam sendiri Tuhan, Rabb, adakah aku ini tidak meletakkan mu dalam setiap keputusan ku? adakah aku ini terlalu tenggelam dalam jiwa ku? adakah aku ini semakin lupa dengan mu? Tuhanku,  ku paksikan resahku pada Mu berikan aku jalan keluar dari jalan gelap tidak bercahaya ini. Tuhanku, aku pohon dari Mu kekuatan untuk aku terus berjalan mengutip sisa-sisa yang aku tidak sengaja buang untuk aku kembali pada Mu Ya Latif, jiwaku bernaung pada Mu aku mencintaiMu seadaku saat Kau mahu hadiahkan ku seorang peneman biarlah dia yang memudahkan urusan ku ke Syurga Mu. Ya Rahman, Kau sentiasa tahu apa yang bermain di hati ini setiap...

June

bismilahirahmanirahim Aku dah lama tak menulis jadi aku agak aku sedang mengalami writer block aku agaklah jadi bila S approach aku untuk komen and edit and help him in rewrite the story aku duduk diam dan fikir. niat aku cuma nak baca tapi kalau meleret pada penulisan aku kena start the engine back. aku pilih tulis dekat sini sebab aku tahu. Takde orang baca dekat sini jadi aku tak rasa cuak nak tulis dekat sini Aku tengah in the middle going down and down I need someone that really can understood the feeling but yeah I can't so aku decide untuk tulis dan akhirnya aku masih lagi taktahu nak luahkan apa yang terbuku.  kaku dan terdiam buat aku tak bermaya kelamkan jiwa supaya aku tak lari dari hakikat dunia kemudian lagi yang aku rasa cuma sepi di balik kata dan lumrah dunia maka akan gagalkah aku semula? ah, bencinya aku.