bismillahirahmanirahim Relapse kali ini aku tak tahu nak gambarkan sebagai apa Kali terakhir aku relapse, aku tonton Daily Dose of Sunshine dan kali ini aku tonton Love, Next Door. Ya, cerita cinta, tidak terlalu kritikal menyentuh resah dada manusia tapi meaning behind the drama berat. berat juga untuk aku tidak menontonnya. Dari episod 1, saat dia pulang ke pangkuan keluarga. Kat situ walaupun dia tak cerita hal sebenarnya dan kena marah tapi indah bila kita tahu kita ada safety net. kau gagal, kau boleh pulang ke pangkuan bonda dan keluarga. Bila aku decide untuk berhenti sebegitu aku cuma ingatkan diri aku no matter what, aku takde safety net. Aku takde siapa yang boleh nak tanggung aku aku kena kuatkan hati, kena teguhkan jiwa, kena tetapkan pendirian aku kalau ini yang terbaik Allah akan mudahkan Memahami hikmah hidup bukan sekadar memahami A ialah huruf vowel. Ianya sesuatu yang kau perlu jalani tanpa menoleh ke belakang lagi. Rasanya aku meman...
Bismilahirahmanirahim Aku sangat jarang menulis semasa birthday dia. Entah, kurang pasti mengapa. Namun malam ini dengan hati yang penuh keresahan aku pilih untuk menulis. Melihat senyuman nya cukup buat aku terasa, hidup ini sekali cuma. Jika nanti aku yang beransur pergi, cukup dia tahu bagaimana di cintai perempuan seperti aku. Aku yang cuma mahukan dia bahagia seadanya, meskipun bukan aku yang di sisinya. Aku karang pelbagai rasa hanya untuk aku pastikan bahawa aku memilih keputusan yang benar. Melepaskan dia dari hatiku tidak mudah namun bahagia dia yang utama dan bahagia aku adalah terwujud bilamana aku memilih untuk tenang sendirian. Aku tahu, tidak mungkin aku mampu berada disamping dia yang hebat. tidak layak perempuan seperti aku untuk berdiri disebelahnya. Jadi biar sahaja Allah letak aku ditempat yang sepatutnya. Aku yang akan kekal mencintai dia sepenuh jiwa ku. berbekalkan semua memori ini, akan aku kenang setiap detik resah dan gelisah yang aku punya, na...
bismilahirahmanirahim aku tak tahu jika pilihan aku kali ini akan membawa kepada apa cuma aku tahu inilah dia pilihan aku saat ini. aku mahu masih dan terus berada disini diam terbatas pada waktu yang aku cuma mahu tanpa siapa pun tahu. Mencintaimu itu anugerah bagiku aku tinggal diam di tempatku menghargai apa yang aku masih miliki aku tidak mahu menerawang jauh ke depan kerana aku tidak tahu apa ada di sana jadi aku putuskan biar aku dan ketenangan ku di sini aku tahu tidak mudah sperti dulu yelah, tambah usia, tambahlah ujiannya. tidak mengapa sudah jadi pilihankan? jadi aku cuma perlu tempuh tanpa perlu paksakan sesiapa untuk menunggu aku dah cukup dengan apa yang aku perlu. Nanti sahaja aku kembali ke sini aku mahu diriku tahu hey, kita pilih ini bukan semata demi cinta tapi kerana kita percaya Allah akan makbulkan doa kita, Justeru, tak mengapa kita lelah nanti bangkit lagi ya? Usah gentar, teguhkan lagi rasamu kembali ke sejad...
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum and Salam Sejahtera!
Welcome and May Allah Bless You.
Mind to share and leave a comment!
:)